Banyak Manfaat Cuepacs Mahu Penjawat Awam Tandatangan Sspa




PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyeru 1.6 juta penjawat awam menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menawarkan pelbagai kelebihan dan memberi manfaat besar kepada mereka.
Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dilaksanakan sejak 2002 umpama kerangka rumah yang lama dan sudah tidak sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa negara. 
Kata beliau, setelah bertahun-tahun pihaknya berjuang untuk mendapatkan skim saraan baharu yang lebih adil dan kompetitif, jadi ini adalah peluang dan masa terbaik untuk semua penjawat awam menikmatinya. 
“Cuepacs berpendapat SSPA menawarkan pelbagai kelebihan yang akan memberi manfaat besar kepada semua sebagai penjawat awam. Antara kelebihan yang jelas akan diterima oleh penjawat awam adalah peningkatan pendapatan dan faedah. 
“SSPA memberi peluang kepada setiap penjawat awam untuk menikmati kenaikan gaji yang lebih kompetitif dan sesuai dengan keadaan ekonomi semasa. Penambahbaikan struktur gaji ini akan membantu meningkatkan pendapatan boleh guna bagi setiap penjawat awam sekali gus membantu mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Adnan, malah penjawat awam juga akan menerima peluang kenaikan pangkat yang lebih adil melalui pelaksanaan SSPA manakala proses kenaikan pangkat akan menjadi lebih telus dan berasaskan prestasi serta meritokrasi. 
“Ini memastikan setiap usaha penjawat awam dihargai dengan sewajarnya. Dengan penekanan kepada prestasi dan kualiti kerja, penjawat awam berpeluang untuk meningkatkan kemampuan diri dan mencapai lebih banyak kejayaan dalam kerjaya,” katanya.
Katanya, Cuepacs  juga melihat SSPA turut memberi penekanan kepada kesejahteraan penjawat awam selepas bersara kelak apabila mereka berstatus tetap terus menikmati faedah pencen seperti biasa kerana pelaksanaan skim baharu tidak menjejaskan faedah pencen.
“Formula yang digunakan dalam pengiraan pencen, ganjaran dan gantian cuti rehat masih sama seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pencen 1980. Cuepacs percaya ketika ini semua pengurus sumber manusia setiap jabatan kerajaan telah mengadakan sesi libat urus mengenai Pekeliling SSPA bersama warga kerja masing-masing,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, Cuepacs menyeru kepada semua penjawat awam untuk menandatangani opsyen SSPA mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum 30 November ini.
Namun menurut beliau, pihaknya berharap semua jabatan kerajaan memberi ruang yang sepenuhnya kepada kakitangan masing-masing untuk mengemukakan persoalan mengenai opsyen SSPA selain menyalurkan maklumat yang jelas dan tepat.- UTUSAN




Source link
The post Banyak manfaat, Cuepacs mahu penjawat awam tandatangan SSPA appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/banyak-manfaat-cuepacs-mahu-penjawat-awam-tandatangan-sspa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Percaya Fitnah Berkait Sspa Penjawat Awam Diberitahu

Jangan Percaya Fitnah Berkait Sspa Penjawat Awam Diberitahu

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 163 hits
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan menggantikan Skim Saraan Malaysia bermula Disember menyaksikan kira kira 1 6 juta penjawat awam mendapat pelarasan gaji baharu PETALING JAYA Kongres Kesatuan Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam mengingatk...
Ramai Sangat Pengkhianat Lahanat Dikalangan Penjawat Awam Yang Jaga Pintu Masuk Negara

Ramai Sangat Pengkhianat Lahanat Dikalangan Penjawat Awam Yang Jaga Pintu Masuk Negara

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 232 hits
Pegawai Imigresen makan upah RM55 150 urus orang Indonesia masuk MalaysiaKHAIRUL MOHD ALIMOHD EDISAHRIL mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas 10 pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM55 150 antara November tahu...
Makin Banyak Manfaat Menyimpan Di Simpan Sspn Ibu Ayah Jangan Tangguh Buka Akaun Anak

Makin Banyak Manfaat Menyimpan Di Simpan Sspn Ibu Ayah Jangan Tangguh Buka Akaun Anak

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 365 hits
Pembentangan Belanjawan 2025 bertemakan Membugar Ekonomi MenjanaPerubahan Mensejahtera Rakyat oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 18 Oktober 2024 telah memberikan pelbagai insentif ...
Masih Ada Yang Percaya Tak Dapat Pencen Jika Tandatangan Sspa Lagi Percaya Sumb

Masih Ada Yang Percaya Tak Dapat Pencen Jika Tandatangan Sspa Lagi Percaya Sumb

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 173 hits
Masih ada yang percaya tak dapat pencen jika tandatangan SSPA Lagi percaya sumber yang entah dari mana walhal diri sendiri macam tak boleh fikir Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post appeared first on
Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam 2025

Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam 2025

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 460 hits
Tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2025 sudah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Bagi penjawat awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam tarikh bayaran gaji bulanan telah dinyatakan dalam pekeliling yang dikeluarkan o...
Video Penjawat Awam Maliney Pohs Dimahkotakan Sebagai Miss Malaysia India Global

Video Penjawat Awam Maliney Pohs Dimahkotakan Sebagai Miss Malaysia India Global

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 266 hits
Maliney Pohs seorang penjawat awam berusia 28 tahun telah mencipta sejarah dengan dinobatkan sebagai Miss Malaysia India Global 2024 Bekerja di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pencapaian ini bukan sahaja membawa kebanggaan kepa...
Glc Dan Glic Harus Dapatkan Keuntungan Bukan Bila Rugi Rakyat Yang Kena Bayar Buat Untung Rakyat Daoatkah Manfaat

Glc Dan Glic Harus Dapatkan Keuntungan Bukan Bila Rugi Rakyat Yang Kena Bayar Buat Untung Rakyat Daoatkah Manfaat

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 258 hits
Gaji dan bonus semua GLC wajib ada cap Ni adalah budaya lama yang tak sepatutnya wujud tahun 2024 Dah sampai masanya kerajaan kenakan wage cap ke atas semua GLC GLIC Syarikat milikan kerajaan ni kalau ada duit lebih patut dipulangkan kembal...
Th Khairat Syarat Cara Daftar Manfaat Ditawarkan

Th Khairat Syarat Cara Daftar Manfaat Ditawarkan

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 371 hits
Adakah anda tahu bahawa Tabung Haji Malaysia menyediakanmanfaat sehingga RM12 000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal melalui TH Khairat Dengan bayaran hanya RM28 setahun ianda boleh mendapatkan manfaat kewangan Murahkan Jadi...
Walau F18 Lama Tapi Ianya Masih Banyak Digunakan

Walau F18 Lama Tapi Ianya Masih Banyak Digunakan

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 164 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Kuwait semalam untuk mengadakan lawatan kerja rasmi bertujuan memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Kuwait Lawatan ini peluang penting untuk...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation