Banyak Mana Sebenarnya Rm2 Juta




Pada  7 Mac 2020oleh Ahmad AmiruddinOleh Ahmad Amiruddin
Negara dikejutkan dengan pendedahan kekayaan Bendahari Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, yang bernilai hampir RM1 bilion. Pendedahan itu adalah sebahagian daripada prosiding mahkamah yang sedang berjalan berhubung pembelaan diri beliau atas tuduhan menerima habuan RM2 juta daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong. Semalam, beliau mengejutkan negara lagi apabila, sewaktu membela diri di mahkamah, mengatakan tuduhan terhadapnya tidak adil kerana dia boleh sahaja mendapatkan RM2 dengan mudah. Menurutnya, RM2 juta itu umpama “duit poket” sahaja untuk beliau. Ramai rakyat berminat hendak tahu bagaimana beliau boleh mendapatkan RM2 juta dengan mudah itu. Benarkah RM2 juta senang diperolehi dan ia macam duit poket sahaja
Tahun lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Kajian Kebajikan Sosial telah menerbitkan Panduan Perbelanjaan Untuk Individu dan Keluarga di Malaysia, khususnya untuk penduduk di kawasan Lembah Klang. Perbelanjaan isi rumah Lembah KlangPanduan ini diterbitkan berasaskan corak perbelanjaan sebenar isi rumah di Lembah Klang dan bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan jumlah perbelanjaan minimum sesebuah isi rumah yang membolehkan isi rumah tersebut menghidupi sebuah kehidupan yang bermakna. Panduan ini menyatakan keperluan kewangan minimum untuk 6 kategori isi rumah seperti di bawah bagi membolehkan isi-isi rumah ini menikmati taraf hidup yang baik:– Bujang, menggunakan pengangkutan awam (RM1,870 sebulan) – Bujang, memiliki kereta (RM2,490) – Pasangan berkahwin tanpa anak (RM4,420) – Pasangan berkahwin dengan seorang anak (RM5,730) – Pasangan berkahwin dengan dua orang anak (RM6,620) dan – Pasangan warga emas (RM3,090). Untuk keluarga 4 beranakBerdasarkan kajian oleh Institut Kajian Khazanah, saiz purata isi rumah di Malaysia adalah 4.1 orang. Jadi ini bermakna, RM2 juta yang dikatakan “umpama wang poket” oleh Tengku Adnan atau lebih dikenali dengan nama Ku Nan boleh menampung keperluan untuk sebuah keluarga empat beranak selama hampir 25 tahun
Bagaimana pula dengan kategori isi rumah yang lain-lain? Untuk orang bujangRM2 juta boleh menampung perbelanjaan isi rumah seorang individu bujang yang menggunakan kereta sendiri selama hampir 67 tahun manakala untuk individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam tanpa memiliki kereta pula, jumlah ini boleh menampung perbelanjaan mereka selama 89 tahun. Untuk pasangan baru berkahwinUntuk pasangan yang baru berkahwin tanpa anak, RM2 juta boleh menampung perbelanjaan bersama suami dan isteri selama 37 tahun, cukup sehingga kedua suami dan isteri boleh pencen bersama pada umur 60 tahun. Untuk pelaburanSemua perkiraan ini dibuat tanpa mengira potensi keuntungan yang dapat diperolehi jika wang ini dilaburkan di dalam satu tabung pelaburan yang memberikan pulangan tahunan. Jika anda melabur RM2 juta di dalam satu tabung pelaburan yang memberikan pulangan tahunan sebanyak 5% — satu jumlah yang tidak susah untuk dicapai dengan pelaburan yang tepat — pelaburan asal ini akan memberikan pulangan secara purata RM100,000 setahun. Ia lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan asas sebuah keluarga empat beranak. Untuk pekerja gaji minimumJika semua perkiraan ini tidak menunjukkan kebongkakan Tengku Adnan kepada anda, mungkin kiraan terakhir ini boleh memberikan satu lagi perspektif yang lebih jelas. Dengan gaji minimum kebangsaan yang bernilai RM1,200 sebulan, untuk mengumpulkan RM2 juta, anda perlu menyimpan keseluruhan gaji ini tanpa membelanjakan satu sen pun selama hampir 139 tahun
Adalah satu penghinaan kepada semua rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah, di negara ini apabila Ku Nan mengatakan yang RM2 juta tersebut hanyalah “umpama wang poket” kepada beliau sedangkan kita semua terpaksa bertungkus lumus membanting tenaga setiap hari untuk meneruskan hidup. – Roketkini.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/banyak-mana-sebenarnya-rm2-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Harga Mobil Bekas Untuk Keluarga Di Bawah 150 Juta Rupiah Banyak Pilihan

25 Harga Mobil Bekas Untuk Keluarga Di Bawah 150 Juta Rupiah Banyak Pilihan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 283 hits
Waktu yang tepat dalam membeli mobil bekas untuk kebutuhan mudik lebaran adalah sekitar dua bulan sebelum bulan Ramadhan tiba Ini daftarnya untuk jadi referensi
Anwar Persoal Dari Mana Ku Nan Dapat Kekayaan Rm800 Juta

Anwar Persoal Dari Mana Ku Nan Dapat Kekayaan Rm800 Juta

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 351 hits
SHAH ALAM Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan penjelasan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan jumlah hartanya yang me...
Luna Maya Pakai T Shirt Seharga Belasan Juta Warganet Melongo

Luna Maya Pakai T Shirt Seharga Belasan Juta Warganet Melongo

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 329 hits
Penampilan Luna Maya kembali mencuri perhatian Salah satu yang mencuri perhatian yakni kaus yang dikenakan Luna Maya
Igp Nafi Anak Guan Eng Kena Tangkap Ketika Cuba Membawa Wang Rm2 Juta Ke Singapura

Igp Nafi Anak Guan Eng Kena Tangkap Ketika Cuba Membawa Wang Rm2 Juta Ke Singapura

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 384 hits
Annabelle Lee Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menafikan dakwaan anak bekas menteri kewangan Lim Guan Eng ditangkap di Singapura Tidak benar jawab beliau ringkas apabila ditanya Malaysiakini mengenai spekulasi anak setiausaha agung DAP ...
Mana Satu Sebenarnya Apam Telur

Mana Satu Sebenarnya Apam Telur

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 1064 hits
Apam telur satu nama baharu dalam senarai kuih muih di Kelantan Apa yang menariknya nama apam telur merujuk kepada beberapa jenis yang berbeza Maksudnya tidak ada apam telur yang khusus menggunakan nama tersebut Ada orang memanggil apam tel...
Victoria S Secret Dijual Kepada Firma Ekuiti Persendirian Dengan Harga Rm2 Bilion

Victoria S Secret Dijual Kepada Firma Ekuiti Persendirian Dengan Harga Rm2 Bilion

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 206 hits
L Brands syarikat induk yang bertanggungjawab mengurus Victoria s Secret telah menjual pegangan saham mereka sebanyak 55 kepada sebuah syarikat ekuiti persendirian Sycamore Partners Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangs...
Wanita Malaysia Ugut Rm2 900 Dari Pasangan Ini Jika Mahu Gambar Mendiang Bayi Mereka Dikembalikan

Wanita Malaysia Ugut Rm2 900 Dari Pasangan Ini Jika Mahu Gambar Mendiang Bayi Mereka Dikembalikan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 321 hits
Seorang wanita Malaysia dituduh memeras ugut sepasang suami isteri yang kematian bayi mereka untuk sejumlah wang A 1 000 Siti Nurhidayah Kamal 24 tidak dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Ringwood semalam kerana bimbang tertuduh akan kelu...
Projek Rm200 Juta Bekas Menteri Ksu Kpdnhep Kepada Syarikat Kroni Pkr Disiasat Sprm

Projek Rm200 Juta Bekas Menteri Ksu Kpdnhep Kepada Syarikat Kroni Pkr Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 572 hits
Sebelum ini Captain M mendedahkan ada banyak projek Kementerian milik kroni Menteri PH untuk menyumbang dana parti Pakatan Harapan bakal dibatalkan selepas PH tumbang Lim Guan Eng Tony Pua Menteri menteri PH dan pegawai mengurus projek resa...
Anak Pemimpin Kanan Parti Politik Ditahan Di Lapangan Terbang Singapura Bersama Wang Berjumlah Rm8 5 Juta

Anak Pemimpin Kanan Parti Politik Ditahan Di Lapangan Terbang Singapura Bersama Wang Berjumlah Rm8 5 Juta

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 347 hits
Seorang anak lelaki kepada pemimpin kanan sebuah parti politik di negara ini dilaporkan ditahan di lapangan terbang Singapura bersama wang berjumlah RM8 5 juta Menurut Nanyang Commercial Daily lelaki itu ditahan kerana tidak mengisytiharkan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah