Banyak Ketirisan Dalam Isu Berkaitan Perolehan Kerajaan Sprm


Manzaidi Mohd Amin Azam Baki KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan banyak ketirisan atau rasuah berlaku dalam isu yang berkaitan perolehan kerajaan.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, kalau sebelum ini SPRM menumpukan kes melibatkan rasuah di ‘tepi jalan’ tetapi bermula tahun 2015 hingga tahun ini -penguatkuasaan dan siasatan lebih tertumpu kepada pegawai serta kakitangan yang bertugas di jabatan dan agensi kerajaan.
“Isu perolehan ini, kalau kita tengok sejak kebelakangan ini di mana pegawai kerajaan atau mereka yang bertugas di agensi yang berkaitan dengan kerajaan, banyak menipu dalam hal perolehan kerajaan.
“Perbuatan seperti ini menyebabkan kehilangan duit yang begitu banyak,” katanya dalam bual bicara Dialog@Gegau menerusi siaran Melakafm hari ini.
Azam memberi contoh, kes rasuah yang berlaku di Sabah beberapa tahun lalu di mana kerajaan telah mengeluarkan projek untuk bekalan air di negeri itu sebanyak RM1.5 bilion.
Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan SPRM mendapati, kos projek berkenaan tidak pun sampai separuh dari harga dinyatakan, menyebabkan separuh lagi wang kerajaan hilang begitu sahaja akibat rasuah.
“Dalam kes ini, kita telah menangkap tiga pegawai kanan kerajaan, yang kini sedang dalam perbicaraan dan merampas wang tunai sebanyak RM114 juta. Lebih mengejutkan, kita juga jumpa sebanyak RM53.3 juta wang tunai dalam rumah pegawai berkenaan.
“Di Melaka pun pernah seorang pegawai kerajaan berjawatan pengarah telah melakukan rasuah akibat dari projek yang diberikan. Rasuah yang diterima itu begitu banyak sehingga dalam kita menjumpai kira-kira RM60 juta tunai dalam rumah, yang diletakkan dalam siling dan sebagainya.
“Kes begini merupakan satu perkara yang amat merungsingkan kepada kita terutama kepada saya sendiri sebagai penguatkuasa undang-undang,” katanya.
Azam berkata, SPRM tetap mengamalkan ketelusan dalam menyiasat kes berprofil tinggi seperti itu dan terus memaklumkan kpada masyarakat supaya mereka tahu apa yang berlaku.
Katanya, mungkin ada suara nakal mengatakan mereka kadang-kadang tidak tahu apa sudah terjadi dengan siasatan pihaknya.
“Kita sentiasa memaklumkan perkara ini dalam media dan masyarakat mengenai tangkapan demi tangkapan dan apakah hasil dari siasatan kami. Ada yang dituduh dan ada yang tidak dituduh di mahkamah.
“Di Parlimen juga kami membekalkan maklumat kepada menteri undang-undang untuk menjawab.
“Jadi, tugas SPRM bukan sekadar penguatkuasaan undang-undang, kita juga memaklumkan kepada masyarakat mengenai apa yang kita buat. Inilah kehendak masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/banyak-ketirisan-dalam-isu-berkaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Banyak Kes Rasuah Libatkan Isu Ketirisan Perolehan Kerajaan

Sprm Banyak Kes Rasuah Libatkan Isu Ketirisan Perolehan Kerajaan

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR 2 SEPT Kebanyakan kes rasuah dari tahun 2015 sehingga kini banyak melibatkan isu ketirisan perolehan kerajaan kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Datuk Seri Azam Baki Tanpa mendedahkan butiran lanjut kes berken...
Gesa Kerajaan Pahang Bawa Isu Pekebun Durian Haram Ke Mahkamah

Gesa Kerajaan Pahang Bawa Isu Pekebun Durian Haram Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 447 hits
Khuatir ada unsur penyelewengan mustahil tak sedar tanah dicerobohBANGI 10 Muharram 1442H Sabtu Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia Pahang menuntut kerajaan negeri menggunakan undang undang sedia ada dalam menangani kes pencerobohan tanah r...
Kdn Akan Tubuh Jk Siasat Ketirisan Perbelanjaan Pdrm Daripada Kerajaan Ph Hingga Sekarang Kata Hamzah

Kdn Akan Tubuh Jk Siasat Ketirisan Perbelanjaan Pdrm Daripada Kerajaan Ph Hingga Sekarang Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 189 hits
Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyiasat ketirisan perbelanjaan Polis Diraja Malaysia yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri Satu semalam kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini Beliau ...
Pakar Akui Kerajaan Pn Fokus Isu Perpaduan

Pakar Akui Kerajaan Pn Fokus Isu Perpaduan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 205 hits
KUALA LUMPUR Walaupun negara sudah 63 tahun mencapai kemerdekaan namun hakikatnya hubungan etnik tidak semakin memusat sebaliknya kian mencapah demikian kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dato Dr Teo Kok Seong Menurut beliau...
Peguam Negara Dedahkan Penipuan Mb Selangor Berkaitan Isu Air

Peguam Negara Dedahkan Penipuan Mb Selangor Berkaitan Isu Air

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 709 hits
Gangguan bekalan air di Selangor di Selangor bukanlah satu isu yang terpencil dan baharu Malah penduduk Selangor sendiri sudah merasa bosan dengan keadaan gangguan bekalan air yang terlalu kerap mengganggu kehidupan mereka Ia berlaku secara...
Kes Curi Balak Tiba Masanya Kerajaan Negeri Bertindak Seperti Isu Tanah Haram Di Raub

Kes Curi Balak Tiba Masanya Kerajaan Negeri Bertindak Seperti Isu Tanah Haram Di Raub

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 382 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang digesa turun padang dan memantau aktiviti pembalakan haram yang masih berleluasa di negeri ini sejak sekian lama Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli berharap Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan ...
Kerajaan Setuju Lantikan Kp Sprm Dibuat Melalui Undian Ahli Parlimen Kata Azam

Kerajaan Setuju Lantikan Kp Sprm Dibuat Melalui Undian Ahli Parlimen Kata Azam

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan telah bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas ini di buat melalui undian Ahli Parlimen kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki Beliau berkata ia telah diper...
Kerajaan Selangor Gagal Tangani Isu Air

Kerajaan Selangor Gagal Tangani Isu Air

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 258 hits
Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mempersoalkan tindakan Kerajaan Selangor merobohkan rumah rakyat berpenghuni atas alasan tebatan banjir namun tidak mengambil tindakan sama terhadap kilang yang mencemar sungai sebagai sum...
Kerajaan Pn Hipokrit Gagal Selesaikan Isu Perkauman

Kerajaan Pn Hipokrit Gagal Selesaikan Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 233 hits
Kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional boleh dianggap hipokrit apabila tidak serius menyelesaikan isu perkauman yang mereka timbulkan ketika masih menjadi pembangkang Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang berkata kegagalan PN menyelesaikan ...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph

We Are Not Subject Of Macc Investigation Say Two Of Mahathir S Sons

Apam Lenggang Rangup Manis Berlemak