Banyak Gula Gula Untuk Sabah Dan Sarawak Dalam Bajet 2020


Gambar Bernama
KUALA LUMPUR, 11 Okt - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus komited mengutamakan keperluan Sabah dan Sarawak melalui pelbagai 'goodies' untuk kedua-dua negeri itu menerusi Belanjawan 2020 yang dibentangkan hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Sabah dan Sarawak kekal sebagai negeri yang menerima Perbelanjaan Pembangunan tertinggi dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion bagi tahun hadapan.

Beliau berkata, kerajaan bercadang untuk menggandakan pemberian khas tahunan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak bermula tahun 2020.

Jelasnya sejak 1969, pemberian khas yang merupakan sebahagian daripada geran persekutuan itu, iaitu sebanyak RM26.7 juta untuk Sabah dan RM16 juta untuk Sarawak, belum pernah disemak semula.

“Oleh itu buat pertama kalinya bermula tahun 2020, kerajaan Pakatan Harapan bercadang untuk menggandakan kadar tersebut kepada RM53.4 juta untuk Sabah dan RM32 juta untuk Sarawak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.

Lim berkata bagi menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat di Sabah dan Sarawak, kerajaan akan menggandakan lagi kadar pemberian khas sehingga RM106.8 juta untuk Sabah dan RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata kerajaan juga akan memperuntukkan kira-kira RM587 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar, di mana RM470 juta untuk Sabah dan Sarawak bagi memenuhi sasaran 99 peratus akses kepada air bersih.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga akan membelanjakan RM500 juta untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang memberi manfaat kepada lebih 30,000 isi rumah luar bandar di mana majoriti penerima faedah tinggal di Sabah dan Sarawak.

“Bagi memastikan pembangunan luar bandar khususnya Sabah dan Sarawak mendapat barang keperluan asas seperti LPG dan petrol pada harga yang berpatutan, kerajaan akan memperuntukkan RM170 juta untuk membiayai kos pengangkutan dan pengedaran barang asas ke luar bandar,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga komited untuk menyiapkan projek Lebuh Raya Pan Borneo, di mana proses rasionalisasi kos setakat ini telah menghasilkan penjimatan sebanyak RM1.2 bilion dan mengurangkan kos projek kepada RM29 bilion. - BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysabahnews.com/2019/10/banyak-gula-gula-untuk-sabah-dan-sarawak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2020 Skmm Memperuntukkan Rm250 Juta Untuk Menaiktaraf Akses Jalur Lebar Di Sabah Dan Sarawak

Belanjawan 2020 Skmm Memperuntukkan Rm250 Juta Untuk Menaiktaraf Akses Jalur Lebar Di Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 752 hits
Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada sambungan Internet yang berkualiti tinggi Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa SKMM akan memperuntukkan RM250 juta un...
Bajet 2020 Siapa Yang Tepuk Tangan Gembira

Bajet 2020 Siapa Yang Tepuk Tangan Gembira

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 816 hits
Kita perlu faham kelompongan dan putar belit Belanjawan 2020 yang dibentangkan beberapa hari yang lepas Contoh graduan yang dapat kerja akan terima insentif gaji selama 2 tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diteri...
Bajet 2020 Untuk Siapa Sebenarnya

Bajet 2020 Untuk Siapa Sebenarnya

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 978 hits
Oleh ISHAM JALIL Saya telah menelaah Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng kelmarin Sebagai seorang bekas penjawat awam yang banyak terlibat dalam penyediaan Bajet tahunan negara dan rancangan serta dasar dasar jan...
Sarawak Leaders Not Attending Budget 2020 Tabling

Sarawak Leaders Not Attending Budget 2020 Tabling

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 519 hits
Sarawak Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Openg ZULAZHAR SHEBLEE The StarMIRI There will be a notable absence of Sarawak government and party leaders from the state ruling party Gabungan Parti Sarawak at the tabling of Budget 2020 ...
2020 Budget Malaya Centric Says Sarawak Minister

2020 Budget Malaya Centric Says Sarawak Minister

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 582 hits
State Local Government and Housing Minister Dr Sim Kui Hian says the PH government has failed to fulfil its promises to the people KUCHING A Sarawak minister says the Pakatan Harapan government has failed to keep its promise to Sarawakians ...
Pensyarah Kangkung Kata Bajet 2020 Pinggir Petani Nelayan

Pensyarah Kangkung Kata Bajet 2020 Pinggir Petani Nelayan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 506 hits
Adakah Petani Nelayan Belia Desa Hartanah diabaikan dalam Belajawan 2020 1 Saya sangat terkejut dengan analisis belanjawaan yang dibuat oleh seorang akademik di UKM bertajuk Bajet 2020 Berita Buruk untuk Petani Nelayan Belia Desa Hartanah D...
Kapsul Bajet 2020 Meningkatkan Ekosistem Pengangkutan

Kapsul Bajet 2020 Meningkatkan Ekosistem Pengangkutan

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 454 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kapsul Bajet 2020 Mengarus Perdana Tvet

Kapsul Bajet 2020 Mengarus Perdana Tvet

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 529 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Siti Kasim Berates Holier Than Thou Critic Of Syed Saddiq S Tight Sporting Gear His Affectionate Bass Ship

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Goreng Telur Kosong

Zurinah Hassan In Translation

Lebih 800 Dilapor Keracunan Makanan Di Taman Tema

Wanita Warga Britain Ditangkap Anjur Kelas Yoga Bertema Intim

Ultra Conservatives Lambast Dap Mp Syerleena For Sitting In A Prayer Session At Thai Buddhist Temple

James Chin Dives Into How Ancient Malays Were Able To Teach Romans Shipbuilding Or Even Fly