Bajet 2020 Untuk Siapa Sebenarnya





Oleh: ISHAM JALIL
Saya telah menelaah Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng kelmarin.
Sebagai seorang bekas penjawat awam yang banyak terlibat dalam penyediaan Bajet tahunan negara dan rancangan serta dasar-dasar jangka panjang Malaysia sebelum ini daripada peringkat bawah ke peringkat tertinggi, saya mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman berkenaan Bajet tahunan Persekutuan ini.
Pada hemat saya secara keseluruhannya, tidak ada perkara baru yang signifikan dalam Bajet 2020 tersebut.
Banyak initiatif-initiatif dan idea-idea yang ada dalam Bajet 2019 dan 2020 telah dicedok daripada Bajet kerajaan BN dahulu dan diubahsuai sedikit sebanyak serta ditukar nama dan baju (rebranding).
Namun demikian, mengikut pemerhatian saya ada beberapa perkara yang tidak kena dengan Bajet 2020 ini:
Peruntukan-peruntukan mengurus untuk sektor ekonomi telah dikurangkan daripada RM20 bilion pada zaman BN kepada RM17 billion dalam Bajet 2020.
Yang paling terkesan dengan pengurangan ini adalah para petani, nelayan dan usahawan-usahawan desa apabila peruntukan-peruntukan kepada mereka kini dipotong sebanyak berjuta-juta ringgit berbanding pada zaman BN.
Contohnya, kalau dulu semasa zaman BN nelayan mendapat elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan, kini ini dipotong 16% kepada RM250.
Kalau dulu orang bujang dapat bantuan sara hidup RM450, kini dipotong 33% kepada RM300.
Kalau dulu Orang Kelainan Upaya (OKU) dapat RM350 sebulan, kini dipotong 14% kepada RM300.
Kalau dulu guru KAFA dapat RM1,500 setahun, kini dipotong 33% iaitu RM100 sebulan (RM1,200 setahun).
Kalau dulu Imam, Bilal dan Tok Siak dapat bantuan RM1,500, kini dipotong 33% kepada RM1,200.
Kalau dulu kita bantu 7 juta penerima BR1M, kini hanya 3.9 juta sahaja dapat Bantuan Sara Hidup (BSH).
Dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup dan kesukaran mendapat bantuan sara hidup kini, rakyat semakin tertekan dan orang miskin dan berpendapatan rendah semakin terpinggir.
Namun perbelanjaan besar seperti projek gentian fibre bernilai RM21 billion yang menguntungkan kroni-kroni pemimpin kerajaan dan anak-anak Perdana Menteri diteruskan pula.
Dan projek kereta kabel (cable car) yang baru untuk pelancong-pelancong di Bukit Bendera Pulau Pinang yang memakan kos RM100 juta diperkenalkan.
Di saat ekonomi sedang merudum kini di mana rakyat sedang tertekan dan susah, adakah bijak untuk kerajaan berbelanja untuk projek sebegini yang tidak seberapa kritikal pada ketika ini atau untuk kemudahan pelancong tetapi memotong perbelanjaan untuk nelayan dan petani yang kebanyakannya miskin dan berpendapatan rendah?
Berapa banyak sangat peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan oleh projek-projek kroni ini jika dibandingkan dengan berjuta-juta rakyat yang susah dan tertekan dan tidak mendapat bantuan kini di kala ekonomi sedang merudum?
Bila ekonomi sedang sakit dan rakyat sedang menderita, kita sepatutnya tangguhkan dahulu projek-projek mega jangka sederhana untuk membantu meringankan beban rakyat yang susah di depan mata.
Buat apa ada cable car yang berkilat untuk pelancong dan gentian fibre yang canggih jika rakyat tidak makan.
Jika rakyat lapar kebuluran, mereka tidak boleh makan gentian fibre atau cable car.
Golongan pertengahan (M40) yang ramai tinggal di bandar-bandar terutama orang-orang muda juga terkesan dengan Bajet 2020 ini terutama mereka yang mencari untuk membeli rumah mampu milik.
Apabila had harga pembelian rumah kepada rakyat asing diturunkan kepada RM600,000 daripada RM1 juta, ia memberikan sekurang-kurangnya dua kesan negatif kepada rakyat tempatan.
Pertama, harga rumah terutama di bandar-bandar akan menjadi lebih mahal sebab kita kena bersaing dengan pembeli dari negara asing yang mempunyai kemampuan kewangan yang lebih besar dengan tukaran wang asing yang menyebelahi mereka kini apabila nilai ringgit semakin lemah.
Kedua, bilangan rumah mampu milik akan menjadi semakin sedikit kerana pemaju akan lebih mempunyai insentif untuk membina rumah mahal sebab mereka tahu jika mereka tidak boleh jual kepada rakyat tempatan, kerajaan akan benarkan mereka untuk menjual kepada rakyat asing yang lebih berkemampuan.
Dasar kerajaan ini sebenarnya adalah satu jalan pintas untuk membantu pemaju melepaskan diri dari masalah mereka, namun ia menerukkan masalah rakyat untuk memiliki rumah mampu milik.
Mengapa kerajaan ingin membantu pemaju tetapi pada masa yang sama menekan dan tidak menghiraukan masalah rakyat?
Sepatutnya kerajaan membiarkan pasaran untuk membuat pembetulan harga ke atas harga rumah supaya harga rumah turun untuk pembeli tempatan, bukannya membantu pemaju untuk mengekalkan harga jualan yang tidak mampu dibeli oleh rakyat tempatan dengan menjual pula kepada rakyat asing.
Bajet 2020 ini untuk siapa sebenarnya?
Kepada penjawat-penjawat awam, kalau dahulu semasa zaman BN kita ada inisiatif kenaikan gaji tahunan untuk menampung kenaikan kos sara hidup setiap tahun terutama untuk penjawat-penjawat awam bergaji rendah, kini ini tiada lagi dan bantuan khas yang dahulu RM1,500 kini dipotong 66% kepada hanya RM500.
Golongan belia, mahasiswa dan graduan juga terkesan dengan Bajet 2020 ini.
Walaupun bajet pendidikan meningkat sebanyak RM4 billion ringgit, peruntukan untuk universiti-universiti awam tidak disebut di dalam ucapan Bajet semalam.
Hal PTPTN juga tidak disebut oleh itu dianggap kekal seperti tahun lepas.
Para graduan masih perlu bayar PTPTN walaupun mereka bekerja dengan gaji minimum atau menjadi buruh kasar yang tidak ada kena mengena dengan ijazah mereka akibat kegagalan kerajaan untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang bermaruah untuk mereka.
Menteri Kewangan juga mengatakan bahawa hasil cukai di Malaysia masih rendah di paras sekitar 13% daripada saiz ekonomi negara berbanding negara-negara lain seperti Korea Selatan iaitu di paras 15%.
Sebenarnya, penghapusan GST oleh kerajaan PH sebelum ini telah menerukkan lagi hal ini apabila kutipan cukai dan hasil kerajaan menurun sebanyak lebih RM20 billion kerana ketirisan SST di mana SST memudahkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk lari dari cukai.
Dan untuk pengetahuan Menteri Kewangan, di Korea Selatan ada GST yang dikenali sebagai Value Added Tax (VAT), dan kadar GST Korea Selatan ini adalah 10% iaitu lebih tinggi daripada 6% di Malaysia sebelum ini.
Seperkara lagi, unjuran ekonomi dunia sedang menurun.
Malaysia juga dijangka akan terkesan dengan hal ini.
Dalam keadaan ini rakyat dan pelabur dijangka akan mengurangkan perbelanjaan kerana ketidaktentuan ekonomi pada masa hadapan.
Apabila ini berlaku pertumbuhan ekonomi negara kita juga akan terkesan dengan penguncupan jualan barangan dan perkhidmatan lantas pengurangan peluang-peluang pekerjaan dan pendapatan individu dan syarikat.
Apabila ini berlaku kutipan cukai dan hasil kerajaan juga akan berkurangan.
Oleh itu adakah munasabah untuk kerajaan masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi di paras melebihi 4.5% dan pendapatan kerajaan di paras RM244.5 billion, atau adakah unjuran ini juga akan tersasar seperti mana unjuran harga minyak dalam Bajet 2019 yang lepas?
ISHAM JALIL
14 Oktober 2019




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/16/bajet-2020-untuk-siapa-sebenarnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2020 Reaksi Beberapa Menteri Mengenai Bajaet2020

Bajet 2020 Reaksi Beberapa Menteri Mengenai Bajaet2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 480 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bajet 2020 Orang Kaya Kena Cukai Lebih Tinggi

Bajet 2020 Orang Kaya Kena Cukai Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 422 hits
Kerajaan bakal mengenakan cukai lebih tinggi terhadap golongan berpendapatan tinggi di negara ini Memetik laporan Awani sistem percukaian itu akan mengenakan cukai 30 peratus berbanding hanya 28 peratus sebelum ini kepada golongan berpendap...
77 Intipati Belanjawan 2020 Bajet Negara Bertunjangkan Empas Teras Utama

77 Intipati Belanjawan 2020 Bajet Negara Bertunjangkan Empas Teras Utama

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 633 hits
KUALA LUMPUR 11 Okt Berikut ialah inti pati Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini Belanjawan 2020 yang bertemakan Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama deng...
Bajet 2020 18 Tahun Ke Atas Bakal Dikreditkan Rm30 Dalam E Wallet

Bajet 2020 18 Tahun Ke Atas Bakal Dikreditkan Rm30 Dalam E Wallet

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 683 hits
Umum mengetahui hari ini berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2020 Apa yang pasti belanjawan kali ini sangat dinanti oleh rakyat untuk melihat inisiatif kerajaan dalam mengurangkan beban mereka Antara pengumuman yang menarik perhatian ram...
Bajet 2020 Untuk Penjawat Awam

Bajet 2020 Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 2567 hits
Assslamualaikum Pembentangan Bajet 2020 semalam untuk penjawat awam adalah seperti berikut Intipati Bajet 20201 COLA naik rm502 Elaun Bomba rm2003 Bantuan khas kewangan rm5004 Pesara rm2505 Tentera pingat jasa one off rm5006 GCR boleh tebus...
Bajet 2020 Kurang Prihatin Warga Felda

Bajet 2020 Kurang Prihatin Warga Felda

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 322 hits
Mengikuti bajet yang dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan kami sangat kecewa kerana hanya 60 patah perkataan sahaja bagi mengambar sikap kurang prihatin dan cakna terhadap warga Felda Dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM810 juta iany...
Bajet 2020 Peruntukan Kepada Sektor Pertanian Perlu Ditambah

Bajet 2020 Peruntukan Kepada Sektor Pertanian Perlu Ditambah

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 464 hits
Analisa awal Bajet 2020 yang melibatkan sektor pertanian Jika dibuat perbandingan dengan Bajet 2019 terdapat pengurangan bajet kepada beberapa Jabatan dan agensi di bawah MOA Inc 1 Peruntukan Industri Padi dan Beras dikurangkan daripada RM6...
Bajet 2020 Berita Buruk Untuk Petani Nelayan Belia Desa Dan Hartanah

Bajet 2020 Berita Buruk Untuk Petani Nelayan Belia Desa Dan Hartanah

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 449 hits
1 Peruntukan Industri Padi dan Beras dipotong daripada RM69 2 juta kepada RM66 1 juta 2 Peruntukan Pertanian dipotong daripada RM194 1 juta kepada RM180 juta 3 Peruntukan Perikanan dipotong daripada RM178 5 juta kepada RM177 juta 4 Peruntuk...
Belanjawan 2020 Intipati Kandungan Bajet 2020

Belanjawan 2020 Intipati Kandungan Bajet 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 1111 hits
Belanjawan 2020 Assalamualaikum selesai sudah Pembentangan Belanjawan bagi tahun 2020 yang bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama dan sememangnya yang ditunggu tunggu oleh semua rakyat Malaysia pem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo