Banyak Duit Dari Amerika Akan Masuk Malaysia Kata Anwar



“Dalam pertemuan ini, semua syarikat memberi perakuan melanjutkan pelaburan mereka di Malaysia secara besar-besaran.” (Utusan) – Pelaburan secara besar-besaran dijangka akan masuk ke Malaysia selepas syarikat-syarikat besar dunia terus yakin dan memberi kepercayaan mereka untuk melabur di dalam negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Corporation, Microsoft dan TikTok di San Francisco, Amerika Syarikat (AS).
Kata beliau, kestabilan politik dan dasar yang jelas adalah antara perkara yang dititikberatkan oleh syarikat-syarikat tersebut untuk melabur dalam negara.
“Dalam pertemuan ini, semua syarikat memberi perakuan melanjutkan pelaburan mereka di Malaysia secara besar-besaran.
“Semua syarikat ini turut mengakui sistem politik yang stabil dan dasar yang jelas merupakan antara faktor penting yang menarik minat mereka untuk melabur di Malaysia.
“Saya juga menyatakan komitmen Malaysia untuk memberikan proses kelulusan pantas kepada semua pelabur dan ia jelas menambah keyakinan kepada syarikat-syarikat ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Turut hadir sama dalam pertemuan tersebut adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Manakala Google diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan yang juga merangkap Ketua Pegawai Kewangannya, Ruth Porat; Enovix Corporation diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Ajay Marathe; Microsoft Asia oleh Presidennya, Ahmed Mazhari dan TikTok pula oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shou Zi Chew.
Sementara itu, Anwar berkata, beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Jim Coulter yang merupakan rakan Pengasas Pengerusi Eksekutif dan Pengarah TPG iaitu sebuah syarikat pengurusan aset alternatif utama global.
“Semoga pertemuan dengan kesemua syarikat gergasi ini dapat membawa manfaat kepada negara dan rakyat keseluruhannya, Insya-Allah,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/11/16/banyak-duit-dari-amerika-akan-masuk-malaysia-kata-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Sedia Hantar Lebih Banyak Sarung Tangan Getah Ke Gaza

Malaysia Sedia Hantar Lebih Banyak Sarung Tangan Getah Ke Gaza

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 269 hits
MALAYSIA bersedia untuk menghantar lebih banyak sarung tangan getah untuk kegunaan pasukan perubatan di Semenanjung Gaza kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Fadillah Yusof Beliau berkata sarung tangan ge...
Apabila Malaysia Stabil Politiknya Negara Luar Yakin Dasar Malaysiamadani Pelabur Akan Masuk Berduyun Duyun

Apabila Malaysia Stabil Politiknya Negara Luar Yakin Dasar Malaysiamadani Pelabur Akan Masuk Berduyun Duyun

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 314 hits
November 202325 Rabiul Akhir 1445H Usaha kerajaan dalam menangani isu ketelusan dan rasuah telah dapat meningkatkan keyakinan terhadap pelabur asing untuk melabur di Malaysia Mereka akan menjalankan perniagaan di Malaysia dalam pelbagai bid...
Jangan Makan Gula Banyak Fomca Kata Nanti Kena Kencin Maneh

Jangan Makan Gula Banyak Fomca Kata Nanti Kena Kencin Maneh

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 512 hits
Aku nak beritahu satu Statement ni bukan datang dari menteri Ini statement Timbalan SUA FOMCA Kena jelaskan sebab aku percaya walaun akan guna ini dan kata kerajaan yang keluarkan kenyataan ini Padahal yang pernah kata makan ayam banyak tak...
Video Mahfud Tegas Soal Anwar Usman Mundur Dicopot Di Luar Harapan Hakim Bisa Masuk Angin

Video Mahfud Tegas Soal Anwar Usman Mundur Dicopot Di Luar Harapan Hakim Bisa Masuk Angin

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 326 hits
Bacawapres Mahfud MD blak blakan putusan MKMK mencopot Anwar Usman sebagai hakim ketua MK
Malaysia Bags Rm63bil In Us Investment Says Anwar

Malaysia Bags Rm63bil In Us Investment Says Anwar

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 249 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said it all boils down to how fast Malaysia can process the new investments SAN FRANCISCO Malaysia has secured a total of RM63 billion in proposed investments in the US mainly from technology giants Prime Minist...
Moeldoko Ogah Tanggapi Desakan Anwar Usman Dipecat Dari Mk Banyak Urusan Negara Yang Lebih Penting

Moeldoko Ogah Tanggapi Desakan Anwar Usman Dipecat Dari Mk Banyak Urusan Negara Yang Lebih Penting

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 172 hits
Moeldoko pun mengingatkan masyarakat untuk tetap menjaga suasana politik agar tetap damai dengan tidak mencampuri urusan hukum
Anwar Ibrahim Tali Barut Cia Dan Amerika

Anwar Ibrahim Tali Barut Cia Dan Amerika

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 327 hits
Anwar Ibrahim tali barut CIA dan Amerika ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be MyfyZhOUpno src in org https www youtube com embed MyfyZhOUpno wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embe...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle