Banyak Aduan Melibatkan Polis Sindiket Tak Diambil Tindakan Jips Bukit Aman



Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima banyak aduan daripada orang awam mendakwa segelintir pegawai dan anggota pasukan itu tidak menjalankan tanggungjawab sebagai penguat kuasa undang-undang di negara ini.
Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jips Bukit Aman Zamri Yahya berkata antara kes yang didakwa tidak diambil tindakan adalah berkaitan sindiket pengedaran dadah dan perjudian.
Kata Zamri antaranya melibatkan kesalahan tidak melaporkan dan tiada tindakan diambil terhadap kes-kes jenayah yang dilapor oleh orang awam dengan mendiamkan diri serta membiarkan kawasan pentadbiran mereka berleluasa dengan sindiket berkenaan.
“Sebagai contoh terdapat segelintir ketua polis daerah (KPD) yang berpakat dan bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah dan perjudian dengan mengambil habuan tertentu.
“Apabila ada orang awam melaporkan terdapat kegiatan sedemikian, KPD terbabit masing-masing menafikan menerima aduan atau laporan daripada orang awam,” katanya kepada Bernama.
Zamri berkata isu salah laku dan masalah integriti dalam kalangan anggota dan pegawai PDRM masih berterusan walaupun banyak tindakan tatatertib diambil sejak 1986.
Dia berkata habuan sindiket berkenaan dikatakan semakin meningkat mengikut peredaran zaman.
“Jika dahulu, kita hanya ada nombor ekor (tanpa lesen) dan zaman sekarang banyak perjudian dalam talian dan duit yang ditawarkan juga tinggi serta banyak pusat hiburan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Razarudin Husain berkata mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu yang didapati terlibat dengan sindiket dadah, sama ada secara langsung mahupun tidak.
“Saya tidak boleh nafikan ada anggota polis yang terlibat penjualan ketum. Kami ada terima laporan berhubung perkara ini dan anggota ini akan dituduh di mahkamah.
“…dan tindakan itu bukan sampai di situ sahaja, Jips juga akan mengambil tindakan sehingga mereka ini boleh dibuang kerja,” katanya dalam nada tegas.
– Bernama
The post Banyak aduan melibatkan polis, sindiket tak diambil tindakan – JIPS Bukit Aman appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/27/banyak-aduan-melibatkan-polis-sindiket-tak-diambil-tindakan-jips-bukit-aman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukit Aman Kartel Daging Sindiket Dalam Dan Juga Luar Negara Di Percayai Terlibat

Bukit Aman Kartel Daging Sindiket Dalam Dan Juga Luar Negara Di Percayai Terlibat

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Polis percaya kegiatan kartel daging import yang menggunakan label halal palsu melibatkan rangkaian luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed Belia...
Bukit Aman Many Complaints Lodged Against Cops For Inaction On Drugs Gambling

Bukit Aman Many Complaints Lodged Against Cops For Inaction On Drugs Gambling

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 385 hits
The police Department of Integrity and Compliance Standards has received many complaints from the public on the force not discharging their responsibilities as law enforcers Bukit Aman JIPS director Zamri Yahya said the cases that were alle...
Wajah Ydp Agong Jadi Mangsa Lagi Tunku Azizah Mahu Pelaku Diambil Tindakan

Wajah Ydp Agong Jadi Mangsa Lagi Tunku Azizah Mahu Pelaku Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 344 hits
Menerusi hantaran di laman Instagram permaisuri kesayangan rakyat ini menzahirkan rasa kecewa apabila wajah suami baginda yang juga Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah telah disunting dengan cara yang memalukan oleh seorang individu yang ...
Warga Emas Rugi Rm1 8 Juta Di Tipu Sindiket Macau Scam Di Tipu Pos Laju Pegawai Polis

Warga Emas Rugi Rm1 8 Juta Di Tipu Sindiket Macau Scam Di Tipu Pos Laju Pegawai Polis

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 493 hits
KUALA LUMPUR Seorang wanita warga emas berusia 66 tahun kerugian RM1 8 juta selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan Pos Laju dan pegawai polis Perkara itu terbongkar selepas mangsa melaporkan kej...
Ahli Parlimen Klang Dipanggil Menghadap Bukit Aman Esok

Ahli Parlimen Klang Dipanggil Menghadap Bukit Aman Esok

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 376 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan pada 10 45 pagi esok FMT difahamkan Santiago dipanggil untuk dirakam kenyataan berkait sebuah forum mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012...
Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Pelaburan Matawang Kripto Aliexchange Rugi Rm4 7 Juta

Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Pelaburan Matawang Kripto Aliexchange Rugi Rm4 7 Juta

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR Sindiket pelaburan mata wang kripto yang berselindung di sebalik aplikasi dalam talian dikenali sebagai AliExchange dan dipercayai menyebabkan pelabur kerugian RM4 7 juta tumpas selepas polis menahan sembilan individu pada Isni...
7 Rekomendasi Produk Lilin Aromaterapi Lokal Redakan Stres Selama Wfh Banyak Varian Harga Aman

7 Rekomendasi Produk Lilin Aromaterapi Lokal Redakan Stres Selama Wfh Banyak Varian Harga Aman

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 382 hits
Lilin aromaterapi bisa jadi andalan untuk rileksasi di rumah Cobain deh rekomendasi lilin aromaterapi lokal yang nggak kalah dari produk produk luar negeri
Sindiket Macau Scam Guna Portal Myeg Jpj Dan Spr Cungkil Maklumat Mangsa 22 Ditahan

Sindiket Macau Scam Guna Portal Myeg Jpj Dan Spr Cungkil Maklumat Mangsa 22 Ditahan

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 417 hits
Zainuddin Yaacob menunjukkan gambar 22 suspek sindiket Macau Scam pada sidang media di IPK Perak hari ini IPOH Polis menahan 22 warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan sindiket penipuan Macau Scam dalam serbuan di premis yang...
Kartel Daging Rangkaian Luas Didalangi Sindiket Dalam Luar Negara

Kartel Daging Rangkaian Luas Didalangi Sindiket Dalam Luar Negara

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 316 hits
Huzir Mohamed KUALA LUMPUR Polis menerima 13 laporan polis daripada orang awam berhubung isu kartel daging import yang menggunakan logo halal palsu Laporan polis itu diterima daripada orang awam yang melahirkan kegusaran setelah membaca lap...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Media Sosial Yang Paling Penting Di Tahun 2026

Sikap Terbaik Saat Difitnah Antara Sabar Membela Diri Dan Memaafkan

Hang B Lee

5 Langkah Audit Kewangan Peribadi Setiap Hujung Tahun

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah