Bantuan Sara Hidup 2019 Permohonan Dan Kemaskini Bsh Akan Dibuka Mulai January 2019


Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 | Permohonan Dan Kemaskini BSH Akan Dibuka Mulai January 2019. Memang terasa betul kos perbelanjaan harian sekarang ni. Makin lama makin meningkat. Macam tak apa penurunan walaupon GST sudah dihapuskan. Dari barangan keperluan harian, keperluan anak-anak dan juga keperluan dapur, semua makin meningkat perbelanjaan nya. Memang zaman sekarang ni kita kena pandai mengatur perbelanjaan harian. Tak boleh berbelanja secara berlebihan dan kene berbelanja pada perkara/benda yang perlu sahaja.


Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 | Permohonan Dan Kemaskini BSH Akan Dibuka Mulai January 2019
Saya yang bekerja ni pon amat terasa dengan kenaikan kos perbelanjaan apatah lagi golongan yang kurang berkemampuan seperti ibu tunggal, orang kurang upaya dan juga pada surirumah yang mengharapkan sumber pendapatan dari suami sahaja. Mujur ada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat mereka yang kurang berkemampuan dan juga buat golongan isi rumah yang berpendapatan terendah (B40)

Dalam pembentangan Bajet 2018 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada November lepas, Kerajaan akan memberikan Bantuan Sara Hidup 2019 yang dianggarkan seramai 4.1 juta isi rumah dengan jumlah bantuan kewangan yang diperuntukkan sebanyak RM5 bilion kepada golongan B40. Terdapat 3 kategori bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk tahun 2019 mengikut jumlah pendapatan isi rumah. Iaitu:

Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah: RM1,000 + RM120/anakIsi rumah yang berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000: RM750 + RM120/anakIsi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,001 dan hingga RM4,000: RM500 + RM120/anak* Bantuan Sara Hidup (BSH) tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan terhad kepada empat orang sahaja kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka. Sebagai contoh, golongan isi rumah yang berpendapatan sebanyak RM2,000 ke bawah jika mempunyai 4 orang anak, bantuan yang akan mereka terima adalah sebanyak RM1,480.

Bagus sebenarnya usaha kerajaan dalam meneruskan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan juga buat mereka yang berpendapatan rendah untuk kelangsungan hidup. Dengan adanya Bantuan Sara Hidup (BSH) ni, ianya dapat meringankan beban mereka dalam berbelanja untuk membeli keperluan harian keluarga.

Semoga bantuan ini juga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan wang yang diperolehi dapat dibelanjakan secara berhemah. Seperti keperluan untuk anak-anak yang akan bersekolah dengan membeli baju dan juga kasut sekolah. Membeli keperluan dapur. Menyelesaikan hutang kalau ada berhutang untuk membeli barang. Dan jangan lupa untuk menyimpan sedikit wang bantuan untuk kegunaan bila betul-betul memerlukan. Orang kata ‘emergency cash’ kalau ada apa-apa perkara berlaku secara tak terduga kan.

Ok… Ni nak bagi tahu yang permohonan untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka pada bulan January 2019. Pada mereka yang layak memohon bantuan ni, boleh lah membuat permohonan. Dan untuk mereka yang sudah berdaftar, boleh kemaskini maklumat anda untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019. Pendaftaran boleh dibuat secara manual atau pon online.


Untuk permohonan yang dibuat secara manual, boleh dapatkan borang secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran kawasan anda. Manakala untuk permohonan secara online dan kemaskini maklumat, anda boleh layari laman web BSH 2019. Tarikh pembayaran pula bermula selepas perayaan Tahun Baru Cina. Jangan lupa mendaftar dan jangan lupa kemaskini maklumat tau.

Cuma harapan saya untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) ni, biarlah yang memohon itu ada lah dari kalangan yang betul-betul susah dan memang perlu kan bantuan. Di harap juga kerajaan dapat memantau dengan lebih teliti untuk setiap permohonan supaya orang-orang yang memerlukan mendapat bantuan dengan sewajarnya. Tapi itu lah, bukan mudah nak memantau semua permohonan kan. Mohon lah berlaku jujur dalam setiap perbuatan. Takut kita mengambil hak orang yang tak sepatutnya kita ambil.  



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.fizarahman.com/2018/12/bantuan-sara-hidup-bsh-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 Tarikh Update Bsh Official

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 Tarikh Update Bsh Official

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 1078 hits
Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 Tarikh Update BSH Terkini Selamat tahun baru 2019 kepada semua pembaca mypt3 Ramai yang ternanti nanti sebenarnya berita terkini mengenai bantuan sara hidup di Malaysia seperti yang diumumkan oleh Perdana M...
Permohonan Bantuan Sara Hidup Bsh 2019

Permohonan Bantuan Sara Hidup Bsh 2019

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 606 hits
Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 akan dibuka mulai Januari 2019 Pemakluman rasmi mengenai tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam tempoh terdekat Permohonan baru BSHR adalah untuk mereka yang belum p...
Tempoh Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Rakyat Akan Bermula Januari 2019

Tempoh Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Rakyat Akan Bermula Januari 2019

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 962 hits
Dalam pembentangan Belanjawan untuk tahun 2019 rasanya yang ramai rakyat Malaysia nak tahu pasal BRIM atau terkini dipanggil Bantuan Sara Hidup Rakyat Count down nak masuk tahun baru dalam beberapa hari dah tempoh pendaftaran untuk BSHR aka...
Apa Yang Menarik Dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019

Apa Yang Menarik Dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 630 hits
Beberapa tahun sudah rasanya ramai golongan berpendapatan rendah B40 yang dah merasa imbuhan yang diberikan kerajaan dalam bentuk bantuan kewangan yang dipanggil BR1M Namun ianya kini berubah nama kepada skim Bantuan Sara Hidup Rakyat selep...
Kesian Yang Bujang Tak Dapat Bantuan Sara Hidup Golongan Bujang Kesal Termasuk Dalam Kategori Tak Layak Dapat Bsh

Kesian Yang Bujang Tak Dapat Bantuan Sara Hidup Golongan Bujang Kesal Termasuk Dalam Kategori Tak Layak Dapat Bsh

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 818 hits
Kesian yang bujang tak dapat Bantuan Sara Hidup Golongan bujang kesal termasuk dalam kategori tak layak dapat BSHBaru baru ini tersebar di media sosial gambar pemberitahuan bahawa ada tiga golongan ini disahkan tidak layak untuk menerima Ba...
Bantuan Sara Hidup Fasa Pertama Dilaksanakan 28 Januari

Bantuan Sara Hidup Fasa Pertama Dilaksanakan 28 Januari

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 377 hits
PUTRAJAYA Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 fasa pertama yang dijangka memanfaatkan sehingga 4 1 juta isi rumah akan dilaksanakan pada 28 Januari mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan t...
Info Lengkap Mengenai Bantuan Sara Hidup Adakah Ianya Berbaloi

Info Lengkap Mengenai Bantuan Sara Hidup Adakah Ianya Berbaloi

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 554 hits
Assalamualaikum semua Pejam celik tahun 2018 sudahpun berlalu dan daku rasakan bagai baru semalam daku melangkah masuk ke tahun 2018 tetapi hakikat sebenarnya telahpun setahun masa berlalu Kini 2019 telah menjelma namun segala suka duka pad...
Bagaimana Untuk Memohon Bantuan Sara Hidup

Bagaimana Untuk Memohon Bantuan Sara Hidup

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 383 hits
Semasa proses permohonan BRIM ada yang layak MEMOHON telah ditolak oleh kerajaan BN Ada JUGA yang tidak MEMOHON kerana geli dan protes pada Najib yang sondol billion dengan merasuah rakyat ciput Ada sesiapa yang boleh jelaskan
Harga Minyak Akan Diselaraskan Setiap Minggu Mulai Januari 2019

Harga Minyak Akan Diselaraskan Setiap Minggu Mulai Januari 2019

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 533 hits
Harga Minyak Akan Diselaraskan Setiap Minggu Mulai Januari 2019 Kerajaan dalam satu kenyataan media hari ini memutuskan untuk menyeleraskan harga runcit petrol RON95 dan diesel setiap minggu susulan penurunan harga minyak mentah global Menu...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Best Way To Spend Your Much Awaited Vacation

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Mangsa Banjir Johor Terus Meningkat

Agreeableness

Floating Market Pulau Suri Tumpat Kelantan Seronok Jalan Jalan Cari Makan Kat Sini