Bantuan Raja Sehari Rm1000 Untuk Pasangan Pengantin Di Johor
Bantuan Raja Sehari sebanyak RM1,000 kepada pasangan pengantin pertama kali berkahwin di negeri Johor kini dibuka untuk bukan anak jati Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata bantuan di bawah insentif Orang Muda Johor (OMJ) itu diberi kepada setiap pasangan pengantin yang pertama kali berkahwin dengan syarat, pendapatan bersama adalah RM5,000 ke bawah.
“Bukan anak jati Johor juga boleh mohon dengan syarat pendapatan bersama adalah RM5,000 ke bawah dan salah seorang pasangan sudah menetap di negeri ini melebih tiga tahun.”
Kerajaan negeri Johor mengalu-alukan semua masyarakat yang tinggal dan berkhidmat di Johor memohon bantuan berkenaan dengan dana RM10 juta diperuntukkan kerajaan negeri.
“Bagi bantuan berkenaan, RM6 juta diperuntukkan kepada pasangan Islam, manakala RM4juta untuk pasangan bukan Islam. Sejak permohonan dibuka April lalu, 200 pasangan sudah menerima bantuan berkenaan,” katanya.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Raja Sehari Negeri Johor untuk maklumat bersama.
Apakah Bantuan Raja Sehari 2022 (Bantuan Perkahwinan Johor)?
Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif menerusi Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi.
Menerusi bantuan ini, pasangan yang berkahwin akan menerima bantuan RM1000 untuk menampung perbelanjaan memulakan kehidupan berumahtangga.
Syarat Permohonan
Orang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah.Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahunPerkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri
Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022.Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000.00 ke bawahPermohonan dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 sahaja.Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri
menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini.
Cara Permohonan Bantuan Raja Sehari / Bantuan Perkahwinan Johor 2022
Untuk memohon, sila isikan borang seperti yang dilampirkan di bawah berserta dokumen yang diperlukan :
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu disertakan untuk membuat permohonan Bantuan Raja Sehari / Bantuan Perkahwinan Johor 2022 adalah seperti berikut:
Salinan kad pengenalan (Lelaki dan perempuan)Salinan buku bank / penyata bank (Lelaki dan perempuan)Salinan surat perakuan nikah (Sijil nikah). Jika surat perakuan nikah hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dari Pejabat Kadi Daerah / Pejabat Agama Islam DaerahSurat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua KampungSlip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung atau Penghulu.
MUAT TURUN BORANG PDF :
BORANG-TUNTUTAN-RAJA-SEHARI-RM1000Download
Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor, sila hubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2076330/31/32.
Facebook: Jabatan Agama Islam Negeri JohorLaman web: https://jainj.johor.gov.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/bantuan-raja-sehari-perkahwinan-johor/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bantuan-raja-sehari-perkahwinan-johor