Bantuan Pulih Usahawan Kecil


 Oleh Saiful Haizan Hasam
  Penjual makanan ringan mengayuh basikal beroda tiga bagi menampung sara hidup. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyifatkan Bajet 2022 akan membantu memulihkan usahawan bangkit semula, sekaligus memperkasa ekonomi negara.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata bajet itu memberi perhatian kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang sangat terjejas akibat pandemik COVID-19.
"Penekanan Bajet 2022 yang memberi fokus kepada usaha menjana semula ekonomi negara akan memberi impak yang signifikan dalam meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran Keluarga Malaysia.
"Dalam mengembalikan keupayaan perniagaan, pakej pembiayaan sebanyak RM40 bilion disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia yang merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Noh berkata, antara insentif itu ialah peruntukan RM4.8 bilion bagi melaksanakan Program Peningkatan Kapasiti dan Pembiayaan Perniagaan yang dilaksanakan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan Dana Kemakmuran Bumiputera.
Katanya, begitu juga dengan potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan operasi yang dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM500,000 dan dilanjutkan bagi tempoh lima tahun sehingga 31 Disember 2025 untuk meningkatkan pembabitan syarikat teraju dalam membangunkan vendor Bumiputera.
"Tidak ketinggalan, dana pembiayaan Skim Pembiayaan Usahawan Informal dan Mikro serta Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN.
"Seterusnya, dana RM230 juta bagi melaksanakan program pembiayaan untuk usahawan wanita yang terjejas melalui Program TEKUNITA oleh TEKUN dan Program DANANITA di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).
"Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) berjumlah RM10 juta dan Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi berjumlah RM30 juta oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia," katanya.
Noh berkata, insentif seterusnya ialah pendanaan melalui pelaburan ekuiti dan quasi-ekuiti bernilai RM600 juta yang akan diterajui oleh SME Bank dengan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya, turut boleh dimanfatkan ialah insentif percukaian merangkumi penangguhan ansuran cukai pendapatan, pindaan anggaran cukai pendapatan perniagaan dan potongan cukai khas kepada pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan sewa.
"Selain itu, latihan dan bimbingan perniagaan dan skim pembiayaan mudah kosong peratus bagi usahawan francais dengan peruntukan berjumlah RM74 juta yang akan dilaksanakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)," katanya.

Pasangan suami isteri mengutip kotak yang dibuang untuk dijual bagi sara hidup mereka di Pulau Pinang. - Foto BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/bantuan-pulih-usahawan-kecil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembukaan Semula Pasar Tani Manfaatkan 9 000 Usahawan

Pembukaan Semula Pasar Tani Manfaatkan 9 000 Usahawan

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 256 hits
Oleh SURAIDAH ROSLAN RONALD Kiandee menyampaikan bantuan MAFI Prihatin kepada salah seorang penerima di Beluran hari ini BELURAN Pembukaan semula pasar tani di seluruh negara akan memberi manfaat kepada lebih 9 000 usahawan dan dijangka mam...
Mp Jerantut Nazlan Idris Di Lantik Pengerusi Baharu Perbadanan Usahawan Nasional Bhd

Mp Jerantut Nazlan Idris Di Lantik Pengerusi Baharu Perbadanan Usahawan Nasional Bhd

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 262 hits
KUALA LUMPUR Perbadanan Usahawan Nasional Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Nazlan Idris sebagai Pengerusi berkuat kuasa pada 15 Oktober 2021 Beliau menggantikan penyandang sebelum ini Tan Sri Noh Omar yang meletakkan jawatan pada 1 Se...
Bajet 2022 Usahawan Muda Perlu Sokongan Pemasaran Digital

Bajet 2022 Usahawan Muda Perlu Sokongan Pemasaran Digital

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 239 hits
Usahawan muda yang berniaga dalam talian di Kelantan berharap Belanjawan 2022 dapat membantu mereka dari segi sokongan pemasaran digital Walaupun ramai anak muda yang terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana sudah lama bertapak lama di p...
Kerajaan Negeri Ganda Usaha Bantu Usahawan Johor Hasni Johor

Kerajaan Negeri Ganda Usaha Bantu Usahawan Johor Hasni Johor

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 420 hits
KERAJAAN NEGERI GANDA USAHA BANTU USAHAWAN JOHOR HASNI JOHOR PONTIAN 16 Oktober Kerajaan Negeri akan terus menggandakan usaha membantu golongan usahawan di negeri ini yang terkesan akibat pandemik COVID 19 Menteri Besar YAB Dato Haji Hasni ...
Siakap Rm1 196 Tu Cuma Makan Ikan Kecil Segar Bukan Dedak Seperti Sangkar Ikan Lain

Siakap Rm1 196 Tu Cuma Makan Ikan Kecil Segar Bukan Dedak Seperti Sangkar Ikan Lain

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 358 hits
Siakap RM1 196 Tu Cuma Makan Ikan Kecil Bukan Dedak Seperti Sangkar Ikan Komersial Lain LANGKAWI Ikan siakap yang dijual pada harga RM1 196 di Taman Geoforest Karst Kilim di sini yang tular sejak kelmarin telah dibela selama 11 tahun oleh p...
Jadi Anak Yang Kuat Vanessa Suami Meninggal Dunia Ramai Sebak Lihat Keadaan Anak Kecil Ini

Jadi Anak Yang Kuat Vanessa Suami Meninggal Dunia Ramai Sebak Lihat Keadaan Anak Kecil Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 494 hits
Artis terkenal Indonesia Vanessa Angel dan suaminya Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya semalam Menurut Portal berita CNN Indonesia kemalangan maut itu berlaku di Tol Jakarta Surabaya berh...
Rumah Ada Anak Kecil Disarankan Tukar Tuil Jenis Ada Pemegang Ini Sebabnya

Rumah Ada Anak Kecil Disarankan Tukar Tuil Jenis Ada Pemegang Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 333 hits
Membuka dan menutup pintu selalu menjadi kesukaran pada anak kecil kita lebih lebih lagi tombol jenis bulat yang sedikit menyukarkan anak Rupanya penggunaan pintu di rumah kita juga perlu ditukar supaya mesra alam dan paling penting untuk k...
Tak Banyak Yang Tahu Vicky Shu Ternyata Pernah Jadi Pengasuh Al El Dan Dul Saat Kecil

Tak Banyak Yang Tahu Vicky Shu Ternyata Pernah Jadi Pengasuh Al El Dan Dul Saat Kecil

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 295 hits
Kala itu Vicky mengurus tiga bersaudara tersebut ketika Ahmad Dhani dan Maia Estianty dalam proses perceraian
Usahawan Enggan Divaksin Bakal Berdepan Kesukaran Jalankan Aktiviti Ekonomi

Usahawan Enggan Divaksin Bakal Berdepan Kesukaran Jalankan Aktiviti Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 322 hits
BERNAMA Noh Omar berkata status vaksinasi merupakan satu daripada kriteria penting bagi membolehkan individu untuk pergi ke mana mana tempat Seorang wanita berjalan di ruang perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kelonggaran untuk mereka y...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Lobster Masak Cili

Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun

Israel Serang Iran Tehran Dibedil Komander Irgc Terbunuh Apa Seterusnya