Bantuan Kepada Individu Bujang Rm 150 Akan Disalurkan Pada September Ini
Bantuan Kepada Individu Bujang RM 150 Akan Disalurkan Pada September Ini. Untuk pengetahuan kepada rakyat Malaysia, terdapat sebuah bantuan kepada individu bujang berjumlah RM 150 yang akan dibayar pada September ini iaitui melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Bantuan ini difokuskan kepada golongan B40, M40, warga tua, janda, duda dan lain-lain.
Pemberian bantuan BKM ini adalah untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi tatkala kadar inflasi yang semakin meningkat. Kini,bagi pembayaran BKM 2 Fasa sudah dikreditkan pada Mac dan Jun lepas. Dan hanya tinggal 2 Fasa lagi iaitu pada September dan Disember.
Bagi mengetahui perkembangan dan info lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia(BKM). Anda boleh ikuti penerangan bantuan BKM dibawah.
Bantuan Kepada Individu Bujang RM 150 Pada September Ini
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN BAGI INDIVIDU BUJANG?
Bagi kategori bujang, kerajaan telah merangka dan membahagikan kategori bujang mengikut kesesuaian. Ini adalah kerana kerajaan ingin memastikan setiap bantuan sampai kepada rakyat.
Kategori Bujang dan IBT tiada anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
RM 150
Bujang dan IBT tiada anak – pemohon 60 tahun dan ke atas
RM 150
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN SELAIN BUJANG BKM FASA 3 ?
Berikut adalah jumlah bantuan pembayaran BKM Fasa 3 mengikut kategori masing-masing
1) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
0 anak – RM 200
1-2 anak – RM 300
3 dan lebih anak – RM 400
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
0-3 anak dan ke atas – Kesemua RM 100
2) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
0 anak – RM 500
1-2 anak – RM 600
3 dan lebih anak – RM 700
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
0-3 anak dan ke atas – Kesemua terima RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak – Tiada had umur
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
1-2 anak – RM 800
3 anak dan lebih – RM 900
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,00
1-3 anak dan lebih – Kesemua terima RM 600
BILAKAH TARIKH BAYARAN BKM FASA 3?
Untuk masa sekarang, Kerajaan masih belum ada tentukan tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 2 kerana masih berbaki 2 bulan untuk bulan September. Tetapi seperti yang dinyatakan, bayaran tetap dikreditkan pada bulan September nanti
Oleh hal demikian itu, kebarangkalian besar tarikh bayaran adalah sama seperti BKM Fasa 2 iaitu pada 27 September atau pada minggu terakhir bulan September nanti
Bagi sebarang maklumat tambahan mengenai BKM Fasa 3 kami akan di kemas kini dari masa ke masa
BAGAIMANA CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3?
Bagi penerima BKM,berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan BKM :
Log masuk ke https://bkm.hasil.gov.my/
Klik Semakan Status
Paparan kelayakan akan ditunjukkan
Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Cara Mengetahui Maklumat Terkini Bantuan Keluarga Malaysia Anda
Bagaimanakah Cara Untuk Menyemak Status & Kemaskini Bantuan 1 Keluarga?
Langkah pertama sekali, anda perlu layari portal rasmi bantuan Bantuan Keluarga Malaysia
Kemudian anda perlu tekan butang Semakan Status
Paparan kelayakan akan ditunjukkan pada skrin anda
Sila tekan maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran anda.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau informasi lebih lanjut berkenaan bantuan ini, anda boleh layari laman rasmi BKM di – https://bkm.hasil.gov.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/08/bantuan-bujang-rm-150.html