Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal


BANTUAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL

DEFISINI/MAKSUD IBU TUNGGAL
Menurut Kamus Bahasa Melayu:
ibu tunggal
Definisi : wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Pernah sebelum ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mendefinisikan ibu tunggal kepada 3 maksud :
PERTAMA – ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati masih menanggung anak.
KEDUA-  seorang isteri yang menjadi ketua keluarga mencari nafkah, serta menanggung suami yang tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit dan mempunyai anak masih dalam tanggungan.
KETIGA – wanita yang mengangkat anak
DEFINISI IBU TUNGGAL MODEN
Seseorang wanita ditakrifkan sebagai Ibu Tunggal sekiranya :
– Wanita yang kematian suami dan sedia meneruskan tugas membesarkan anak-anak.
-Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya.
-Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya.
-Wanita yang berada di dalam proses penceraian (yang mungkin akan mengambil masa yang panjang).
-Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah dan memerlukan penjagaan rapi.
-Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami.
1)JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT(JKM)
Senarai bantuan yang ada di JKM untuk ibu tunggal :
Bantuan Bulanan – Bantuan Am
Bantuan Penyaraan Kanak-kanak

KADAR
Minimum  sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450  seisi rumah melebihi  4 orang kanak- kanak.
 
TUJUAN
1.Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
2.Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
 
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia; Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Bantuan Anak Pelihara
KADAR
RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
 
TUJUAN
Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
 
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun; Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:- -Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
-Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Elaun Pekerja Cacat
KADAR
RM400 sebulan seorang.
 
TUJUAN
Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia; Berumur 16 tahun dan ke atas; Pemegang kad OKU JKM; Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah; ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Bantuan Orang Tua
KADAR
RM350 sebulan seorang.
TUJUAN
Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1.Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2.Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3.Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan
4.Warga emas yang bukan tinggal  di:
institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara    percuma; ATAU
1.Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bantuan Am
BANTUAN AM PERSEKUTUAN
KADAR
RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
TUJUAN
Membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.
 
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
 
Bantuan Sekaligus – Geran Pelancaran
Bantuan Alat Tiruan / Sokongan
KADAR
Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
 
TUJUAN
Membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; Membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan.  
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Kumpulan sasar JKM;
Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;   ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota:
Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.
 
JENIS PERALATAN TIRUAN/ ALAT SOKONGAN ?
Anggota Palsu Kerusi Roda Alat Bantu Pendengaran Alat-alat Keperluan Lain Penggantian / Baik Pulih Alat Jenis Peralatan yang berkaitan Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran – juga disediakan, sila rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat.
CARA PERMOHONAN BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT(JKM)
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang Yang Berkaitan
JKM 18  (Borang Permohonan Bantuan)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20
2. BANTUAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL  KERAJAAN PERSEKUTUAN
Bantuan Sara Hidup
Ibu Tunggal warganegara malaysia yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah layak untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup.
Maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup (BSH).
Portal Pembasmian Kemiskinan (e Kasih)
Banyak kemudahan e kasih sebenarnya yang disediakan oleh di Portal ini. Antaranya ialah:
 
1) Bantuan Sara Hidup 2020
Jikalau nama anda tersenarai dalam senarai portal pembasmian kemiskinan e kasih anda layak mendapat bayaran melalui semakan bantuan sara hidup 2020 sebanyak RM1,200 setahun.Dan setiap anak-anak, anda juga dapat tambahan Rm120 setiap seorang.
 
2) Bantuan Ekasih KWSP Isuri
Ada berita baik untuk anda, jikalau anda tersenarai dalam pengkalan data, secara automatiknya anda selaku isteri akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI) . Program ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu golongan wanita terutamanya suri rumah di Malaysia.
 
3) Daftar Ekasih Tnb
Berdasarkan pengumuman pembentangan Bajet 2020 atau Belanjawan 2020 Malaysia, jikalau anda merasakan anda perlu dibantu, dan senarai nama anda lulus untuk dimasukkan dalam portal pembasmian kemiskinan, anda layak mendapat semakan rebat elektrik tnb secara percuma yang bernilai RM40 sebulan.
3.BANTUAN IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI
-Bantuan KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)
Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Maklumat lanjut, layari Portal Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
-Bantuan Kerajaan Negeri Sarawak
Bantuan Am (BA)
RM200.00 – 300.00 Sebulan kepada Pesakit, ibu tunggal, OKU, tanggungan banduan/penagih dadah
Bantuan Belia-Beliawanis (BBB)
RM200.00 Sebulan – Penempatan di kilang, kedai atau bidang-bidang tertentu bagi mendapat kemahiran. Untuk belia miskin tercicir dari persekolahan, lepasan institusi atau OKU.
-Bantuan Kerajaan Tererengganu – Dana Terengganu 2020 Online (Bantuan iDana)
Bantuan iDana juga mengfokuskan bantuan kepada golongan ibu tunggal. Permohonan iDana Terengganu online (Terengganu gov my) 
4.BANTUAN KEBAJIKAN  ZAKAT UNTUK IBU TUNGGAL
-Mohon bantuan ibu tunggal di Baitulmal di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
-Mohon bantuan ibu tunggal di Lembaga Zakat Selangor (LZS).
-Mohon bantuan ibu tunggal di Baitulmah Jabatan Agama Islam Sarawak
-Mohon bantuan ibu tunggal di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Bantuan zakat yang berkaitan ibu tunggal di negeri masing-masing memang disediakan. Jadi anda perlu hubungi pusat zakat negeri dan bertanya cara memohon zakat berkaitan dengan ibu tunggal
5.BANTUAN LAIN UNTUK KEBAJIKAN IBU TUNGGAL 
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia – khidmat nasihat, bantuan pendahaluan dana nakah, menyediakan perkhidmatan rumah transit
Jabatan Pembangunan Wanita – program peningkatan kemahiran dan pendapatan
Kementerian Pendidikan Malaysia – pelbagai program bantuan untuk anak-anak di sekolah.
Melalui jabatan-jabatan ini, anda boleh bertanya tentang bantuan yang berkaitan dengan ibu tunggal yang pihak jabatan ini sediakan.
The post BANTUAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/bantuan-kebajikan-ibu-tunggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mohon Bantuan Ibu Tunggal

Cara Mohon Bantuan Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 326 hits
CARA MOHON BANTUAN IBU TUNGGAL Sebenarnya ibu tunggal memerlukan pelbagai bentuk bantuan terutamanya wang tunai dan barang keperluan harian untuk memastikan diri mereka dan anak anak dapat meneruskan kehidupan Namun demikian ibu tunggal jug...
Adn Bantuan Makanan Kepada Asnaf Ibu Tunggal Dan Oku

Adn Bantuan Makanan Kepada Asnaf Ibu Tunggal Dan Oku

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 421 hits
SHAH ALAM 24 MAC Beberapa Ahli Dewan Negeri Selangor mula melancarkan bantuan buat golongan asnaf ibu tunggal dan orang kelainan upaya yang menghadapi kesukaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ADN Sungai Air Tawar Rizam Ismail ...
Rozi Mengaku Jadi Ibu Tunggal

Rozi Mengaku Jadi Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR Pengurus penghibur terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan sudah bercerai dengan abang penyanyi itu Saiful Bahri Tarudin atau dikenali sebagai Ayie sejak dua tahun lalu Perkara itu dikongsi Rozi Abdul Razak 46 menerusi r...
Muslim Volunteer Malaysia Kempen Bantuan Kebajikan Dan Kemanusiaan

Muslim Volunteer Malaysia Kempen Bantuan Kebajikan Dan Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 453 hits
Salam Jumaat Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT Dia akan balas dan membayarnya di dunia lagi Itu janji Allah dalam al Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan...
Hilang Punca Pendapatan Kerana Kawalan Pergerakan Ibu Tunggal 5 Anak Terpaksa Ambil Upah Beli Barang

Hilang Punca Pendapatan Kerana Kawalan Pergerakan Ibu Tunggal 5 Anak Terpaksa Ambil Upah Beli Barang

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 348 hits
Saat ketika kita mengeluh dinasihatkan agar duduk di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan masih ada orang di luar sana tidak bernasib baik harus mencari rezeki demi sesuap nasi Hilang Punca Pendapatan Kerana Kawalan Pergerakan...
Sering Demam Panas Alieya Disahkan Menghidap Saraf Mata Bengkak Jangkitan Kuman Di Otak Ibu Rayu Bantuan Pada Yang Sudi

Sering Demam Panas Alieya Disahkan Menghidap Saraf Mata Bengkak Jangkitan Kuman Di Otak Ibu Rayu Bantuan Pada Yang Sudi

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 404 hits
Setiap ibu dan ayah mahukan anak anak membesar dengan sihat seperti anak anak sebaya mereka Tapi takdir dari Yang Maha Esa tiada siapa yang dapat menidakkannya Begitulah yang berlaku kepada seorang ibu Zarazelah Othman yang mana anak sulung...
Ibu Tunggal Kental Ambil Upah Hantar Barang Dapur Semasa Pkp

Ibu Tunggal Kental Ambil Upah Hantar Barang Dapur Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 448 hits
SEJAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu penjual nasi kerabu Nur Shafira Abd Rahim hilang punca pendapatan kerana terpaksa menutup gerainya Ibu tunggal 34 tahun itu kini terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara k...
Sayu Ibu Pergi Dulu Sayang Ibu Tunggal Maut Anak Parah Pulang Ambil Anak Sekolah

Sayu Ibu Pergi Dulu Sayang Ibu Tunggal Maut Anak Parah Pulang Ambil Anak Sekolah

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 331 hits
SAYU Ibu Pergi Dulu Sayang Ibu Tunggal Maut Anak Parah Pulang Ambil Anak Sekolah Pendang Kemalangan maut di Simpang Tobiar Pendang melibatkan sebuah kereta dan motosikal semalam seorang wanita yang merupakan ibu tunggal beranak 4 maut ditem...
Menko Luhut Minta Bantuan Kerajaan Belanda Hadapi Gugatan Di Wto Soal Kelapa Sawit

Menko Luhut Minta Bantuan Kerajaan Belanda Hadapi Gugatan Di Wto Soal Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 194 hits
Kepada pemerintah Belanda dia mengutarakan keinginan Indonesia untuk menjadi negara maju Presiden Joko Widodo menginginkan barang komoditas ekspor Indonesia harus memiliki nilai tambah
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions