Bantuan Barang Dapur Rm300 Selangor Setiap Bulan
BANTUAN BARANG DAPUR RM300 SELANGOR SETIAP BULAN (Permohonan & Semakan Bingkas)
Kepada warga penduduk Selangor terutamanya golongan B40 dan miskin, Kerajaan Negeri selangor telah memperkenalkan inisiatif Bantuan keperluan barang dapur menerusi BINGKAS. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BINGKAS SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.
MANFAAT BINGKAS SELANGOR
Berikut adalah merupakan antara manfaat yang diperolehi menerusi bantuan ini iaitu:
eWallet Bingkas boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
RM300 Had bulanan pembelian barangan keperluan asas
Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
eWallet Bingkas akan ditambah bila ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR BINGKAS SELANGOR
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:
Insentif khas ini terbuka hanya untuk Warganegara Malaysia
Mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
Pendapatan semasa isi rumah bulanan dibawah RM3,000
Merupakan kelahiran negeri Selangor atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
Pemohon merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor.
KADAR BANTUAN BARANG DAPUR BINGKAS SELANGOR
Melalui bantuan ini, setiap keluarga yang layak (termasuk ibu tunggal) akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan selama setahun. Ini bermaksud jumlah keseluruhan bantuan adalah RM3,600 setahun.
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR BINGKAS SELANGOR
Berikut adalah merupakan antara barangan yang tersenarai untuk pembelian menerusi program BINGKAS.
Beras
Mi dan bihun
Roti dan biskut
Telur
Gula dan Garam
Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
Tepung
Minyak masak
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
Lampin pakai buang (bayi/dewasa)
Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
Barangan sekolah (kasut, beg, buku, alat tulis, parakain seragam dan sebagainya)
Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah/akademik)
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan dokumen diperlukan untuk pendaftaran BINGKAS:
Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
NOTA: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.
CARA PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR BINGKAS SELANGOR
Sekiranya anda baru ingin membuat permohonan, berikut dalah merupakan caranya:
Layari pautan: https://bingkasselangor.com/
klik pada daftar permohonan
Masukkan nombor telefon anda (tanpa -)
Bagi penerima KISS , sila klik Kemaskini No Telefon untuk mengemaskini nombor telefon anda.
Ikuti arahan selanjutnya sehingga pendaftaran selesai
PROSUDER TUNTUTAN BANTUAN BARANG DAPUR BINGKAS SELANGOR
Sekiranya anda ingin membuat tuntutan barangan dapur ini, berikut adalah merupakan prosudernya:
Penerima Bingkas mengunjungi ke kedai-kedai yang tersenarai di bawah program bingkas
Penerima memilih barangan yang ingin dibeli
Jururwang mengimbas ID peenrima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan
Juruwang mencatatkan barangan yang dipilih penerima dan melakukan saringan mengikut jenis barangan yang tersenarai di bawah program Bingkas
Penerima memastikan baki akaun Bingaks mencukupi di kad maya dan menekan kad untuk memulakan pembayaran menggunakan aplikasi Wazpay eWallet
Penerima menekan Pay dan memilih akaun bingkas untuk membuat pembayaran
Penerima memasukkan pin 6 digit untuk pengesahan untuk mengaktifkan kod QR bagi tujuan pembayaran
Juruwang mengimbas kod QR untuk menerima bayaran
SENARAI PANEL KEDAI BANTUAN BARANG DAPUR BINGKAS SELANGOR
Bagi mendapatkan maklumat mengenai senarai panel kedai menerusi BINGKAS, anda boleh merujuk pada pautan di bawah:
https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan barang dapur Selangor, anda boleh melayari portal rasmi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) di pautan https://www.bingkasselangor.com/
ARTIKEL BERKAITAN:
CARA DAFTAR WAVPAY SELANGOR (Terima Bayaran Bantuan BINGKAS INSAN)
CARA DAFTAR LOG MASUK SSIPR (Login ssipr-daftar.selangor.gov.my)
The post BANTUAN BARANG DAPUR RM300 SELANGOR SETIAP BULAN (Permohonan & Semakan Bingkas) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/bantuan-barang-dapur.html