Bantu Petani T Ganu Halalkan Tanah Tanpa Geran Bagaimana
Mahu bantu pesawah ‘halalkan tanah haram’
SETIU: Kerajaan Negeri Terengganu terus komited membantu para petani untuk meningkatkan hasil terutama para pesawah yang mengusahakan tanaman padi berstatus tanah tanpa geran atau tanah haram.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya sedang giat memastikan perkara tersebut diselesaikan sebelum menjelang akhir tahun 2020.Menurutnya, beliau mensasarkan agar tidak ada lagi tanah yang diusahakan dengan tanaman padi tetapi tidak layak untuk mendapat skim bantuan subsidi baja, subsidi racun dan subsidi benih kerana masih berstatus tanah haram.“Tanah Haram Makkah memang semua orang nak pergi. Tapi tanah padi haram perlu diubah status jadi halal dengan pemberian Geran Hak Milik atau paling kurang Lesen Menduduki Sementara (LMS). Memiliki LMS sudah melayakkan pesawah mendapat skim bantuan subsidi yang dimaksudkan.“Benih, baja dan racun padi semuanya dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Kita Kerajaan Negeri hanya bantu sebagai pemudahcara antara Bahagian Industri Asas Tani (MOA) dengan rakyat kita,” ujarnya memahami masalah pesawah.Beliau turut memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana sasaran untuk menyelesaikan status tanah padi haram pada tahun lepas di baruh Gong Machang dan Gong Telikong Besut telah dicapai hasil dengan kerja keras semua pihak.“Saya menyeru kepada semua yang masih mengusahakan tanah haram dengan tanaman padi, marilah tampil ke Pejabat Tanah Daerah dimana lokasi tanah tersebut berada. Isi Borang Jadual 1 permohonan tanah atau isi borang permohonan LMS.“Untuk tanah padi keluasan maksimun yang boleh dimohon ialah dua ekar. Walaupun mengusahakan tanah kerajaan secara haram, kerajaan bukan nak ambil tindakan undang-undang. Malah nak bantu supaya yang haram jadi halal,’’ jelasnya lagi. – HARAKAHDAILY 18/1/2020
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/bantu-petani-tganu-halalkan-tanah-tanpa.html