Bank Untung Sepanjang Pkp Belum Waktu Kenakan Caj Rm1 Di Atm



Cadangan pihak perbankan untuk mengenakan semula caj RM1 bagi transaksi antara bank di mesin juruwang automatik (ATM) bermula 1 Februari 2022 ditentang kebanyakan rakyat memandangkan suasana ekonomi yang masih lembab dan sebahagian besar mereka masih dalam kesukaran.
Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tidak sewajarnya bank mengembalikan caj berkenaan ketika mana bank bank tiada satu pun yang mencatatkan kerugian sepanjang pandemik Covid 19 sehaj 2 tahun lalu.
Malah sebagai contoh, katanya, Maybank melaporkan keuntungan bersih bagi suku kedua 2021 berjumlah RM1.96 bilion, hampir RM1 bilion lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. CIMB pula meningkat RM1.835 bilion keuntungan bersihnya ke RM2.62 bilion (2Q2021) berbanding RM785 juta (2Q2020).
“Ini bermaksud kebanyakan bank komersial menyaksikan keuntungan sihat tahun ini.
“Kita juga sedar bahawa bank-bank sering kali meletakkan pelbagai caj ke atas hampir semua transaksi yang lain.
“Saya berpandangan terdapat cara-cara bagi memastikan pihak bank masih dapat menampung kos dalam hal transaksi ATM yang dimaksudkan, yang juga sudah pasti dalam pengetahuan Menteri Kewangan yang dahulunya seorang pegawai atasan bank komersial,” kata Saifuddin dalam kenyataannya.
Pada sisi lain, kata Saifuddin lagi, situasi bagi rakyat jauh berbeza. Pada 3 November lalu, kerajaan mengumumkan 600,000 isi rumah daripada kumpulan berpendapatan sederhana (M40) telah jatuh ke dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40) akibat pandemik Covid-19.
“Setakat Oktober 2021, dianggarkan 13.9 peratus anak muda antara 15-24 tahun menganggur, manakala secara amnya terdapat 705,000 orang yang sedang menganggur.
“Dikira bersama peningkatan harga barang yang mendadak dan belum lagi dapat dikawal, jelas rakyat sekarang berada dalam keadaan sangat tertekan.
“Oleh itu, saya menggesa kerajaan dan khususnya Menteri Kewangan untuk segera masuk campur dan mengarahkan bank-bank membatalkan rancangan bayaran RM1 bagi transaksi ATM ini,” katanya.
Saifuddin juga berkata, kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman yang berbahas di Parlimen menentang kenaan bayaran RM1 yang dianggap menekan para pengundi mereka.
“Saya dan pimpinan KEADILAN akan terus meneliti perkembangan isu ini, dan kami bersedia mengadakan pertemuan dengan pihak Kerajaan mahupun wakil bank-bank berkenaan demi menyampaikan suara rakyat,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33670

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6118 Bank Sudah Untung Tolong Batal Caj Rm1 Kosmo 17 12 2021

6118 Bank Sudah Untung Tolong Batal Caj Rm1 Kosmo 17 12 2021

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 282 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa campur ta ngan kerajaan bagi memba talkan keputusan beberapa buah bank yang menyambung semula caj RM1 bagi transaksi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik ...
Fomca Caj Transaksi Rm1 Rompakan Terang Terangan Bank

Fomca Caj Transaksi Rm1 Rompakan Terang Terangan Bank

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 303 hits
Langkah bank kembali mengenakan kembali caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik boleh dianggap sebagai rompakan terang terangan kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Naib presiden kanannya K Koris Atan be...
Caj Rm1 Bagi Pengeluaran Wang Di Mesin Atm Akan Dikenakan Semula Mulai Februari 2022

Caj Rm1 Bagi Pengeluaran Wang Di Mesin Atm Akan Dikenakan Semula Mulai Februari 2022

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 320 hits
Awal pandemik Covid 19 tahun lalu kerajaan pada 6 April 2020 telah memutuskan pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik bagi mengelakkan berlaku kesesakan apabila mengeluarkan wang Ini berikutan kerajaan menetapkan prosedur ope...
Netizen Bengang Kkm Hanya Kenakan Kompaun Rm1 000 Kepada Penganjur Sambutan Keluarga Malaysia Pm

Netizen Bengang Kkm Hanya Kenakan Kompaun Rm1 000 Kepada Penganjur Sambutan Keluarga Malaysia Pm

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 287 hits
December 12 2021 Kementerian Kesihatan mengenakan kompaun RM1 000 kepada penganjur majlis sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur petang semalam kerana gagal memastikan penjarakan fizikal ...
Belum Ada Keperluan Laksana Semula Pkp

Belum Ada Keperluan Laksana Semula Pkp

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 223 hits
SHAH ALAM Pakar kesihatan awam berpendapat masih tiada keperluan untuk Malaysia segera kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan meskipun terdapat satu kes varian dibimbangi Omicron dikesan di negara ini Pakar Perubatan Kesihatan Awa...
Tak Perlu Cemas Bila Belum Waktu Ini Petunjuk Tepat Nak Bersalin Siap Sedia

Tak Perlu Cemas Bila Belum Waktu Ini Petunjuk Tepat Nak Bersalin Siap Sedia

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 192 hits
Pengalaman hamil anak pertama pastinya sedikit keliru dan tertanya tanya bilakah tanda sebenar bakal melahirkan anak Sakit perut mengeras bagaimana Kontraksi macam mana dan bermacam macam lagi pertanyaan Jangan keliru ini yang dikongsikan o...
Baik Budaknya Sopan Dan Sikap Sebenar Bunga Isme Dikongsikan Siti Nordiana Cerita Suasana Waktu Rakam Amaran

Baik Budaknya Sopan Dan Sikap Sebenar Bunga Isme Dikongsikan Siti Nordiana Cerita Suasana Waktu Rakam Amaran

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 746 hits
Penyanyi Siti Nordiana tidak menafikan keunikan yang ditampilkan Bunga Isme dalam nyanyian sebagai antara sebab dia memilih bintang muda itu untuk sama sama tampil di dalam single baharu Amaran Menurut Siti Nordiana atau Nana penampilan Bun...
Intip Potret Fatin Shidqia Lulus Kuliah Akui Lega Meski Butuh Waktu Lebih Lama

Intip Potret Fatin Shidqia Lulus Kuliah Akui Lega Meski Butuh Waktu Lebih Lama

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 281 hits
Fatin Shidqia Lubis begitu bahagia dan juga lega karena akhirnya bisa menyelesaikan kuliah meski membutuhkan waktu yang lebih lama dari seharusnya Ia pun membagikan sederet potret kelulusannya Intip yuk
Ini Waktu Paling Tepat Rangsang Anak Bercakap Biar Kerap Lama Lama Jadi Ramah

Ini Waktu Paling Tepat Rangsang Anak Bercakap Biar Kerap Lama Lama Jadi Ramah

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 310 hits
Anak kecil kita perlukan rangsangan untuk lebih mempercepatkan mereka bercakap Bukan hanya ketika anak bermain bahkan ada waktu tepat yang mak ayah perlu tahu untuk merangsang mereka Bila waktunya Menurut Terapis Pertuturan Bahasa lima wakt...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies