Bank Lanjut Moratorium Bersasar Kepada Peminjam Terkesan Pkp 2 0


 

KUALA LUMPUR: Institusi perbankan melanjutkan moratorium dan bantuan pembayaran balik bersasar sedia ada kepada mereka yang layak dan terkesan oleh pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri ketika ini.
Lanjutan itu terpakai kepada skim Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang diumumkan sebelum ini, terutama mereka yang kehilangan pekerjaan pada 2020 atau 2021, yang mana mereka boleh memohon bantuan pembayaran untuk tempoh tiga bulan pada bila-bila masa pada atau sebelum 30 Jun 2021.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) dalam satu kenyataan bersama berkata, bagi individu yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan berikutan pandemik boleh memohon untuk mengurangkan pembayaran balik sejajar dengan pengurangan pendapatan mereka.
Kedua-dua persatuan bank itu juga mengumumkan lanjutan bantuan kewangan kepada mangsa banjir di beberapa negeri dan mereka yang terkesan diminta menghubungi bank masing-masing untu
“Bagi mereka yang berada dalam kumpulan M40, yang mana adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional, bank telah bersetuju untuk pengisytiharan sendiri.
“Bagi individu dalam kategori B40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup or Bantuan Prihatin Rakyat boleh meminta penangguhan ansuran selama tiga bulan, atau mengurangkan ansuran mereka sebanyak 50 peratus selama enam bulan,” katanya.
ABM dan AIBIM berkata, bagi enterpris mikro dengan pinjaman/pembiayaan, yang mana jumlah kemudahan asal sehingga RM150,000 boleh meminta untuk penangguhan ansuran tiga bulan atau mengurangkan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus untuk enam bulan.
Ia berkata, bantuan pembayaran balik bagi B40, M40 dan enterpris mikro layak untuk pinjaman/pembiayaan diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak lebih 90 hari pada tarikh permohonan bantuan pembayaran balik dihantar kepada bank.
Semua peminjam/pelanggan lain yang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran pinjaman/pembiayaan juga dialu-alukan
untuk menghubungi bank mereka bagi membincangkan pakej bantuan pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan tertentu mereka.
Pada 31 Disember 2020, lebih 1.3 juta permohonan bantuan pembayaran balik diterima, dengan kadar kelulusan 95 peratus.
Pengerusi ABM dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, berkata bank kekal komited untuk membantu pelanggan yang terus berdepan cabaran persekitaran semasa.
Beliau berkata, bank dapat menyesuaikan skim bantuan kewangan khusus dengan keadaan peminjam supaya mereka dapat menstabilkan keadaan kewangan mereka dengan pantas dan menumpukan perhatian pada aspek lain dalam kehidupan mereka yang mungkin memerlukan lebih banyak perhatian.
Sementara itu, Presiden AIBIM dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Datuk Adissadikin Ali, berkata beliau yakin negara lebih bersedia dan begitu juga peserta perbankan dan rakyat dalam menempuh tempoh mencabar ini.
Beliau berkata, komunikasi antara pelanggan terjejas dan bank mesti berterusan bagi manfaat kedua-dua pihak.
“Bantuan pembayaran masih tersedia untuk mereka yang terjejas,” katanya.
The post Bank lanjut moratorium bersasar kepada peminjam terkesan PKP 2.0 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/18/bank-lanjut-moratorium-bersasar-kepada-peminjam-terkesan-pkp-2-0/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bank-lanjut-moratorium-bersasar-kepada-peminjam-terkes

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Bank Tawar Moratorium Bagi Negeri Dilanda Banjir

15 Bank Tawar Moratorium Bagi Negeri Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 187 hits
Ini termasuk lanjutan moratorium kurangkan ansuran pinjaman KUALA LUMPUR 5 Jamadilakhir 1442H Isnin Sebanyak 15 buah bank telah menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman bagi negeri negeri yang dilanda banjir kata Perdana Menteri Tan Sri...
Pkp Lanjut Hingga 4 Februari

Pkp Lanjut Hingga 4 Februari

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 260 hits
Banyak daerah di negeri terlibat dikategori sebagai zon merah PUTRAJAYA Perintah kawalan pergerakan yang dijadualkan berakhir 26 Januari telah dilanjutkan hingga 4 Februari untuk Pulau Pinang Selangor Melaka Kuala Lumpur Putrajaya Labuan Jo...
Pasar Raya Dan Bank Di Kawasan Pkp Antara Dibenar Beroperasi Namun Pada Tahap Berjaga Jaga Pm

Pasar Raya Dan Bank Di Kawasan Pkp Antara Dibenar Beroperasi Namun Pada Tahap Berjaga Jaga Pm

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 293 hits
69 total views 69 views today Bank dan pasaraya akan dibenarkan beroperasi pada tahap berjaga jaga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini ujar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Selain itu perkhidmatan kesihatan seperti klinik hosp...
Bank Islam Offers Moratorium For Flood Victims

Bank Islam Offers Moratorium For Flood Victims

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 364 hits
Financing repayment flexibility provided to customers of House Financing Personal Financing and Vehicle Financing facilitiesConcerned for those badly affected by floods Bank Islam Malaysia Berhad today offers Prihatin Programme to assist af...
Permai Tak Beri Moratorium Secara Automatik Masih Bergantung Pada Bank Kata Najib

Permai Tak Beri Moratorium Secara Automatik Masih Bergantung Pada Bank Kata Najib

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 253 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia yang diumumkan hari ini tidak memberikan moratorium secara automatik sebaliknya bergantung kepada pihak bank Menurut Najib ke...
Pkp Mungkin Lebih Sebulan Kembalikan Moratorium Subsidi Upah

Pkp Mungkin Lebih Sebulan Kembalikan Moratorium Subsidi Upah

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 285 hits
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 baru sahaja dilanjutkan Malaysia belum lagi menyaksikan penurunan jumlah kes Covid 19 Keyakinan para pelabur tempatan mahupun antarabangsa berada pada tahap terendah dan pakej rangsangan Perlindungan...
Pelaksanaan Pkp Bersasar Perlu Diiringi Dengan Bantuan Kewangan

Pelaksanaan Pkp Bersasar Perlu Diiringi Dengan Bantuan Kewangan

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 210 hits
Pada 8 Januari 2021Oleh Syahredzan JohanDilaporkan semalam bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan supaya adanya pemutus litar seperti PKP yang ber...
Tm Pemasangan Baharu Dan Baik Pulih Perkhidmatan Diteruskan Seperti Biasa Ketika Pkp

Tm Pemasangan Baharu Dan Baik Pulih Perkhidmatan Diteruskan Seperti Biasa Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 269 hits
Telekom Malaysia kini mengumumkan yang mana mereka akan meneruskan pemasangan baharu dan baik pulih perkhidmatan di premis pelanggan seperti biasa sepanjang PKP ini kecuali di zon PKPD dan Perintah Pemerhatian Dan Pengawasan Di Rumah Pihak ...
Masak Pkp Ayam Golek Tauchu

Masak Pkp Ayam Golek Tauchu

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 232 hits
Welcome to first day PKP 2 0 Kali ni RareTV berazam satu content sehari Tak boleh nak travel so kita masak dan kita makan jer lah Biasa orang buat ayam golek dipusing pusing masa PKP ni kita buatlah ayam golek guna kuali jer dan siap fusion...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord