Bank Dunia Lulus Guna Rm4 19 Billion Tabung Amanah Afghanistan Yang Dibekukan


Bank Dunia meluluskan rancangan menggunakan kira-kira AS$1 bilion (RM4.19 bilion) daripada tabung amanah Afghanistan yang dibekukan untuk program pendidikan, pertanian, kesihatan dan keluarga, menurut kertas bank dan dua sumber.
Langkah itu dilihat sebagai satu rangsangan besar kepada usaha meredakan krisis kemanusiaan dan ekonomi negara yang semakin teruk.






Pelan yang digariskan dalam kertas yang dilihat oleh Reuters pada Jumaat adalah untuk memintas pihak berkuasa Taliban dengan mengagihkan dana dalam Tabung Amanah Pembinaan Semula Afghanistan (ARTF) yang ditadbir Bank Dunia melalui agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ia akan dibincangkan oleh Lembaga Bank Dunia pada 1 Mac, menurut sumber.
Penderma dana perlu memberikan kelulusan untuk mengeluarkan wang daripada tabung itu.
Langkah itu akan menyusuli kejayaan pengeluaran AS$280 juta (RM1.2 bilion) daripada dana amanah yang sama kepada Program Makanan Sedunia (WFP) dan agensi kanak-kanak PBB UNICEF untuk menyokong pemakanan dan kesihatan di Afghanistan sejak beberapa bulan lalu.
Menurut kertas Bank Dunia, rancangan itu adalah untuk "menyediakan lebih daripada AS$1 bilion sumber ARTF pada 2022."
Menyedari keadaan masih tidak berubah, pelan itu menyasarkan fleksibiliti dengan membuat empat pengeluaran berjumlah AS$600 juta (RM2.5 bilion) dan selebihnya "atas asas keutamaan" untuk sepanjang tahun ini.
Matlamatnya adalah untuk melindungi mereka yang terdedah, membantu memelihara modal insan dan institusi ekonomi dan sosial utama dan mengurangkan keperluan untuk bantuan kemanusiaan masa depan, menurut kertas Bank Dunia.
Bank itu meminta dana berkenaan digunakan untuk program keselamatan makanan, kesihatan dan pendidikan.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bulan lalu menggesa baki AS$1.2 bilion (RM5.02 bilion) dana itu dikeluarkan untuk membantu rakyat Afghanistan menjalani kehidupan pada musim sejuk sambil menekankan: "Masa adalah penting
PBB memberi amaran hampir 23 juta orang iaitu kira-kira 55 peratus penduduk negara miskin itu berdepan risiko tahap kelaparan yang melampau dengan hampir sembilan juta berisiko kebuluran.
Berbilion dolar dalam rizab bank pusat Afghanistan, dana amanah yang ditadbir Bank Dunia dan bantuan kewangan asing dibekukan bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan Taliban.
Kumpulan itu merampas kuasa pada Ogos lalu ketika tentera asing meninggalkan Afghanistan selepas perang berlangsung selama 20 tahun.
Perunding kanan kumpulan pemikir Kumpulan Krisis Antarabangsa, Graeme Smith, berkata rancangan Bank Dunia itu akan menyediakan wang yang sangat diperlukan dan pada masa sama berupaya mengelak campur tangan Taliban, yang pemimpinnya berada di bawah sekatan Amerika Syarikat (AS) dan PBB.
Pelan Bank Dunia menetapkan "syarat minimum untuk akses dan ekuiti" bertujuan untuk memastikan kanak-kanak perempuan dibenarkan ke sekolah, guru wanita boleh bekerja, wanita dimasukkan ke dalam majlis komuniti, isi rumah diketuai wanita menerima bantuan makanan dan pekerja kesihatan wanita dibenarkan bekerja.
Ia memerlukan kira-kira AS$150 juta (RM627 juta) untuk diagihkan melalui UNICEF kepada lebih 200,000 guru yang tidak dibayar lebih enam bulan.
Sebanyak AS$100 juta (RM418 juta) lagi akan diperuntukkan untuk meningkatkan daya tahan masyarakat, AS$150 juta hingga AS$200 juta (RM837 juta) untuk keselamatan makanan, dan AS$150 juta untuk program kesihatan.
AS minggu lalu mengumumkan rancangan untuk membenarkan separuh daripada AS$7 bilion (RM29 bilion) aset bank pusat Afghanistan yang dibekukan di Federal Reserve Bank of New York digunakan untuk membantu rakyat Afghanistan. Selebihnya adalah untuk memenuhi tuntutan undang-undang berkaitan keganasan terhadap Taliban. - REUTERS


Bank Dunia lulus pelan guna AS$1 bilion dana amanah Afghanistan
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/02/924384/bank-dunia-lulus-pelan-guna-as1-bilion-dana-amanah-afghanistan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://simiey.blogspot.com/2022/02/bank-dunia-lulus-guna-rm419-billion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berang Dihina Malas Kerja Anak Belasah Bapa Guna Penyodok Sehingga Meninggal Dunia

Berang Dihina Malas Kerja Anak Belasah Bapa Guna Penyodok Sehingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 229 hits
Gara gara berang kerap kali dihina dan dimarahi kerana malas bekerja seorang lelaki berusia 40 an tergamak memukul bapanya dengan menggunakan penyodok pasir sehingga meninggal dunia di sebuah rumah terletak di Jalan PJS 10 9A Bandar Sunway ...
Penerima Jantung Khinzir Guna Teknologi Pengubahsuaian Genetik Stabil

Penerima Jantung Khinzir Guna Teknologi Pengubahsuaian Genetik Stabil

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 143 hits
Pesakit warga Amerika Syarikat yang menjalani pemindahan jantung khinzir menggunakan teknologi pengubahsuaian genetik berada dalam keadaan stabil selepas tiga hari pembedahan Pembedahan kendalian sepasukan pakar dari Universiti Perubatan Ma...
Kad Touch N Go Versi Baru Boleh Tambah Nilai Guna E Wallet Tanpa Surcaj

Kad Touch N Go Versi Baru Boleh Tambah Nilai Guna E Wallet Tanpa Surcaj

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 284 hits
Kumpulan Touch n Go kini memperkenalkan kad baharu yang ditambah baik di mana pengguna boleh menambah nilai pada bila bila masa dari aplikasi Touch n Go eWallet Malah tiada surcaj dikenakan untuk tambah nilai Kad baharu ini juga dilengkapi ...
Guna Ai Mampu Tamatkan Isu Kekurangan Guru Di Sekolah Pejuang

Guna Ai Mampu Tamatkan Isu Kekurangan Guru Di Sekolah Pejuang

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 346 hits
SAUDARA PENGARANG MASALAH kekurangan guru di sekolah berlaku tanpa ada penyelesaian konkrit Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan juga menganggarkan guru yang memohon untuk bersara awal melebihi 10 000 orang setiap tahun Pelbagai fakto...
Senarai 12 Lebuhraya Guna Kad Kredit

Senarai 12 Lebuhraya Guna Kad Kredit

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 220 hits
LEBUH RAYA Mulai esok bagi pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya akan menggunakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka iaitu pembayaran tol menggunakan kad debit atau kad kredit Kerajaan sebelum ini sedia mengumumkan sebanyak 12 plaza tol akan...
Resepi Kek Sarang Semut Sukatan Cawantanpa Perap Guna Periuk Noxxa

Resepi Kek Sarang Semut Sukatan Cawantanpa Perap Guna Periuk Noxxa

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 238 hits
Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa Memang Menjadi Sarangnya Hari ini nak kongsi resepi kek sarang semut yang mudah tanpa perap guna untuk sukatan cawan Kali pertama buat tak sangka pulak menjadi sarangnya dan t...
Daiyan Trisha Nafi Bedah Muka Suka Guna Filter Ketika Berswafoto

Daiyan Trisha Nafi Bedah Muka Suka Guna Filter Ketika Berswafoto

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 146 hits
Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha tampil bersuara mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menuduh dirinya melakukan perubahan tertentu pada bahagian wajah Menurut laporan Kosmo Daiyan enggan ambil pusing terhadap spekulasi tersebut sebalikn...
Guna Mata Wang Sendiri Hanya Pendapat Peribadi Nanta Abang Jo

Guna Mata Wang Sendiri Hanya Pendapat Peribadi Nanta Abang Jo

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 295 hits
KUCHING Sarawak akan tetap menggunakan mata wang Ringgit Malaysia di sebalik penggunaan mata wang sendiri seperti dibayangkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata c...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash