Penerima Jantung Khinzir Guna Teknologi Pengubahsuaian Genetik Stabil


 
Pesakit warga Amerika Syarikat (AS) yang menjalani pemindahan jantung khinzir menggunakan teknologi pengubahsuaian genetik, berada dalam keadaan stabil selepas tiga hari pembedahan.


Pembedahan kendalian sepasukan pakar dari Universiti Perubatan Maryland itu adalah yang pertama seumpamanya, menggunakan jantung khinzir menerusi teknologi pengubahsuaian jujukan genetik.




Sekiranya terbukti berjaya, saintis menaruh harapan jantung khinzir berupaya membantu menangani isu kekurangan organ penderma.


Pakar bedah, Dr Bartley Griffith, yang bertanggungjawab di sebalik pembedahan bersejarah itu berkata jantung khinzir berpotensi untuk merungkai masalah kekurangan penderma organ, memandangkan mereka lazimnya terpaksa menunggu lama bagi mendapat peluang menerima organ baharu.


"Kita melakukan proses ini dengan berhati-hati, tetapi optimistik bahawa pembedahan yang pertama seumpamanya ini bakal memberikan pilihan baharu yang penting kepada pesakit pada masa akan datang," katanya menerusi kenyataan, hari ini.




Bagi pesakit berusia 57 tahun, David Bennett dari Maryland, pembedahan pemindahan jantung itu adalah pilihan terakhir baginya.


"Ia situasi hidup mati atau menjalani pemindahan ini. Saya nak terus hidup. Saya tahu peluang tipis, tetapi ini saja pilihan yang tinggal," katanya sehari sebelum pembedahan, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan universiti berkenaan.


Bagi meneruskan pembedahan yang masih dalam fasa kajian itu, Universiti Perubatan Maryland memperoleh kebenaran kecemasan daripada Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan (FDA) AS, pada penghujung tahun lalu menerusi program penyelidikan.


"FDA gunakan data kajian khinzir untuk membenarkan pemindahan organ terhadap pesakit jantung tahap terakhir yang tidak mempunyai pilihan lain," kata Dr Muhammad Mohiuddin, yang mengetuai program xenotransplan Universiti Perubatan Maryland.


Berdasarkan perangkaan dari organdonor.gov, kira-kira 110,000 rakyat AS ketika ini dalam senarai menunggu sebagai penerima organ dan lebih 6,000 pesakit dilaporkan meninggal dunia sebelum sempat menerima organ.


Khinzir sejak sekian lama menjadi potensi pemindahan organ kerana mempunyai organ yang sangat berpadanan dengan manusia.


Jantung khinzir contohnya, ketika disembelih, mempunyai saiz bersamaan dengan jantung lelaki dewasa.


Organ lain daripada khinzir ketika ini dalam fasa kajian untuk tujuan penggantian organ manusia, termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru.


Usaha pemindahan organ khinzir ke manusia sebelum ini gagal berikutan perbezaan genetik yang akhirnya menyebabkan mengundang risiko jangkitan virus atau penolakan sistem tubuh badan.



Saintis berjaya merungkai masalah itu dengan menggunakan teknologi pengubahsuaian genetik yang menyingkirkan genetik berbahaya. - REUTERS


Penerima organ jantung khinzir stabil, semakin sembuh
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2022/01/910125/penerima-organ-jantung-khinzir-stabil-semakin-sembuh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://simiey.blogspot.com/2022/01/penerima-jantung-khinzir-guna-teknologi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Lautan Sedunia Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan

Hari Lautan Sedunia Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 330 hits
Oleh Dr Maizah Mohd Abdullah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu Manfaat Teknologi Nuklear Apa Itu Isotop Stabil Dalam sains nuklear isotop stabil merujuk kepada satu bentuk elemen yang tidak terurai kepada bent...
Tak Perlu Beria Mandikan Bayi Baru Lahir Cukup Guna Cara Ini Sahaja

Tak Perlu Beria Mandikan Bayi Baru Lahir Cukup Guna Cara Ini Sahaja

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 349 hits
Mempunyai baby comel pasti impian setiap pasangan yang berkahwin tidak kira sama ada baby comel itu lelaki mahupun perempuan Namun dalam keseronokan mendapat baby comel anda seharusnya tidak mengambil mudah aspek penjagaannya terutama apabi...
Dua Negeri Pn Tolak Guna Logo Tema Alternatif Bagi Sambut Hari Merdeka

Dua Negeri Pn Tolak Guna Logo Tema Alternatif Bagi Sambut Hari Merdeka

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 215 hits
Dua negeri di bawah tadbiran PN akhirnya membuat keputusan akan menggunakan logo dan tema yang sama dengan Kerajaan Persekutuan bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini Dua negeri berkenaan ialah Terengganu dan Kelantan Dengan pendiri...
Pelajar Oku Gigih Berlari Guna Tongkat Guru Beri Sokongan Hingga Ke Garisan Penamat

Pelajar Oku Gigih Berlari Guna Tongkat Guru Beri Sokongan Hingga Ke Garisan Penamat

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 174 hits
Dilahirkan sebagai insan kelainan upaya bukanlah penghalang buat seseorang untuk terus maju bergerak ke hadapan dalam apa apa juga bidang mereka ceburi Biarpun berhadapan dengan kekalahan namun segalanya berbaloi jika perjuangan seseorang i...
Budaya Tak Viral Tak Selesai Menteri Saran Guna Saluran Sepatutnya

Budaya Tak Viral Tak Selesai Menteri Saran Guna Saluran Sepatutnya

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 175 hits
SHAH ALAM Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyarankan semua pihak membuat aduan mengikut saluran dan proses yang betul khususnya melibatkan perkara di bawah kementeriannya Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia katanya terdapat plat...
Tangan Melecur Tak Sangka Guna Mmg Boleh Legakan Kesakitan Sebagai Rawatan Awal

Tangan Melecur Tak Sangka Guna Mmg Boleh Legakan Kesakitan Sebagai Rawatan Awal

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 379 hits
Mak mak ni ni kalau kelentang kelentung kat dapur zupp zapp zupp zap siapkan makanan untuk famili kadang boleh jadi malang tak berbau Sebab tu la cikla memang akan letak MMG ni sebotol kat dapur Sejenis yang kalau dok dapur tu kan ada je ta...
Rupanya Dengan Guna Mykad Pun Boleh Beli Barang Di Pasar Raya Ramai Tak Tahu

Rupanya Dengan Guna Mykad Pun Boleh Beli Barang Di Pasar Raya Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 342 hits
Baru baru ni korang mungkin perasan kemunculan label MyKasih ni kat sesetengah pasar raya Dan mungkin korang nampak logi ni kat juruwang juga Amende ni Haa sebenarnya ini penanda sejenis bantuan untuk beli barang dapur dan yang menariknya P...
Berang Dihina Malas Kerja Anak Belasah Bapa Guna Penyodok Sehingga Meninggal Dunia

Berang Dihina Malas Kerja Anak Belasah Bapa Guna Penyodok Sehingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 229 hits
Gara gara berang kerap kali dihina dan dimarahi kerana malas bekerja seorang lelaki berusia 40 an tergamak memukul bapanya dengan menggunakan penyodok pasir sehingga meninggal dunia di sebuah rumah terletak di Jalan PJS 10 9A Bandar Sunway ...
Dapur Fiezasani Masak Kerutuk Guna Rempah Serbuk Kerutuk Adabi

Dapur Fiezasani Masak Kerutuk Guna Rempah Serbuk Kerutuk Adabi

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 152 hits
Baru baru ni mak k fiezz datang KL Mak ada bawa sekali beberapa jenis rempah termasuk lah serbuk kerutuk adabi ni K fiezz ni jenis mak bagi ambil je Tak banyak cerita Rasa macam tak pernah je masak kerutuk ni Tak tahu lah rasa dia macamana ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul