Banjir Rosakkan Hasil Tanaman Tiada Pesta Menuai Di Rumah Panjang Sarawak


 Nur Shazreena Ali
Dengan hasil tanaman yang rosak dan kurang bekalan makanan, masyarakat Kenyah bersiap sedia hadapi musim sukar.

Seorang wanita memeriksa apa yang dapat diselamatkan selepas banjir surut di rumah panjang Lio Mato di Ulu Baram, Sarawak. Pada setiap awal tahun, kawasan pedalaman berhampiran sungai Ulu Baram di Sarawak akan meriah dengan suara nyanyian dan hilai tawa ketika orang Kenyah meraikan pesta menuai mereka.
Pesta yang dikenali sebagai Mamat itu biasanya akan berlangsung antara Februari dan April, bergantung waktu padi mula-mula ditanam.
Ia menjadi bahagian penting budaya mereka walaupun beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan perubahan secara beransur-ansur daripada tradisi itu dalam kalangan generasi muda.
Bagi masyarakat Kenyah, hasil tuaian padi yang baik dan konsisten merupakan cerminan keseluruhan moral warga rumah panjang dan cara untuk mereka meningkatkan status sosial dan ekonomi selain pengaruh dalam masyarakat.
Ketika waktu dan hari yang baik, Pesta Mamat adalah acara paling dinanti-nantikan setiap tahun.
Namun musim menuai tahun ini bukanlah waktu yang tepat untuk meraikannya.
Bulan lalu, rumah panjang Long Moh yang merupakan tempat tinggal sekitar 200 orang dari suku Kenyah ditimpa hujan lebat yang melanda kawasan pedalaman dan bahagian atas kawasan Baram.
Pada 18 Mei, paras air sungai Ulu Baram naik begitu tinggi sehingga rumah panjang di kawasan itu, termasuk Long Moh, dinaiki air.
Alex, seorang pesawah padi berkata banyak rumah ditenggelami air, namun mereka yang tinggal di rumah panjang itu tidak dipindahkan walaupun paras air banjir meningkat sehingga satu meter.
“Keesokan paginya, hujan lebat berterusan, sehingga paras air sampai ke Uma Kelebang, sebuah rumah panjang berhampiran rumah kami,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Penduduk kampung hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan apa-apa ketika air deras membawa perahu kami dan harta benda lain.”
Lebih malang, sawah padi mereka juga turut musnah.
Tanpa tuaian hasil ditambah pula kekangan akibat langkah-langkah kesihatan bagi membendung penularan Covid-19.
Maka, tidak ada lagi perayaan bagi tahun ini.
Ini adalah musibah kali kedua bagi masyarakat Kenyah kerana banjir serupa juga terjadi pada Januari lalu.
Sepupu Alex, William yang ketika ini bekerja di Miri masih teringat akan suara orang ramai menumbuk padi dengan alu kayu pada malam pesta Mamat.
Bunyi itu menjadi petanda kepada semua orang yang mendengarnya perayaan sudah hampir tiba.
“Pada malam perayaan, para wanita akan menyanyikan lagu-lagu bersulam irama orang menumbuk padi.
“Seperti banyak hal-hal yang lain di Ulu, menumbuk beras adalah urusan bersama,” katanya kepada MalaysiaNow.
Namun aktiviti seperti itu kini hanya menjadi kenangan akibat kenyataan pahit yang mereka hadapi ketika ini.
Pertama, mereka kini menghadapi kekurangan bekalan makanan.
Di rumah panjang Lio Mato, Johana Engge berkata barang keperluan seperti gula dan garam sudah hampir habis.
Mereka sebenarnya boleh mendapatkan lebih banyak bekalan, namun terpaksa mendapatkan permit melakukan perjalanan semasa sekatan pergerakan penuh menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.
“Kami perlu menyediakan makanan, terutama untuk orang tua dan mereka yang sakit,” katanya.
“Sekarang kami harus bergantung kepada saudara-mara dan ahli keluarga yang bekerja di bandar untuk menghantar makanan kepada kami.”
Namun, perkara tersebut bukannya mudah, sesiapa yang ingin pergi ke rumah panjang itu mesti menggunakan kereta pacuan empat roda.
Lio Mato juga jauh dari kota Miri, perjalanan untuk ke sana akan mengambil masa enam hingga lapan jam menggunakan laluan kayu balak.
Untuk sampai ke Miri dari Long Moh pula memakan masa sembilan hingga 12 jam pemanduan.
Di rumah panjang Lio Mato, Johana bimbang dengan keadaan sukar yang dihadapi masyarakat Kenyah di sana.
“Saya harap pihak berkuasa dapat memberi lebih tumpuan kepada orang-orang seperti kami, yang tinggal di kawasan pedalaman dan terpencil,” katanya.
Menanam semula tanaman menjadi satu-satunya pilihan yang ada, namun hal itu pun sukar dilakukan kerana banjir masih berterusan di kawasan itu.
William dan Alex berkata air banjir yang meningkat menjadi semakin mudah kerana paras air sungai ketika ini.
“Banjir boleh berlaku sehingga dua kali setahun,” kata mereka.
“Sebelum ini, mudah untuk kami cari makanan. Sekarang, hutan dimusnahkan oleh syarikat-syarikat balak.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/banjir-rosakkan-hasil-tanaman-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bkss 6 0 Bantuan Tunai Rm500 Bujang Sarawak Rm250 Ketua Isi Rumah B40

Bkss 6 0 Bantuan Tunai Rm500 Bujang Sarawak Rm250 Ketua Isi Rumah B40

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 350 hits
Kerajaan Sarawak ada mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6 0 menerusi 15 langkah untuk meneruskan lagi kelangsungan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah bermula semenjak 29 Mei 2021 sehingga 11 Ju...
Gerebek Rumah Di Brebes Polres Metro Jakarta Barat Temukan Ratusan Tanaman Ganja

Gerebek Rumah Di Brebes Polres Metro Jakarta Barat Temukan Ratusan Tanaman Ganja

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 175 hits
Satnarkoba Polres Metro Jakarta Barat menggerebek sebuah rumah di Kabupaten Brebes Jawa Tengah Minggu dini hari Hasilnya polisi menemukan tanaman ganja yang ditanam dengan cara hidroponik
Ras Kucing Yang Betah Dipelihara Di Dalam Rumah Bisa Punya Umur Panjang

Ras Kucing Yang Betah Dipelihara Di Dalam Rumah Bisa Punya Umur Panjang

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 253 hits
Lebih senang menghabiskan waktu di dalam ruangan ras kucing ini dikenal punya umur panjang
Saya Jual Hampir 70 Gadai 30 Barang Kemas Hasil Simpan Emas Boleh Buat Rumah Inspirasi Kisah Keluarga Ini

Saya Jual Hampir 70 Gadai 30 Barang Kemas Hasil Simpan Emas Boleh Buat Rumah Inspirasi Kisah Keluarga Ini

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 213 hits
Emas adalah penyimpan nilai yang kukuh Sejak dunia dilanda pandemik Covid 19 ramai sudah menyedari bahawa banyak manfaat memiliki emas
Kelantan Laksana 80 Peratus Bekerja Dari Rumah

Kelantan Laksana 80 Peratus Bekerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 305 hits
Susulan kes positif Covid 19 yang meningkat di Kelantan kerajaan negeri melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah sebanyak 80 peratus Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad berkata kehadiran di pejabat pula adalah dengan peng...
Tiada Kejadian Sebuah Keluarga Meninggal Dunia Di Dalam Rumah Di Taman Merdeka Ketika Dalam Tempoh Kuarantin

Tiada Kejadian Sebuah Keluarga Meninggal Dunia Di Dalam Rumah Di Taman Merdeka Ketika Dalam Tempoh Kuarantin

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 211 hits
SEBENARNYA Polis menafikan video tular sebuah keluarga meninggal dunia dalam rumah di Taman Merdeka yang dikaitkan dengan COVID 19 Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad tiada sebarang
Orang Minyak Ketuk Pintu Rumah

Orang Minyak Ketuk Pintu Rumah

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 184 hits
1 607 total views 1 607 views today JAKARTA Rakaman sistem televisyen litar tertutup di Indonesia yang menunjukkan seorang jejaka berbogel dan hanya memakai selendang merah di kepalanya sedang mengetuk pintu sebuah rumah tular di media sosi...
Singapura Tarik Diri Jadi Tuan Rumah Piala Afc Kedah Amp Terengganu Terkesan

Singapura Tarik Diri Jadi Tuan Rumah Piala Afc Kedah Amp Terengganu Terkesan

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 240 hits
Salah sebuah tuan rumah bagi Piala AFC Singapura telah mengesahkan yang mereka bakal menarik diri sebagai tuan rumah kejohanan itu Keputusan itu dibuat akibat kebimbangan terhadap wabak COVID 19 yang kembali melanda rantau Asia Menurut lapo...
Anak Anak Asyik Bergaduh Di Rumah Buat Anda Pening Amp Marah Cuba Tips Ini

Anak Anak Asyik Bergaduh Di Rumah Buat Anda Pening Amp Marah Cuba Tips Ini

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 201 hits
Sebagai ibu kepada 2 orang anak saya selalu bingung apabila kena kendali perangai bergaduh kedua dua anak saya Kejadian adik beradik bergaduh asyik berlaku hampir setiap hari Kalau mood mereka bagus hari ini mereka akan bermain dengan baik ...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025