Banjir Di Hulu Terengganu Serius Kawasan Tak Pernah Banjir Turut Terjejas


 
Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata, sebanyak 1,432 penduduk telah berjaya dipindahkan dan sebanyak 21 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu. (Gambar Bernama)KUALA BERANG: Banjir yang melanda Hulu Terengganu di sini disifatkan sebagai yang paling serius berlaku di daerah itu berikutan beberapa kawasan terjejas sebelum ini tidak pernah dinaiki air.
Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata pihaknya telah mengenal pasti lima zon bencana banjir besar melibatkan 25 kampung di daerah berkenaan.
“Di kawasan Jalan Sekayu selama ini tak pernah banjir, ini kali pertama banjir dan situasinya agak serius sebab paras air sampai ke bumbung rumah penduduk kampung.
Sebanyak 14 jalan utama terputus hubungan dan hanya boleh lalu menggunakan bot termasuk ke Empangan Kenyir,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini, hari ini.
Katanya setakat ini sebanyak 1,432 penduduk telah berjaya dipindahkan dan sebanyak 21 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu.
Rohaimi berkata pihaknya telah melakukan persiapan rapi dan mempunyai kekuatan anggota mencukupi setakat ini dengan dibantu pelbagai agensi termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Sementara itu katanya bagi Daerah Besut dan Kemaman, situasi banjir masih dalam trend menaik dan dijangka berlaku pertambahan penduduk yang dipindahkan ke PPS.
“Kuala Nerus dan Marang masih bertahan, di Dungun balai polis sendiri tenggelam tapi anggota dan ahli keluarga sudah diselamatkan,” katanya.
Ditanya mengenai proses penghantaran bantuan bekalan makanan untuk kawasan-kawasan terjejas, beliau berkata urusan itu setakat ini berjalan lancar.
Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan banjir besar yang melanda Hulu Terengganu adalah disebabkan oleh air yang dilepaskan dari Empangan Kenyir dekat sini.
Katanya setakat ini paras air di empangan berkenaan terkawal dan masih berada di bawah tahap melimpah.
“Saya ingin tegaskan apa yang ditularkan dan digembar-gemburkan kononnya apa yang berlaku di Hulu Terengganu akibat pembukaan atau pelepasan air dari empangan tidak benar sama sekali,” katanya dan mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan apa yang sengaja ditularkan, sebaliknya diminta untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/banjir-di-hulu-terengganu-serius.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misi Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur Abang Viva Luah Rasa Terkilan Bila Sampai Di Hulu Terengganu

Misi Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur Abang Viva Luah Rasa Terkilan Bila Sampai Di Hulu Terengganu

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 184 hits
March 3 2022 Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar 30 masih belum dapat berkhidmat membantu mangs4 mangs4 banj1r di daerah ini susulan arus yang terlalu deras Azwan berkata situasi itu berisiko untuk bot bot masuk ke tempat tempat yang...
2 Pps Di Hulu Terengganu Turut Dinaiki Air

2 Pps Di Hulu Terengganu Turut Dinaiki Air

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 188 hits
Kampung Lubuk Periuk dan Kampung Peneh adalah antara lokasi yang sering terjejas banjir di daerah Hulu Terengganu setiap kali hujan lebat berterusan dalam tempoh yang lama HULU TERENGGANU Dua pusat pemindahan sementara di Kampung Lubuk Peri...
Hiburan Kenapa Tak Ada Orang Viralkan Netizen Gesa Hantar Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Terengganu

Hiburan Kenapa Tak Ada Orang Viralkan Netizen Gesa Hantar Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Terengganu

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 159 hits
Penduduk di lebih 20 kampung di daerah Hulu Terengganu terputus hubungan akibat situasi banjir yang makin memburuk Kebanyakan mangsa terpaksa berlindung di atas bumbung rumah kediaman masing masing untuk menyelamatkan diri berikutan air nai...
Abam Viva Dan Pasukan Selamat Sampai Terengganu Terus Cari Kawasan Yang Terjejas Teruk Di Kuala Berang

Abam Viva Dan Pasukan Selamat Sampai Terengganu Terus Cari Kawasan Yang Terjejas Teruk Di Kuala Berang

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 146 hits
Sejak semalam berita berkenaan banjir di pantai timur khususnya di Kelantan dan Terengganu benar benar membimbangkan RAKAMAN VIDEO ABANG VIVA ADA DI BAWAH SEKALI Mana tidaknya bencana banjir yang terjdi pada bulan Februari ini merupakan ses...
Banjir Perkembangan Banjir Di Terengganu Setakat 7 Pagi

Banjir Perkembangan Banjir Di Terengganu Setakat 7 Pagi

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 319 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Awani Ringkas Banjir Di Terengganu Masih Memburuk

Awani Ringkas Banjir Di Terengganu Masih Memburuk

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 187 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Abang Viva Tiba Di Terengganu Untuk Bantu Mangsa Banjir

Abang Viva Tiba Di Terengganu Untuk Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 185 hits
The ReporterPernah diangkat sebagai wira ketika musim banjir Disember 2021 Abang Viva atau nama sebenar Azwan Omar dilaporkan akan pergi ke Terengganu untuk membantu mangsa mangsa banjir di negeri itu Berdasarkan gambar screenshot perbualan...
Hampir 40 Rumah Terjejas Banjir Kilat Di Jelebu

Hampir 40 Rumah Terjejas Banjir Kilat Di Jelebu

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 243 hits
Paras air paling tinggi naik hingga 0 5 meter di beberapa kawasan bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka menurut APM SEREMBAN Hampir 40 rumah di Kampung Simpang Durian Kampung Mentaus dan Kampung Jerang di Jelebu dekat sini terjejas ban...
Mangsa Banjir Di Kelantan Terengganu Terus Meningkat

Mangsa Banjir Di Kelantan Terengganu Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 186 hits
Tiga sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Temangan Machang merekodkan bacaan 22 05m Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang Pasir Mas PETALING JAYA Seramai 6 327 mangsa banji...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord