Banjir Ibu 3 Anak Oku Keluar Hospital Risau Keadaan Keluarga


 
Banjir gelombang ketiga yang bermula hari ini menyaksikan empat daerah di Terengganu terjejas. (Gambar Bernama)KUALA BERANG: Seorang wanita yang baru dimasukkan ke hospital semalam akibat tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada buah pinggang berkeras mahu mendaftar keluar kerana khuatir keadaan tiga anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) setelah rumah mereka dilanda banjir.
Wan Norzaimah Muhammad, 46, dari Kampung Pengkalan Ajal berkata dia tiada pilihan selain meminta budi bicara hospital apabila mengenangkan keadaan tiga daripada enam anaknya itu, termasuk anak bongsu, Nor Al-Annur Aisyah, 5, yang menghidap penyakit asma kritikal.
Setelah berbincang dengan hospital, dia yang juga menghidap kanser payu dara bersyukur diberi kebenaran keluar selain dibekalkan ubat-ubatan untuk diambil sepanjang berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
“Apabila dimaklumkan rumah saya dilanda banjir, saya terus minta kebenaran doktor untuk pulang sebab sangat risau keadaan mereka di rumah.
“Sebaik sahaja doktor beri kebenaran, saya terus balik ke rumah bersama suami, Muhammad Nasrullah Aliah, 35, untuk ambil anak-anak dan terus ke PPS di Masjid Kampung Pengkalan Ajal, malam tadi,” katanya.
Tiga anak Wan Nurzaimah iaitu Kamaruddin, 22, yang juga anak sulong merupakan OKU pelbagai termasuk penglihatan dengan pergerakan terbatas, Fitri Nurliyana, 18, (OKU intelektual dan penghidap Noonan Syndrome) dan Muhammad Ariff, 16, (OKU intelektual).
Wan Norzaimah yang kelihatan masih kurang bermaya berkata agak sukar untuk tinggal di PPS kerana untuk bergerak dia terpaksa berpaut pada dinding.
“Alhamdulillah, pihak pengurusan PPS memahami dan memberikan saya satu khemah khas atas faktor kesihatan serta keselesaan saya,” katanya, dan menambah ini pengalaman pertamanya menghuni PPS.
Wanita yang mengusahakan kedai makan itu berkata sebelum ini dia sekeluarga sempat keluar dari kampung tersebut yang hampir setiap tahun dilanda banjir, tetapi kali ini gagal berbuat demikian apabila Nor Al-Annur Aisyah diserang asma kronik Jumaat lepas.
“Apa-apa pun saya bersyukur kerana urusan saya dipermudahkan semua pihak baik daripada pihak hospital, pengurusan PPS dan mangsa banjir yang menghuni di sini,” katanya, yang dikehendaki kembali ke hospital untuk menyambung rawatan sebaik sahaja banjir pulih. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/banjir-ibu-3-anak-oku-keluar-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Layan Ibu Macam Orang Gaji Rasa Berhak Kerana Beri Duit Belanja Setiap Bulan

Anak Layan Ibu Macam Orang Gaji Rasa Berhak Kerana Beri Duit Belanja Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 177 hits
Tidak ubah seperti orang gaji itulah layanan kejam diberikan oleh dua adik beradik kepada ibu mereka yang sudah lanjut usia Bayangkan tubuh uzur milik warga emas berusia 65 tahun itu dikerah oleh dua orang anak kandungnya yang sudah bekerja...
Ibu Diikat Dibelasah Anak Kerana Petik Kubis

Ibu Diikat Dibelasah Anak Kerana Petik Kubis

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 295 hits
UtusanonlineWANITA warga emas diikat pada tiang elektrik oleh anaknya di Odisha AGENSI nbsp NEW DELHI Seorang wanita warga emas didakwa dibelasah dan diikat pada tiang elektrik oleh anak lelakinya hanya kerana memetik sayur kubis bunga dari...
Didik Anak Bukan Mudah Ibu Bapa Perlu Sama Sama Berganding Bahu

Didik Anak Bukan Mudah Ibu Bapa Perlu Sama Sama Berganding Bahu

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 197 hits
Cabaran dalam mendidik dan membesarkan tidak semudah ABC Dalam usaha mendidik anak banyak perkara perlu dilakukan bagi memastikan disiplin sekali gus membina sahsiah diri yang kukuh Agar mampu mempersiapkan anak menjadi insan cemerlang dan ...
Ibu Bapa Galakkan Anak Makan Ikan Bagus Untuk Perkembangan Sistem Saraf Sel Otak

Ibu Bapa Galakkan Anak Makan Ikan Bagus Untuk Perkembangan Sistem Saraf Sel Otak

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 201 hits
Ibu bapa galakkan anak makan ikan Ia sangat bagus untuk perkembangan sistem saraf dan sel otak Ikan merupakan sumber makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein asid amino omega 3 methionine tyrosine lysine t...
Sambil Gendong Anak Ibu Di Kuningan Histeris Lihat Prabowo Datang Berebut Ingin Memeluk

Sambil Gendong Anak Ibu Di Kuningan Histeris Lihat Prabowo Datang Berebut Ingin Memeluk

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 220 hits
Prabowo berterima kasih kepada tim dari Universitas Pertahanan RI yang terus bekerja menemukan dan menyalurkan air pada rakyat
Enam Kesilapan Cara Simpan Susu Ibu Bimbang Anak Yang Terkesan

Enam Kesilapan Cara Simpan Susu Ibu Bimbang Anak Yang Terkesan

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 361 hits
Disebabkan kita salah menyimpan susu anaklah yang terkena kesannya Kesian bayi kita Nak menyimpan susu perlu tepat caranya supaya anak menerima khasiat sebaiknya dan susu masih dalam keadaan baik Kita selalu menganggap ia adalah satu perkar...
Persediaan Menghadapi Banjir Di Kelantan Melindungi Keluarga Dan Harta Benda

Persediaan Menghadapi Banjir Di Kelantan Melindungi Keluarga Dan Harta Benda

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 252 hits
Negeri Kelantan sering menjadi antara yang terjejas teruk semasa musim banjir di Malaysia memerlukan persediaan yang teliti dan sistematik untuk melindungi penduduk dan harta benda Dalam artikel ini kita akan membincangkan langkah langkah p...
Usai Kabur Sopir Truk Tambang Tewaskan Ibu Anak Di Parungpanjang Serahkan Diri Jadi Tersangka

Usai Kabur Sopir Truk Tambang Tewaskan Ibu Anak Di Parungpanjang Serahkan Diri Jadi Tersangka

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 229 hits
Truk yang terlibat kecelakaan tersebut diketahui melanggar aturan operasional angkutan khusus tambang
Anak Kerap Muntah Ibu Bapa Jangan Panik Ini Langkah Awal Perlu Buat

Anak Kerap Muntah Ibu Bapa Jangan Panik Ini Langkah Awal Perlu Buat

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 178 hits
Bila anak kerap muntah memang ibu bapa akan jadi panik Kanak kanak atau bayi memang ada kecenderungan untuk kerap muntah apabila mereka tak sihat Tapi mungin ramai yang tertanya bila perlu bimbang terhadap anak yang muntah ini Maklumlah kal...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia