Banjir Besar Berpunca Pembinaan Benteng Sungai Golok


 Kebiasaan berlaku banjir di Kelantan pada November dan Disember setiap tahun. Kalaupun ‘lajak’ musim banjir berlaku pada awal bulan Januari. Namun, tahun ini dianggap luar biasa disebabkan ia berlaku pada akhir Febuari dan awal Mac.
Tempat paling terkesan banjir kali ini ialah di kawasan berhampiran tebing Sungai Golak. Banyak tempat yang sebelum ini hanya berlaku banjir kecil, bertukar menjadi igauan mimpi buruk kepada penduduk.
Apa tidaknya, kawasan rumah yang biasa dipenuhi air bah sekadar setakat semeter, kali ini tragedi yang melanda di luar jangkaan sehingga menyebabkan rumah roboh dan dihanyutkan air. Dilaporkan sekurang-kurangnya enam buah rumah musnah sepenuhnya.
Paras air tinggi sehingga melebihi lima meter dan aliran amat laju sehingga menghanyutkan rumah yang sudah berusia puluhan tahun. Ini membuktikan, sebelum ini kawasan tersebut tidak mengalami banjir seteruk tahun ini.
Maka timbul persoalan, mengapa keadaan itu berlaku. Di kalangan penduduk kampung yang sudah tinggal puluhan tahun dan mengalami banjir setiap tahun mengatakan punca berlaku banjir besar di Kampung Terusan dan beberapa kampung lain adalah berpunca pembinaan tembok tebatan banjir yang giat dijalankan sekarang.
Projek pembinaan tembok yang melibatkan tiga fasa masih berjalan. Dengan kata lain belum siap sepenuhnya. Apabila ia tidak siap sepenuhnya, bermakna ia masih belum dapat berfungsi seperti diharapkan, untuk menghalang limpahan air berlaku di tempat yang mana ia belum siap.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata banjir di Thailand yang membabitkan lima wilayah besar menyebabkan airnya mengalir ke Sungai Golok.
"Yang mengatakan banjir teruk berlaku kali ini adalah disebabkan kerja-kerja pembinaan benteng (Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu bagi Sungai Golok (Kesban) itu tidak betul.
"Benteng itu sebenarnya berjaya mengurangkan impak, kalau ia tidak ada, mungkin akan berlaku (banjir) dengan lebih teruk.
"Sekarang banjir berlaku disebabkan limpahan Sungai Golok, ia disahkan apabila lima wilayah di Thailand banjir teruk," katanya seperti yang dilaporkan media.
Tuan Ibrahim berkata projek Kesban yang membabitkan tiga fasa mampu meminimumkan impak banjir terutama di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat pada masa akan datang.
"Fasa satu projek iaitu tembok untuk menghalang air dari Sungai Golok dijangka siap dalam tempoh terdekat manakala bagi fasa dua, kerajaan telah meluluskan peruntukan membabitkan RM265 juta untuk pembinaan tembok banjir," katanya.
Banyak pihak yang menyanggah kenyataan Tuan Ibrahim, terutama di kalangan penduduk terlibat. Ya, tujuan dan peranan benteng untuk mengelak berlaku limpahan air dari Sungai Golok.
Namun, sekarang ini projek itu belum siap sepenuh. Maka, akuilah bahawa banjir besar yang melanda, khususnya di Kampung Terusan adalah berpunca proses pembinaan benteng.
Tidak sukarpun untuk mengakui perkara tersebut. Itu adalah hakikat yang turut diakui agensi yang mengurus pembinaan benteng itu.
Rakyat tidak menolak pembinaan benteng tebatan banjir itu, bahkan ia sudah lama diimpikan oleh penduduk. Ia diakui perlu dan amat penting untuk menghalang berlaku limpahan air dari Sungai Golok setiap kali berlaku peningkatan paras air.
Rumusannya, kenyataan penduduk lebih tepat berbanding dengan menteri yang sekadar mengeluarkan kenyataan tanpa mengalami sendiri suasana di tempat berlaku banjir.
Rumusan lain ialah, kerja-kerja pembinaan benteng itu perlu segera disiapkan. Lengkapkan keseluruhan projek. Selagi ia tidak disiapkan, maka selagi itu masalah banjir akan berlaku tahun demi tahun.
Jangan salahkan rakyat yang menyalahkan banjir berpunca dari pembinaan benteng.... benteng yang belum siap dan tidak berfungsi seperti sepatutnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2022/03/def.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perghhh Ramai Kagum Benteng Diy Bantu Lencongkan Arus Deras Laman Rumah Tak Kena Banjir

Perghhh Ramai Kagum Benteng Diy Bantu Lencongkan Arus Deras Laman Rumah Tak Kena Banjir

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 334 hits
Sebuah benteng penghalang banjir telah dibina di sebuah rumah di Kampung Bukit Abal Pasir Putih Kelantan HUJAN berterusan sepanjang minggu lalu di Kelantan dan Terengganu menyebabkan mangsa banjir terpaksa menyelamatkan diri dengan pergi ke...
Sungai Cimanuk Meluap Banjir Bandang Terjang Perkampungan Di Garut

Sungai Cimanuk Meluap Banjir Bandang Terjang Perkampungan Di Garut

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 246 hits
Berdasarkan informasi sementara yang diterimanya akibat banjir bandang tersebut sebuah jembatan gantung yang melintang di atas sungai Cimanuk mengalami kerusakan Selain itu juga tembok penahan tanah di Sungai Cimanuk ada yang mengalami keru...
Banjir Empat Sungai Di Pahang Merekodkan Bacaan Air Melepasi Paras Amaran

Banjir Empat Sungai Di Pahang Merekodkan Bacaan Air Melepasi Paras Amaran

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 172 hits
KUANTAN Empat sungai di Pahang merekodkan bacaan air melepasi paras amaran membabitkan dua di Jerantut dan masing masing satu di Maran serta Kuantan setakat jam 10 30 pagi tadi Menurut maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Sal...
Bendung Katulampa Siaga Tiga Bpbd Dki Imbau Warga Bantaran Sungai Siaga Banjir

Bendung Katulampa Siaga Tiga Bpbd Dki Imbau Warga Bantaran Sungai Siaga Banjir

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 182 hits
BPBD DKI Jakarta melaporkan ketinggian air di bendung Ketulampa berstatus siaga tiga pada Rabu pukul 18 25 WIB Sebagai antisipasi BPBD DKI Jakarta mengingatkan warga terkait air yang mencapai pintu air Manggarai dalam enam hingga sembilan j...
Satu Perubahan Besar Akan Berlaku Di Johor Zahid Hamidi

Satu Perubahan Besar Akan Berlaku Di Johor Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 231 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Dengan tidak mendahului hukum Allah saya yakin rakyat negeri Johor akan Kembali memberi UMNO memerintah seperti dahulu kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Sekali Lagi kita akan jadikan Johor simpanan tetap atau Fix depo...
Kunci Kejayaan Dalam Hidup Perubahan Besar Asyraf Khalid

Kunci Kejayaan Dalam Hidup Perubahan Besar Asyraf Khalid

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 188 hits
Asyraf Khalid yang merupakan seorang usahawan berjaya dan anak kepada Datuk K telah memuat naik sebuah video di instagramnya baru baru ini Video tersebut adalah ucapan dari Datuk K berkaitan dengan dirinya dan juga seorang mentor usahawan A...
Makan Tengahari Nasi Campur Di Warung Caen Selera Kampung Dan Tomyam Padang Besar Perlis

Makan Tengahari Nasi Campur Di Warung Caen Selera Kampung Dan Tomyam Padang Besar Perlis

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 518 hits
Warung Caen Selera kampung dan TomyamWarung Caen Selera Kampung dan Tomyam ni terletak di Padang besar Perlis Warung ni warung untuk korang makan tengahari Ada pelbagai jenis masakan yang korang boleh try Walaupun gerai ni tak besar mana pu...
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Di Antara Doa Yang Paling Lengkap

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

Fitnah Dan Tohmahan Bangkitkan Semangat Juang Datuk Nazrul