Banjir Agensi Persekutuan Lembab Di Selangor



Kelewatan bantuan menyelamat atau makanan kepada mangsa banjir di Selangor tidak boleh diletak kesalahannya ke atas Kerajaan Negeri.
Menurut Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail, agensi Kerajaan Negeri terutama Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai peralatan lengkap untuk mengeluarkan mangsa banjir dalam keadaan bencana berskala besar sebagaimana berlaku pada 19 Disember lalu.
Katanya, aset menyelamat penting dimiliki Persekutuan terutama di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
“Kerajaan Negeri (dalam hal banjir) sentiasa bersiap sedia dalam kerangka yang kita setting dari awal. Apa maklumat diberi kepada kita kita salurkan ke peringkat pimpinan bawahan. Namun ruang lingkup kita terhad. Kita mempersiapkan (maklumat) kepada semua, termasuk kepada agensi Persekutuan. Namun bantuan kita harapkan sampai lambat.
“Saya pantau semua kawasan, saya juga pantau di Sri Muda (kawasan paling teruk banjir).
“Kebiasaannya bila pusat pemindahan dibuka, agensi Persekutuan segera datang. Tetapi bila (seolah berlaku) terputus hubungan, misalnya Jabatan Kebajikan Masyarakat kenapa tiada persiapan awal? Nadma, kita kata kenapa aspek menyelamatkan nyawa itu tidak diberi keutamaan?
“Kami telah cuba sebaik mungkin keluarkan mangsa mangsa yang kita takut akan berlaku kehilangan nyawa.
“Hal lain di luar kawalan terutama agensi (Persekutuan) tak dapat turun membantu. Kita hanya boleh menggerakkan bantuan setempat,” kata Rodziah dalam forum khas atas talian anjuran Sinar Harian, malam tadi.
Ahli Dewan Negeri Batu Tiga itu juga memberi contoh situasi di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir yang dibuka Kerajaaan Negeri dan agensi Kerajaan Persekutuan telah dimaklumkan namun tiada pegawai yang dihantar untuk menguruskan mangsa.
“Contohnya pada pukul 1 tengah hari (19 Disember) kita buka PPS, kita menunggu. Kita dapat arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kena tunggu dulu, mangsa tak boleh masuk sebelum dibuat swab test. Bila bertambah ramai yang hadir ke PPS disebab air naik luar biasa, pertama saya fikir nyawa manusia. Kita cuba keluarkan (mangsa) tetapi kita dapati kita kekurangan pihak yang boleh membantu, terutama keluarga yang sedang sakit.
“Mahu kata kerajaan Selangor tidak buat persiapan kita nafikan 100%, tetapi koordinasi amat lewat bila kita maklumkan kepada agensi Persekutuan. Biasanya (operasi) penyelamat diarahkan oleh Nadma, sama ada mereka nak arahkan APM, Rela, itu kita mohon koordinasi berlaku.
“Cuba bayangkan di satu PPS, bila orang telah berkumpul pejawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tiada. KKM langsung tidak datang, tidak ada keselamatan dalam konteks Rela atau pegawai polis. Yang ada pegawai Majlis Perbandaran yang saya faham memang mereka terhad sumber,” katanya.
Menyentuh mengenai kawasan beliau di DUN batu Tiga, Rodziah berkata, keadaan banjir baru baru ini adalah luar biasa, tidak dijangka dan berlaku secara menyeluruh.
Kata beliau, banjir kilat biasanya berlaku di beberapa kawasan dan mudah ditangani dengan melibatkan PBT serta beberapa aset Persekutuan namun tidak pada kali ini.
“Yang biasa saya lalui hampir 13 tahun menjadi YB di DUN Batu Tiga, kita menghadapi banjir kilat yang terkawal. Maknanya tidak sebesar ini dan seluruh kawasan.
“Kita dalam kumpulan komunikasi bersama pimpinan kawasan dan jawatankuasa penduduk sentiasa berkomunikasi mengenai paras air, hujan lebat, siren banjir dan sebagainya
“Hari itu (18 Disember) kita lihat hujan lebat seharian. Pada pukul 9 malam saya minta pimpinan pantau kawasan masing masing. Pukul 1.00 pagi kita dapati air naik deras. Kita juga dapat notis dari MB pada 18, 19 dan 20 akan berlaku kejadian ini. Cuma saya peribadi tidak sangka kejadian ini berlaku di semua tempat
“Bila berlaku air pasang (laut) dan hujan lebat 300mm itu, dia naik serentak di semua tempat. Pukul 4 pagi kita dapati seluruh tempat banjir dan tita menyediakan pusat pusat pemindahan awal. Kita minta Pegawai Daerah sebagai ketua bencana untuk menyediakan pusat pemindahan segera,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33712

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Besar Kerajaan Persekutuan Perlu Hulur Segera Bantuan Exco Selangor

Banjir Besar Kerajaan Persekutuan Perlu Hulur Segera Bantuan Exco Selangor

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 360 hits
Situasi banjir di Selangor yang memburuk seharusnya ditangani segera oleh Kerajaan Persekutuan 24 jam lebih awal Menurut Exco Perumahan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor Rodziah Ismail sehingga malam tadi bantuan daripa...
Mangsa Banjir Selangor Mengadu Kerajaan Pusat Lembab

Mangsa Banjir Selangor Mengadu Kerajaan Pusat Lembab

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 351 hits
Tular di media sosial mangsa banjir di Hulu Langat Selangor mempersoalkan di manakah agensi Kerajaan Persekutuan ketika mereka ditenggelami banjir Klip video berdurasi 2 minit 46 saat berkenaan memaparkan seorang wanita yang menerangkan kep...
Banjir Besar Perubahan Iklim Kenapa Hentam Selangor

Banjir Besar Perubahan Iklim Kenapa Hentam Selangor

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 494 hits
Sudah hampir seminggu banjir besar melanda Selangor namun isu yang bermain di media massa hanyalah salah menyalah antara Menteri Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor Sedangkan isu sebenar yang harus ditangani adalah perubahan i...
75 Peratus Pbs Pulau Pinang Berada Di Selangor Pahang Bantu Mangsa Banjir

75 Peratus Pbs Pulau Pinang Berada Di Selangor Pahang Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 410 hits
Oleh SAFINA RAMLI CHOW KON YEOWGEORGETOWN Kesemua 35 Pasukan Bomba Sukarela di Pulau Pinang berada dalam keadaan siap siaga yang mana 75 peratus daripada anggotanya kini berada di Selangor dan Pahang bagi meringankan beban yang ditanggung m...
Kalau Dahulu Ph Tak Batalkan Projek Canal City Masalah Banjir Di Selangor Sudah Selesai

Kalau Dahulu Ph Tak Batalkan Projek Canal City Masalah Banjir Di Selangor Sudah Selesai

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 293 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat projek Canal City seperti dicadangkan oleh kerajaan Barisan Nasional Selangor harus dikaji semula berikutan banjir besar yang berlaku di negeri itu Ahli Parlimen Pekan i...
Situasi Kejadian Banjir Di Sekitar Kuala Langat Selangor Meningkat

Situasi Kejadian Banjir Di Sekitar Kuala Langat Selangor Meningkat

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 649 hits
Salam to all readers Situasi Kejadian Banjir di Sekitar Kuala Langat Selangor Meningkat Sabtu yang penuh kejutan yang tak disangka sangka Dimana banjir berlaku di sekitar Lembah Klang Shah Alam Selangor banjir weyh ibu dan 8 orang anak meni...
Banjir Di Selangor Ragut 9 Nyawa 6 Daripadanya Di Taman Sri Muda

Banjir Di Selangor Ragut 9 Nyawa 6 Daripadanya Di Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 392 hits
Oleh Orang ramai membantu mangsa dalam kejadian banjir disekitar Taman Seri Muda Shah Alam hari ini GAMBAR Abd Razak Aid KEADAAN banjir di luar jangka melanda Lembah Klang terutama Selangor sejauh ini dilaporkan telah meragut sembilan nyawa...
Selangor Aktifkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Hadapi Banjir Luar Biasa

Selangor Aktifkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Hadapi Banjir Luar Biasa

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 515 hits
Hujan yang turun tidak berhenti henti di hampir keseluruhan negeri Selangor sejak semalam menyebabkan beberapa daerah dinaikki air dan menyebabkan sebilangan mangsa perlu dipindahkan Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Aminuddin Shari...
Empat Agensi Diarah Beri Laporan Harian Banjir Pm

Empat Agensi Diarah Beri Laporan Harian Banjir Pm

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 350 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR Abd Razak Aid EMPAT agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir seluruh negara telah diarahkan memberi laporan harian kepada rakyat mulai hari ini Perdana Menteri Datuk Ser...
Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

When Anwar Hailed Court Sending Najib To Jail As Victory For Rakyat

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Vespa Anti Tank Inovasi Ketenteraan Paling Pelik Abad Ke 20

Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

Kedai Buku 24 Jam The Library Bookxcess Sunway

Surat Dari Syurga

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan