Bangunkan Silibus Penjagaan Tandas Secara Khusus Di Sekolah Pensyarah


Imej hiasan

KUALA LUMPUR: Silibus spesifik berkaitan etika penggunaan tandas dan kepentingan menjaga kemudahan itu perlu dibangunkan secara bersepadu di sekolah.

Pakar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Siti Aisyah Panatik, berkata silibus itu penting diperhalusi kerana setakat ini, mata pelajaran yang ada menyentuh tentang etika penggunaan tandas hanya pendidikan sivik, namun penjagaan tandas bukan menjadi tumpuan utama.

"Ia (etika) diberitahu secara umum. Ada sesetengah sekolah mempunyai etika penjagaan tandas yang ditampal di dinding-dinding tandas, namun, ia tidak memadai, ia perlu diajar secara khusus dan praktikal.

"Misalnya guru membawa pelajar melawat tandas pada awal masuk sekolah bagi meningkatkan keprihatinan dan sayang pada tandas yang bersih. Mulakan dari awal agar mereka terbiasa dengan penjagaan tandas yang bersih. Galakkan sikap tegur-menegur dalam kalangan murid untuk menjaga kebersihan. Jadi lama-kelamaan kebiasaan ini akan membentuk satu tabiat yang berterusan," katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, beliau berharap silibus yang dicadangkan juga menitikberatkan aspek keindahan tandas kerana ia sama penting dalam menjalankan advokasi mengenai kebersihan tandas, selain menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menganjurkan kempen tandas bersih di peringkat kebangsaan dan memberikan anugerah kepada sekolah yang mempunyai tandas paling bersih dan mempunyai persekitaran yang indah.

"Ini untuk memberi inspirasi kepada pihak sekolah, guru dan murid agar sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan tandas.

Untuk ubah sikap seseorang perlulah menggunakan kaedah modifikasi tingkah laku dan modifikasi tingkah laku itu boleh dilaksanakan dengan ganjaran," katanya mengulas isu kebersihan tandas sekolah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata anak-anak di sekolah perlu dididik aspek kebersihan termasuk dilatih melaksanakan aktiviti mencuci tandas sebagai satu daripada aspek pembelajaran dan beliau turut membangkitkan mengenai tandas sekolah yang kebanyakan rosak dan kotor.

Siti Aisyah yang juga Profesor Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata penguatkuasaan peraturan sewajarnya dilaksanakan kepada mana-mana pihak yang melakukan vandalisme di sekolah.

"Pelajar dan murid juga digalakkan membuat aduan jika mendapati ada rakan-rakan yang mengotorkan tandas atau melakukan vandalisme selain mengingatkan ibu bapa tentang peranan suri teladan mereka kepada anak-anak di rumah dalam menjaga kebersihan tandas.

"Di peringkat syarikat korporat, mereka boleh memberikan sumbangan kepada sekolah untuk membina tandas atau melengkapkan tandas dengan fasiliti yang bersesuaian dan menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membersih dan mengindahkan tandas sekolah," katanya yang turut berharap peruntukan disediakan kerajaan bagi menyelenggara kemudahan itu, digunakan sebaiknya agar tiada pihak mengaut keuntungan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Hayati Ismail berkata kerajaan sudah menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan prasarana yang baik dengan penyelenggaraan kecil tandas di sekolah-sekolah seluruh negara, maka tindakan seterusnya adalah memastikan kemudahan itu dipelihara sebaiknya.

Beliau berkata amalan membersihkan tandas bukan satu perkara baharu dalam dunia pendidikan kerana di madrasah dan sekolah pondok di Indonesia, murid membersihkan sendiri tandas mereka.

Sementara di Jepun, katanya umum mengetahui bahawa aspek kebersihan adalah perkara pertama yang dipupuk di sekolah bagi menanam rasa tanggungjawab untuk memelihara persekitaran.

"Tidak ada salahnya anak-anak dididik untuk membersihkan tandas, kelas dan kawasan sekolah kerana inilah rumah kedua mereka.

Sebagaimana mereka menjaga kebersihan dan keindahan rumah mereka, begitulah juga pentingnya mereka memelihara sekolah dan komuniti mereka.

"Selain itu, dana penjagaan fasiliti ini juga boleh dikongsi di antara pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta bagi mewujudkan rasa kesepunyaan terhadap sekolah.

"Ini selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melalui Anjakan 9 yang menganjurkan pelibatan ketiga-tiga pihak ini dalam mewujudkan satu ekosistem pembelajaran dan memupuk nilai murni dalam diri anak-anak pemimpin generasi akan datang," katanya.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/10/bangunkan-silibus-penjagaan-tandas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lapor Sprm Jika Ada Kecurangan Baik Pulih Tandas Sekolah Fadhlina

Lapor Sprm Jika Ada Kecurangan Baik Pulih Tandas Sekolah Fadhlina

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 181 hits
Imej hiasanNIBONG TEBAL Kementerian Pendidikan meminta pihak yang meragui ketelusan pelantikan kontraktor baik pulih tandas sekolah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Menterinya Fadhlina Sidek berkata kementerian itu m...
Proses Pilihanraya Pengawas Sekolah Satu Langkah Positif Pensyarah

Proses Pilihanraya Pengawas Sekolah Satu Langkah Positif Pensyarah

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 274 hits
Imej hiasanLabuan Cadangan memperkenalkan proses pemilihan dalaman bagi pelantikan pengawas di peringkat sekolah menengah adalah langkah positif yang boleh meningkatkan kesedaran mengenai amalan demokrasi menurut seorang ahli akademik Pensy...
Jenuh Nak Tangkis Walaun Tak Sekolah

Jenuh Nak Tangkis Walaun Tak Sekolah

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 314 hits
Ni Mezah bagi nikah pasangan cina Un tak sekolah ni WALAUN NAK TUNJUK GAMBAR SAIFUDDIN NASUTION Mohd Mukhlis Mohd Syarif Benda ini standard operation di bawah akta 164 yang mana Menteri boleh mendaftar perkahwinan bukan Islam Selain YB MDN ...
Elak Berleter Dalam Perhimpunan Sekolah

Elak Berleter Dalam Perhimpunan Sekolah

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 198 hits
SAUDARA PENGARANG SAYA terpanggil untuk member respons tulisan sahabat saya yang juga Tokoh Guru Kebangsaan Azizul Rahman Abdul Rahman di ruangan ini pada 19 Oktober lalu bertajuk Ubah perhimpunan sekolah yang bosan Selaku bekas pentadbir d...
Kpm Teliti Cadangan Ahli Parlimen Buat Pilihanraya Pengawas Sekolah

Kpm Teliti Cadangan Ahli Parlimen Buat Pilihanraya Pengawas Sekolah

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 245 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan akan meneliti cadangan Ahli Parlimen supaya pilihan raya bagi memilih pelajar menjadi pengawas diadakan di peringkat sekolah Timbalan Menteri KPM Lim Hui Ying berkata cadangan tesebut selari dengan usaha ...
Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Bagi Tingkatan Satu 2024

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Bagi Tingkatan Satu 2024

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 261 hits
Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan sekolah menengah imtiaz Yayasan Terengganu ke tingkatan satu kini dibuka untuk pelajar yang memenuhi syarat kelayakan Sekolah Menengah Imtiaz ini ditubuhkan pada tahun 1999 di bawah inspirasi Dato Ser...
Pandu 152km Pergi Balik Ke Sekolah Punca Isteri Alami Masalah Tulang Belakang Ajak Terkilan

Pandu 152km Pergi Balik Ke Sekolah Punca Isteri Alami Masalah Tulang Belakang Ajak Terkilan

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 207 hits
Isteri kepada pelakon dan pelawak Ajak Shiro Afifah Amin dimasukkan ke hospital akibat masalah tulang belakang Pelawak dan penyampai radio Ajak akui terkilan apabila permohonan isterinya untuk berpindah ke sekolah yang lebih dekat telah dit...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan