Bangunkan Semula Industri Gula Elak Kebergantungan Import Dr Azman
Oleh: Abdullah Zaid
Strategi
Kerajaan Perpaduan untuk membangunkan semula industri tebu bagi mengurangkan
kebergantungan negara terhadap gula mentah import yang berada pada tahap 100
peratus pada ketika ini wajar dipuji.
Menurut
Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr
Azman Ismail selain isu beras, masalah kekurangan gula juga perlu diberi
perhatian serius oleh kerajaan.
Jelasnya,
faktor pandemik dan perubahan iklim dunia serta perang Rusia-Ukraine menjadi
punca kenaikan harga makanan dunia yang meningkat secara mendadak. Oleh itu,
katanya, kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan kepada import.
"Saya
difahamkan ada strategi dari segi meningkatkan (pengeluaran) gula tempatan bagi
mengurangkan kebergantungan kita kepada gula import.
"Seperti
beras, faktor kekurangan gula berlaku akibat iklim, pandemik dan perang di
timur Eropah. Cumanya isu gula tidak seteruk masalah beras yang mempunyai
permintaan tinggi oleh pengguna," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Sebagai
rekod, Malaysia bergantung sepenuhnya kepada gula import daripada Brazil
apabila kerajaan merestui penutupan ladang tebu di
Chuping, Perlis pada 2012 yang membekalkan tebu kepada kilang gula di negeri
itu sejak puluhan tahun lamanya.
Tindakan
tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja lebih bagi memenuhi
permintaan negara.
Justeru
itu, pada 14 Mac lalu, Kementerian Ekonomi bercadang untuk membangunkan semula
industri penanaman dan pemprosesan tebu bagi memenuhi permintaan domestik.
Dalam
pada itu, Dr Azman juga mencadangkan agar kerajaan tidak bergantung kepada
industri gula semata-mata. Sebaliknya mengembangkan lagi kepada tanaman
alternatif gula seperti tumbuhan stevia yang boleh hidup subur dalam iklim
tropika di Malaysia.
Katanya,
produk stevia pada waktu ini banyak digunakan rakyat dan ianya baik untuk
kesihatan.
"Penggunaan
stevia serta lain-lain pemanis umumnya adalah lebih sihat berbanding
gula," kata Dr Azman lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/09/bangunkan-semula-industri-gula-elak.html