Bangsa Malaysia Acuan Dap Tidak Jelas


DATUK SERI KHALED NORDIN
Tindakan DAP yang secara tidak langsung menolak sistem pendidikan kebangsaan dengan memperjuangkan UEC dengan jelas menggambarkan citra Bangsa Malaysia yang digembar gemburkan parti tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata corak serta dasar yang diperjuangkan parti DAP jelas tidak mencirikan sebarang citra bangsa Malaysia yang boleh diterima di negara ini.

Berikut merupakan kenyataan penuh Khaled Nordin yang juga merupakan bekas menteri pengajian tinggi dalam membidas kenyataan Ahli Dewan Undangan DAP Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusuf:
Saya sangat senang sekali melihat pelbagai reaksi pelbagai pihak terhadap hujah saya tentang Bangsa Malaysia dan betapa ia adalah ideals yang tidak akan menjadi realiti.Ramai yang menyanggah saya dan saya terbuka dengan kritikan mereka. Ramai juga yang mengakui rasional hujah saya.Yang pasti, ia telah membuka ruang untuk kita memperkatakan dengan terbuka, suatu konsep yang selama ini digunakan tanpa perdebatan. Nah sekarang ia mula diperdebatkan.Pada kesempatan ini saya ingin menjawab sanggahan ADUN Dusun Tua daripada Dap, YB Edry Faizal Eddy Yusuf tentang kenapa saya memperakui konsep Bangsa Johor dan tidak Bangsa Malaysia.Pertama, konsep Bangsa Johor adalah slogan perpaduan. Ia dimulakan oleh DYMM Sultan Sir Abu Bakar untuk menyatupadukan semua rakyat, yang bernaung di bawah pemerintahan Baginda. Ia bukan tentang kesaksamaan hak dan status. Ia adalah slogan untuk meraikan kepelbagaian Johor dan sesiapa jua yang tinggal, bermastautin di Johor, bernaung di bawah pemerintahan institusi Di-Raja Johor dan menyumbang kepada kemajuan serta pembangunannya – demikian adalah amat penting dalam membentuk Johor sebagai sebuah negeri yang berdaulat.Ia juga merupakan satu naratif antropologi dan sosiologi yang ampuh, yang secara langsung pada waktu itu, telah menghalang daripada anasir pemikiran penjajah merebak ke negeri ini.Lalu untuk mengungkapnya, digunakan lah slogan Bangsa Johor dengan tujuan mengukuhkan rasa kepunyaan kepada Johor dan ciri kehidupannya.Bangsa Johor bukan sama sekali tentang berbahagi hak yang sama, bukan juga tentang berbahagi keistimewaan jika seseorang itu menetap di Johor.10.Ia adalah sama seperti konsep Satu Malaysia. Ia adalah slogan perpaduan dan bukan ideologi nasional dengan tujuan pelaksanaan melalui pelbagai projek sosio-budaya yang bermatlamatkan kesamarataan hak dan kepentingan untuk semua bangsa.

11.Ia berbeza sekali dengan Malaysian Malaysia. Malaysian Malaysia adalah ideologi parti dan dijadikan doktrin kesaksamaan yang mesti dilaksanakan sebagai matlamat akhir. Agar akhirnya terbentuk sebuah negara yang bebas dari ketidaksamarataan dari segi apa jua.

12.Kedua, amat dangkal apabila beliau mengatakan sejarah Malaysia harus dilihat sewaktu penubuhannya. Ia harus dilihat jauh sebelum itu, menyelusuri peradaban Melayu-Islam di Nusantara untuk mengambil hikmah atas tatakelola mereka sebagai sebuah peradaban yang gemilang.

13.Ini kerana, bagi mewujudkan sebuah perpaduan nasional yang ampuh, ia harus didasari oleh bangsa Melayu dan ke-Melayuannya, agar ikatan perpaduan yang terbentuk itu tidak longgar dan tidak senang untuk diceraikan.

14.Secara pragmatik, kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa, keabsahan identiti politik Malaysia sebagai sebuah negara itu berasal dari budaya Melayu sebagai budaya penakrif.

15.Lihat argumen ahli falsafah ulung negara, Prof. Syed Naquib Al-Attas dalam hujahan beliau berkenaan hal demikian. Ia merupakan sebuah karya dan hujahan yang perlu dilihat kembali dalam konteks Malaysia Baharu kini.

16.Ini tidak bermakna bahawa hanya orang Melayu sahaja yang perlu menjayakan projek ini. Cuma, ia harus mengambil kira secara serius bangsa Melayu, budaya dan agamanya yang merupakan antara formula asas yang utama kepada penubuhan Malaysia.

17.Ini boleh berlaku melalui pengukuhan Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang menyatukan kita semua.

18.Ketiga, benar konsep Bangsa Malaysia diungkapkan dalam Wawasan 2020 dan diceritakan dalam teks sejarah negara.

19.Tetapi selain dari diungkap dalam Wawasan 2020 dan dilancarkan pada 1991, hampir 30 tahun dahulu, apakah natijah dan kejayaan signifikan dari pelaksanaannya?

20.Sepanjang 22 tahun memerintah Malaysia, apa yang Tun Mahathir lakukan untuk menjayakan Bangsa Malaysia. Projek nasional yang bagaimana yang telah beliau laksanakan untuk menjayakan konsep tersebut.

21.Semenjak ia mula diungkapkan, dengan berani saya katakana bahawa ia adalah hanya retorik dalam sebuah wawasan tanpa tujuan untuk dilaksanakan secara tuntas kerana Tun Mahathir mengetahui bahawa ia adalah kehendak yang tidak mungkin menjadi realiti.

22.Ia adalah satu konstruk yang gagal untuk dijayakan selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. Masakan ia boleh dijayakan sekarang?

23.Kerana itu, sepanjang pemerintahannya sebelum ini, tiada dasar khusus pembentukan Bangsa Malaysia dilaksanakan.

24.Lihat pula teks sejarah kita. Adakah ia melakarkan dengan jelas bagaimana konsep bangsa Malaysia itu dijayakan dan impaknya kepada kesatuan nasional. Yang ada adalah penerangan bahawa konsep itu adalah satu matlamat yang diungkap dalam Wawasan 2020.

25.Keempat, nyatakan bagaimana DAP akan melaksana konsep Bangsa Malaysia ini jika ia memerintah. Apa ia akan dicirikan dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa penyatuan dan resmi secara total.

26.Atau dicirikan dengan satu sistem pendidikan nasional yang menjurus kepada satu aliran kebangsaan?

27.Atau membangunkan kebudayaan nasional dengan asas yang meletakkan kebudayaan Melayu sebagai teras?

28.Atau konsep bangsa Malaysia ini hanya tentang kesamarataan hak dan kesaksamaan sosial semata tanpa mengira bebanan sejarah dan realiti sosiopolitik negara?

29.Lihat sahaja bagaimana Dap dicorakkan. Tidak kedengaran pun Dap akan memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Kalau setakat menggunakannya dalam perhimpunan agung tahunan dengan seorang dua pengucapnya, adakah ia komitmen yang cukup untuk merealisasikan Bangsa Malaysia?

30.Malah akuilah, keupayaan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan dikalangan bukan Melayu adalah sangat lemah secara amnya.

31.Jadi Bangsa Malaysia apa yang akan terbentuk jika tidak dicirikan dengan satu Bahasa Kebangsaan yang ampuh?

32.Lihat sahaja pendirian Dap berkaitan sistem pendidikan kebangsaan. Dap dengan memperjuangkan pengiktirafan UEC, secara tidak langsung menolak sistem pendidikan kebangsaan.

33.Malah tidak pernah terdengar oleh saya, pendirian Dap tentang sistem pendidikan kebangsaan dan bagaimana untuk memperbaikinya kecuali pelbagai kritikan yang senantiasa merendahkan-rendahkan

34.Nah Bangsa Malaysia apa yang akan anda lahirkan tanpa sistem pendidikan kebangsaan yang diterima semua. Bagaimana akan kita olah kelahiran bangsa Malaysia ini bila anak-anak kita tidak pun pergi ke sekolah yang sama. Tetapi dipisahkan melalui sistem dengan Bahasa pengantar yang berbeza dan sukatan pelajaran berbeza.

35.Dasar kebudayaan apa yang akan menzahirkan Bangsa Malaysia citra Dap ini. Bahawa semua budaya harus menjadi teras budaya Malaysia? Mana mungkin budaya masyarakat pribumi diletakkan setara dengan budaya lain.

36.Kerana itu hujah saya sangat jelas. Bahawa konstruk bangsa Malaysia itu adalah sesuatu yang idealistik. Diungkap senang, namun tidak mungkin boleh dilaksanakan dengan ciri dan karakter Malaysia yang sangat pelbagai.

37.Lalu dari membuang masa untuk mencapai sesuatu yang tidak mungkin berhasil dalam waktu dan saat ini, maka kita harus mencari sesuatu yang lebih pragmatik, iaitu melahirkan warganegara Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab dengan meraikan kemajmukan kita sebagai sebuah negara demokrasi multibudaya.

38.Amatlah elok jika wacana mengenai pembawakan Naratif Malaysia yang baharu ini digiatkan lagi oleh semua. Agar ia benar-benar adil kepada segenap masyarakat dan tidak hanya merealisasikan imaginasi politik sesetengah parti sahaja.

*DATUK SERI KHALED NORDIN merupakan Naib Presiden UMNO



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/bangsa-malaysia-acuan-dap-tidak-jelas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangsa Malaysia Atau Rakyat Malaysia

Bangsa Malaysia Atau Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 298 hits
KONSEP negara bangsa acap kali diperdebatkan apabila sempadan negara mula menjadi sesuatu yang penting Konsep negara bangsa tidak wujud sebelum datangnya nasionalisme satu fahaman tentang nasion Malaysia juga tidak terlepas daripada perdeba
Umno Veep Rejects Bangsa Malaysia Concept Insists Must Centre On Islam And Malay Culture

Umno Veep Rejects Bangsa Malaysia Concept Insists Must Centre On Islam And Malay Culture

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 410 hits
Umno will not accept any concept that does not have Islam and the Malay culture at its heart the Opposition party s vice president Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said today Referring to a recent article by Kluang MP Wong Shu Qi titled Uni...
Abandon Malaysian Malaysia Concept Umno Veep Tells Dap

Abandon Malaysian Malaysia Concept Umno Veep Tells Dap

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 288 hits
DAP should stop pursuing its Malaysian Malaysia concept which seeks equal rights for all as it is not possible to be implemented in Malaysia said Mohamed Khaled Nordin In a statement today the Umno vice president said it is time the country...
Pap Dah Berjaya Di Singapura Dap Sedang Berusaha Di Malaysia Melayu Masih Leka

Pap Dah Berjaya Di Singapura Dap Sedang Berusaha Di Malaysia Melayu Masih Leka

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 550 hits
Selama nie orang Singapura tak di galakkan berkomunikasi dalam bahasa lain kecuali dalam bahasa ibunda iaitu Bahasa Inggeris Tapi tiba2 keadaan bertukar dan ini menyebabkan orang Melayu Singapura terperanjat dan confused Tapi dah dasar pemi...
Strategi Licik Dap Menjajah Dan Menjarah Bangsa Melayu

Strategi Licik Dap Menjajah Dan Menjarah Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 363 hits
Megah sekali Lim Guan Eng berkokok dalam Persidangan Kebangsaan DAP Dia jadi Setiausaha Agung DAP pada 2004 waktu DAP hanya ada 12 kerusi Di bawah pimpinannya DAP dapat 28 kerusi PRU 12 dia jadi Ketua Menteri Ini di terus lagi dalam PRU 13 ...
Dap Tolong Lupa Konsep Malaysian Malaysia

Dap Tolong Lupa Konsep Malaysian Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 309 hits
Mohamed Khaled NordinKUALA LUMPUR DAP disarankan melupakan konsep Malaysian Malaysia kerana realitinya tiada bangsa Malaysia boleh terbentuk di negara ini Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana Malaysia juga ...
5 Bandar Menarik Untuk Di Terokai Di Malaysia

5 Bandar Menarik Untuk Di Terokai Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 212 hits
Realitinya sesuatu pengembaraan jadi lebih menyeronokkan apabila kita dapat menerokai sesebuah tempat atau kota dengan gaya kita sendiri dan dengan cara ini juga kita berpeluang untuk menemui tempat tempat yang unik serta menarik yang mana ...
Peluang Jana Pahala Bersama Program Pure Heart Oleh Muslim Volunteer Malaysia

Peluang Jana Pahala Bersama Program Pure Heart Oleh Muslim Volunteer Malaysia

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 280 hits
Bercakap tentang Pertubuhan Sukarelawan di Malaysia pasti panjang senarai nama nama persatuan yang terbabit Tidak kisahlah siapa individu di sebalik persatuan ini mereka patut diberi pujian kerana melakukan kerja amal tanpa kepentingan Jika...
Pengalaman Dayyan Dan Danish Ke Legoland Malaysia

Pengalaman Dayyan Dan Danish Ke Legoland Malaysia

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 287 hits
Akhirnya sampai juga Dayyan Danish ke Legoland Malaysia satu taman tema gah di Malaysia berkonsepkan permainan blok terkenal iaitu Lego Sejak tahun lepas lagi Dayyan dok ajak ke sini Tapi tak boleh diturutnya sangat ajakan dia sebab tahun l...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization