Banduan Papa Terima Derma Lebih Rm5 Juta Video
Strickland dibebaskan pada 23 November lalu selepas dipenjarakan selama 43 tahun. – Kansas City Star / Tribune News Service
BANDAR JEFFERSON, MISSOURI – Lebih 200,000 orang awam telah mendermakan wang menerusi kutipan dana online bagi membantu banduan, Kevin Strickland yang dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 43 tahun atas tiga tuduhan membunuh yang tidak dilakukannya, lapor akhbar New York Times kelmarin.
Strickland, 62, meninggalkan penjara Missouri Selasa lalu dalam keadaan papa kedana, namun menerima sumbangan berjumlah lebih AS$1.3 juta (RM5.51 juta). Dana tersebut bagi membantu lelaki itu untuk memulakan kehidupan baharu.
“Mahkamah telah ‘menggagalkan’ saya dan mereka patut cuba untuk menjadikan kehidupan saya lebih selesa.
“Saya amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh orang ramai bagi membantu saya menyesuaikan diri dengan masyarakat,” kata Strickland.
Pengumpulan dana online yang dianjurkan menerusi kempen Midwest Innocence Project itu adalah hasil buah fikiran salah seorang peguamnya, Tricia Rojo Bushnell.
Bushnell berkata, dia biasa mengumpulkan dana untuk anak guamnya yang baru dibebaskan, namun jumlah yang diperoleh untuk Strickland adalah sesuatu yang mengejutkan.
“Saya fikir ia memberikan kami harapan. Masyarakat bertindak untuk menghulurkan bantuan dan ia cukup menakjubkan,” kata Bushnell.
Tambahnya, Strickland akan menerima kesemua wang tersebut sebaik sahaja dia membuka akaun bank.
The Midwest Innocence Project juga akan menyediakan penasihat kewangan untuk membantu lelaki itu menstrukturkan wang yang diterima dan menentukan cara dia mahu membelanjakannya.
Strickland pada tahun 1979 telah disabit atas tiga pertuduhan membunuh dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol selama 50 tahun dan dua hukuman penjara selama 10 tahun yang berjalan serentak.
Strickland dituduh membunuh Sherrie Black, 22, Larry Ingram, 21 dan John Walker, 20 pada 25 April 1978.
Dalam pembebasannya Selasa lalu, Hakim dari Mahkamah Rayuan Daerah Barat Missouri, James Welsh mengatakan bahawa Strickland telah didapati bersalah walaupun kekurangan bukti fizikal yang mengaitkannya dengan lokasi kejadian, manakala seorang lagi yang disabitkan dalam pembunuhan itu berkata, Strickland tidak terlibat dalam jenayah tersebut sebelum menarik balik keterangannya. – AGENSI
Banduan papa terima derma lebih RM5 juta [VIDEO]
Baca Artikel Menarik:
Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa?
Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman
Aishah bercerai lagi?
Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO]
Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO]
Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan
Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail
Gempar mayat bogel bangun berjalan
Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi
Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]
Ramai sedih lihat budak jual gam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat
Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan
The post Banduan papa terima derma lebih RM5 juta [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/28/banduan-papa-terima-derma-lebih-rm5-juta-video/