Pkns Rugi Lebih Rm700 Juta



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia Hilman Idham, membangkitkan tentang prestasi kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan projek pembangunan Sungai Klang di atas tanah kerajaan negeri seluas 600 ekar, sekali gus mencetuskan kekecohan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, semalam.
Terdahulu, Hilman yang membacakan jawapan bertulis yang diterimanya, memaklumkan PKNS telah mencatatkan kerugian sebelum cukai dan zakat sebanyak RM719.2 juta bagi tempoh berakhir 31 Disember 2020.
Beliau berkata, kerugian terbesar dalam sejarah PKNS itu disebabkan oleh rosot nilai pelaburan membabitkan anak-anak syarikat PKNS berjumlah RM636.6 juta.
“Justeru, apakah punca rosot nilai tersebut? Amat tidak memadai apabila kerajaan negeri atau PKNS menggunakan alasan bahawa pasaran hartanah yang lemah untuk menjustifikasikan kerugian itu,” katanya ketika berucap pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 pada Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat DUN Selangor ke-14 hari ini.
Mengulas lanjut, Hilman berkata pencapaian kajian yang dibuat dalam pelbagai syarikat hartanah yang disenarai di Bursa Malaysia sepanjang 2018 hingga 2020 menyaksikan syarikat dalam bidang itu merekodkan keuntungan dan tidak mencatatkan kemerosotan nilai seperti direkodkan PKNS.
“Saya yakin pastinya syarikat hartanah yang berjaya ini melaksanakan strategi korporat secara berhemah dan teratur serta mengikut tatacara pentadbiran yang mantap bagi mendepani cabaran hartanah dalam keadaan hari ini,” katanya.
Tambah beliau, kerugian itu membuktikan PKNS sedang mengalami masalah penstrukturan asas kerana perniagaan PKNS adalah berteraskan hartanah.
“Jadi kita ingin bertanya adakah PKNS berdepan ‘ancaman semasa’ yang mana kita harus memastikan bahawa kita dapat keluarkan PKNS daripada masalah ini,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Hilman turut mempersoalkan keputusan kerajaan Selangor menyerahkan projek pembangunan Sungai Klang di atas tanah kerajaan negeri kepada sebuah syarikat yang mempunyai aset ketara bersih negatif.
Beliau mendakwa, projek itu akan dilaksanakan membabitkan keluasan 600 ekar di sepanjang 56 kilometer jajaran Sungai Selangor.
“Apakah rasionalnya kerajaan negeri serahkan projek pembangunan Sungai Klang kepada sebuah syarikat yang hakikatnya muflis?
“Jangan kita ambil remeh dan lesu terhadap perkara-perkara begini dan akhirnya yang menjadi mangsa dan dikambing hitamkan adalah penjawat awam,” tegasnya.
Namun begitu, isu yang dibangkit Hilman menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan beberapa wakil rakyat termasuk Adun Banting, Lau Weng Sang yang turut meminta Hilman mendedahkan nama syarikat tersebut.
Seterusnya, Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim menegaskan supaya Hilman menamatkan perbahasannya dan berkata pihak kerajaan boleh menjawab soalan tersebut.
“Kerajaan boleh jawab, saya hendak Gombak Setia tamatkan sekarang,” tegasnya ~ MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/12/pkns-rugi-lebih-rm700-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Covid 19 Pulau Pinang Kumpul Lebih Rm7 1 Juta

Tabung Covid 19 Pulau Pinang Kumpul Lebih Rm7 1 Juta

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 231 hits
Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow GEORGETOWN Tabung COVID 19 Pulau Pinang yang dilancarkan pada Mac tahun lalu sudah menerima sumbangan lebih RM7 1 juta daripada pelbagai pihak termasuk orang awam Ketua Menteri Chow Kon Yeow ber...
Sudah Jadi Bisu Ke Puad Zarkashi Perli Mahathir Dan Muhyiddin Pasal Rm700 Juta Zeti

Sudah Jadi Bisu Ke Puad Zarkashi Perli Mahathir Dan Muhyiddin Pasal Rm700 Juta Zeti

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 338 hits
Nampaknya kekuatan Mahathir dan Muhyiddin hanya pada satu perkataan kleptokrasi Tetapi bab Zeti dan suaminya mereka berdua membisu tanpa sepatah perkataan Puad ZarkashiSungguh kuat dua individu ini ia itu Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin b...
Banduan Papa Terima Derma Lebih Rm5 Juta Video

Banduan Papa Terima Derma Lebih Rm5 Juta Video

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 232 hits
Strickland dibebaskan pada 23 November lalu selepas dipenjarakan selama 43 tahun Kansas City Star Tribune News Service BANDAR JEFFERSON MISSOURI Lebih 200 000 orang awam telah mendermakan wang menerusi kutipan dana online bagi membantu band...
Anjur Parti Liar Di Kolam Renang Penganjur Dan Pengunjung Dikompaun Lebih Rm1 Juta

Anjur Parti Liar Di Kolam Renang Penganjur Dan Pengunjung Dikompaun Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 504 hits
Kecoh parti liar diadakan di kolam renang sebuah kelab persendirian di Bukit Kiara malam tadi pihak polis telah mengeluarkan kompaun bernilai RM1 565 000 kepada penganjur dan juga pengunjung parti liar tersebut Menerusi laporan Sinar Harian...
Tak Sampai 24 Jam Setiap Ahli Bts Capai Jumlah Pengikut Lebih 15 Juta

Tak Sampai 24 Jam Setiap Ahli Bts Capai Jumlah Pengikut Lebih 15 Juta

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 359 hits
Pastinya ARMY mengadakan parti seharian kelmarin selepas kesemua ahli BTS membuka akaun Instagram sendiri kan ARTIKEL BERKAITAN Bagi berkongsi kehidupan harian dan menghargai sokongan peminat RM Jin J Hope Suga Jungkook V dan Jimin memulaka...
Anis Matta Klaim Jumlah Anggota Partai Gelora Lebih Setengah Juta

Anis Matta Klaim Jumlah Anggota Partai Gelora Lebih Setengah Juta

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 194 hits
Ketua Umum Partai Gelombang Rakyat Indonesia Anis Matta mengatakan jumlah anggota partai terus bertambah Untuk saat ini jumlah anggota sudah lebih setengah juta yang tersebar di daerah
Hiburan Usahakan Atv Park Fizo Omar Labur Lebih Rm1 Juta Demi Kepuasan Pelanggan

Hiburan Usahakan Atv Park Fizo Omar Labur Lebih Rm1 Juta Demi Kepuasan Pelanggan

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 208 hits
Pelakon dan usahawan yang kini mengusahakan perniagaan ATV Park telah mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan penggemar sukan lasak Oleh itu Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar menambah lima unit ATV di cawangan Kelant...
Kerajaan Lulus Peruntukan Lebih Rm80 Juta Elaun Jkkk Sarawak

Kerajaan Lulus Peruntukan Lebih Rm80 Juta Elaun Jkkk Sarawak

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 354 hits
Oleh KERAJAAN meluluskan peruntukan lebih RM80 juta setahun bagi pembayaran elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Wilayah Sarawak Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Jemaah Kabinet pada 19 Novembe...
Menkominfo Lebih Dari 20 Juta Remaja Sudah Divaksinasi Covid 19

Menkominfo Lebih Dari 20 Juta Remaja Sudah Divaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 216 hits
Menurutnya vaksinasi remaja sangat penting untuk melindungi anak indonesia dari ancaman Covid 19 Terlebih Pembelajaran Tatap Muka terbatas sudah mulai berlangsung
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Time Management For Entrepreneurs

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework