Banci Penduduk Perumahan Selesai Akhir Bulan Ini


Oleh Mohd Zaky Zainuddin Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika berucap pada Persidangan Statistik Malaysia Ke-8 (MyStats) hari ini. PUTRAJAYA: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 dijangka dapat diselesaikan akhir bulan ini selepas tertangguh beberapa kali akibat COVID-19, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berdepan beberapa cabaran dalam menyiapkan bancian penduduk yang sepatutnya selesai pada 24 Oktober tahun lalu.
"Sehingga 14 Oktober 2021, 90 peratus penduduk sudah diliputi dalam bancian. DOSM tetap komited untuk menyelesaikannya pada akhir bulan ini, Insya-Allah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Statistik Malaysia Ke-8 (MyStats) secara maya hari ini.
Yang turut serta, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin; dan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Mustapa menegaskan, semua penerbitan statistik oleh DOSM tidak terjejas di tengah-tengah cabaran COVID-19 yang mencetuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) oleh kerajaan.
Beliau berkata, sejumlah 519 penerbitan pada 2020 dan 269 penerbitan setakat 30 September tahun ini dikeluarkan tepat pada masanya.
"Statistik adalah sangat relevan kerana kita perlu lebih banyak data yang diperlukan sebagai mekanisme membuat keputusan. Marilah kita menghargai ahli statistik di negara kita serta di seluruh dunia atas sumbangan mereka kepada kemajuan dunia," katanya.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata, sambutan Hari Statistik Negara pada tahun ini masih mengekalkan tema 'Connecting The World With Data We Can Trust'.
"Tema ini selaras dengan kepentingan data berkualiti dan boleh dipercayai dalam situasi dunia yang saling berhubung kini dan menjadi pemangkin untuk menghadapi kompleksiti isu semasa yang memerlukan penyelesaian tepat dan data yang jitu," katanya.
Bagi MyStats pula, beliau berkata acara yang diadakan secara serentak dengan Sambutan Hari Statistik Sedunia pada 20 Oktober 2021 memberi makna yang sangat unik berikutan diadakan secara maya.
"Sejajar dengan usaha pemulihan global, tema pada tahun ini ialah, 'Navigating Resilient Recovery Through Statistics'. Tema ini bertepatan dengan situasi dunia yang sedang dalam fasa pemulihan dengan menggunakan penyelesaian statistik sebagai platform utama.
"Persidangan MyStats dianjurkan untuk membincangkan analisis dan penemuan baharu serta bertukar pandangan dan idea antara perangkawan, penyelidik, pakar statistik dan pengguna data berkenaan dengan cabaran dalam penyusunan, penggunaan dan penyebaran statistik terkini," katanya.
MyStats 2021 menghimpunkan pengamal statistik daripada pelbagai sektor dan pelaksanaannya secara maya mengikut SOP yang telah ditetapkan memberikan lebih banyak peluang penyertaan kepada peserta dalam mahupun luar negara.
Persidangan MyStats turut memberikan pengiktirafan kepada pengamal statistik muda melalui penganugerahan 'The Best Young Statistician Presenter' untuk mengenalpasti, mengasah dan mendorong keupayaan bakat dari sudut penyelidikan dan penghasilan statistik lebih baik, selari dengan keperluan semasa yang semakin moden dan kompleks.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/banci-penduduk-perumahan-selesai-akhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diprotes Warga Pt Wika Targetkan Proyek Ipal Di Pekanbaru Selesai Akhir Desember

Diprotes Warga Pt Wika Targetkan Proyek Ipal Di Pekanbaru Selesai Akhir Desember

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 197 hits
Proyek IPAL di Jalan Durian Kota Pekanbaru mendapat protes dari beberapa warga Menanggapi persoalan itu PT Wijaya Karya sebagai salah satu kontraktor yang mengerjakan proyek tersebut akan segera menyelesaikan Perusahaan pelat merah itu mena...
Timbalan Pengarah Skmm Dipenjara 6 Bulan

Timbalan Pengarah Skmm Dipenjara 6 Bulan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 168 hits
Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan denda RM87 000 kerana rasuah Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dipenjara enam bulan dan denda RM87 000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah a...
Somi Umum Comeback Dengan Album Penuh Pertama Bulan Ini

Somi Umum Comeback Dengan Album Penuh Pertama Bulan Ini

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 267 hits
So mi bersiap untuk kembali ke pantas Pada 14 Oktober The Black Label iaitu agensi kepada So mi berkongsi So mi dijadualkan untuk kembali dengan album penuh pertamanya XOXO pada akhir bulan ini Persembahan yang akan datang ini akan menjadi ...
Sekolah Secara Fizikal Di Lembah Klang Melaka Bermula Bulan Depan

Sekolah Secara Fizikal Di Lembah Klang Melaka Bermula Bulan Depan

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 209 hits
MALAYSIA NOW KPM juga menetapkan 8 November sebagai hari pertama persekolahan bagi murid Tahun 4 5 dan 6 termasuk Tingkatan 1 dan 2 Guru menyambut murid di pintu masuk Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Ampang 4 Mac 2021 lalu Sekolah di Lembah ...
Dari Usia 10 Bulan Biasa Bertudung Kalau Keluar Minta Nak Pakai Bawa Handbag

Dari Usia 10 Bulan Biasa Bertudung Kalau Keluar Minta Nak Pakai Bawa Handbag

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 312 hits
Betullah orang kata bila ada anak perempuan keterujaan untuk menggayakannya buatkan ibu ibu berpinar mata nak beli baju dan aksesori yang comel Kalau boleh dari hujung rambut sampai hujung kaki biar anak nampak cantik Sama jugalah situasi i...
3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 363 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menerusi posting di Instagram memaklumkan bahawa dia membuka peluang pekerjaan kepada bangsa Melayu untuk menjadi pembantu serta mengasuh anak anaknya Cari pembantu MelayuDatin Rebecca memaklumkan jenis pe...
Hiburan 3 Bulan Sekali Cuti Rebecca Nur Al Islam Cari Pembantu Melayu Ramai Yang Tawar Diri

Hiburan 3 Bulan Sekali Cuti Rebecca Nur Al Islam Cari Pembantu Melayu Ramai Yang Tawar Diri

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 235 hits
Pelakon jelita Datin Rebecca Nur Al Islam dilaporkan ada menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pembantu rumah dan pengasuh buat anak anaknya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementIklan jawatan kosong itu dihebahkan...
Selama Ni Bayar Kat Isteri Sendiri Dah 5 Bulan Kahwin Baru Tahu Owner Rumah Sewa Rupanya Isteri Sendiri

Selama Ni Bayar Kat Isteri Sendiri Dah 5 Bulan Kahwin Baru Tahu Owner Rumah Sewa Rupanya Isteri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 372 hits
Selepas setiap pasangan mendirikan rumah tangga sudah menjadi satu kewajipan dan keperluan untuk mencari rumah sebagai tempat tinggal bersama Tambah pula dengan keadaan negara yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini mem...
Berbasikal Di Lebuh Raya Boleh Didenda Rm5 000 Penjara 12 Bulan

Berbasikal Di Lebuh Raya Boleh Didenda Rm5 000 Penjara 12 Bulan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 239 hits
Hemm orang baru yg main basikal lah nie suka buat hal 1 buat hal smua kena Denda Hingga RM5 000 Dan Penjara 12 Bulan Jika Berbasikal Di Lebuh Raya Tanpa Kebenaran KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia melarang sebarang aktiviti berbasikal di l...
How Weather Conditions Affect Driving Safety

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Houston Apartment Accident Lawyer Seeking Justice And Compensation For Victims

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Cili Api

Percubaan Muhyiddin Tak Mungkin Tarik Sokongan Bukan Melayu

Mufti Perlis Hati Perasaan Orang Islam Perlu Bersama Pakistan