Ballet Nights Tampilkan Sophia Ong Sebagai Duta Muda Malaysia Di Ballet Nights Kuala Lumpur



Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong,14 tahun, akan turut menyertai barisan penari dalam persembahan Ballet Nights Kuala Lumpur.
Kenali Sophia Ong Duta Muda MalaysiaSophia dipilih daripada sesi uji bakat yang diadakan baru-baru ini di Universiti Taylor’s. Lebih 40 penari berbakat daripada 19 sekolah tarian telah menyertai uji bakat Ballet Nights Young Ambassador Program bagi merebut penghormatan berprestij ini.



Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang, Sophia Ong dari Selangor, dalam Ballet Nights Kuala Lumpur!
Penari muda dari Sri Wilayah Ballet Centre ini, yang juga pemenang pingat Emas Asian Grand Prix Kuala Lumpur 2022 & 2023, telah memukau dengan kebolehannya menggabungkan elemen tradisional dan moden, dan gaya tarian yang penuh ekspresi.
Berbekalkan bakat dan minat mendalam terhadap seni tari, Sophia menyerlah sebagai pilihan terbaik untuk program ini, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penari generasi muda Malaysia.


“Kami percaya bimbingan dan pendedahan yang bakal diberikan mampu membuka peluang, memberi impak positif, dan membentuk generasi baharu bakat tarian, sambil mentakrifkan semula pengalaman balet di peringkat global.,” kata Maria Sascha, Pengarah Pembangunan Artistik Asia Tenggara Ballet Nights.
Maria Sascha turut memperkenalkan barisan bintang Ballet Nights Kuala Lumpur, termasuk Musa Motha, pemenang Golden Buzzer dari America’s Got Talent dan Britain’s Got Talent yang berasal dari Afrika Selatan.
Musa juga memenangi Critics' Circle UK National Dance Award 2023 sebagai Artis Baru Terbaik menerusi persembahannya dalam Peaky Blinders oleh Rambert.
“Ballet Nights KL juga menampilkan Constance Devernay-Laurence, bintang siri Netflix yang bakal ditayangkan berjudul 'Etoile', dan pemenang Critics' Circle UK National Dance Award 2023 untuk Persembahan Klasik Wanita Terbaik menerusi peranannya sebagai Swanilda dalam 'Coppelia' (Scottish Ballet); serta Jordan James Bridge, calon Artis Baru Critics' Circle UK National Dance Award yang namanya semakin meningkat sebagai seorang koreografer yang telah berkarya untuk English National Ballet. Kami turut teruja dengan kehadiran Mara Galeazzi, ikon The Royal Ballet, yang akan menyertai barisan persembahan nanti.” tambahnya.


Aturcara 


Ballet Nights juga akan mengumumkan sebuah kerjasama yang dengan sebuah Organisasi Pemuliharaan terkenal di peringkat global, dalam masa yang terdekat ini. Nantikan butiran lanjut.
Tiket boleh didapati di ticket2U.com.my, dengan harga bermula dari RM199.00. Pemegang kad CIMB Bank akan menikmati diskaun 20% untuk semua kategori tiket (*T&S tertakluk). 


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan produksi balet antarabangsa yang pertama kalinya dihoskan secara unik. Ballet Nights adalah sebuah produksi bertaraf antarabangsa yang menggabungkan balet klasik, neo-klasik, dan kontemporari - membawakan pengalaman yang imersif yang tentunya sukar untuk dilupakan oleh para penonton.



Ballet Nights Kuala Lumpur dibawakan dengan kerjasama British Council, British Malaysian Chamber of Commerce, Malaysia British Society, Melbourne Capital Group, World Trade Centre Kuala Lumpur, HOMME, dan CIMB Bank.
Untuk maklumat lanjut Ballet Nights KL, layari www.balletnights.com/malaysia atau ikuti mereka di Instagram @InternationalBalletPLT


Reviu London BAllet Night “Fresh, Unique and Inspiring” – The New Current 
“Full marks for this electric and thoroughly enjoyable night out.” - London Theatre 1 


Barisan Penari Ballet Nights Kuala Lumpur:
MARA GALEAZZI - Itali, Former Star Principal Ballerina of The Royal BalletMUSA MOTHA - Afrika Selatan, World Dance Star of America’s Got Talent, Britain Got Talent and Rambert Dance CompanyCONSTANCE DEVERNAY-LAURENCE - Perancis, Former Principal Ballerina of Scottish Ballet and Star of the upcoming Amazon Prime TV Show ‘Etoile’DENYS CHEREVYCHKO - Ukraine, Former Principal of Wienner StaatsBallet & International Guest PrincipalSIENNA GOING - New Zealand, Ballet Nights Tutu Ballerina and graduate of the Academie de danse Princesse Grace in Monte Carlo.JORDAN JAMES BRIDGE - Great Britain, Star dancer of Studio Wayne MacGregor and Critics Circle Nominated Emerging ArtistGUY SALIM - Great Britain Internationally Touring Commercial Dance Star of STOMP Worldwide, Choir of Man, CATS The Musical, and Dancer with BTS, Black Eyed Peas, Coldplay, Tinie Tempah, Zara Larsson.FELICITY CHADWICK - Great Britain, Ballet Nights Rising StarVIKTOR ERIK EMANUEL - Sweden, Ballet Nights House Concert Pianist and Resident PhotographerJAMIEL DEVERNAY-LAURENCE - Great Britain, Ballet Nights Founder, Artistic Director and Compère




Mengenai Ballet NightsBallet Nights, membawa tarian balet dan kontemporari bertaraf dunia yang menakjubkan penonton dari semua peringkat umur. Diasaskan oleh Pengarah Artistik Jamiel Devernay-Laurence, daripada persembahan mereka yang pertama di London pada tahun 2021 mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga kini, ia telah menjadi acara tetap dalam kalendar tarian semenjak pelancaran rasminya pada September 2023.
Asalnya dipentaskan di Cadogan Hall, Ballet Nights mempamerkan program dinamik yang menampilkan bintang balet global dan bakat kontemporari. Tempat duduk berhampiran pentas membolehkan penonton mengalami persembahan dari jarak dekat, meningkatkan penglibatan penonton —sesuatu yang jarang ditemui di teater tradisional.
Tahun ini, Ballet Nights mengembangkan namanya dengan persembahan di tempat baru seperti Ministry of Sound yang amat ikonik di kota London. Ballet Nights Brisbane juga telah dipersembahkan dimana tiket habis dijual pada September 2024, menandakan permulaan perjalanan global mereka. Pertunjukan ini dibentuk dan dipimpin secara unik oleh Jamiel Devernay-Laurence, yang memperkenalkan setiap aksi dengan pandangan sebalik tabir tentang karya yang dipersembahkan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/12/ballet-nights-tampilkan-sophia-ong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ballet Nights Kuala Lumpur Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang Sophia Ong Dari Selangor

Ballet Nights Kuala Lumpur Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang Sophia Ong Dari Selangor

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 279 hits
Hi Korang Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka Sophia Ong 14 tahun akan turut menyertai barisan penari dalam persembahan Ballet Nights Kuala Lumpur Sophia dipilih daripada sesi uji bakat ...
Pusingan Akhir Kl Fight League 2024 Bakal Gegarkan Kuala Lumpur

Pusingan Akhir Kl Fight League 2024 Bakal Gegarkan Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 135 hits
Pusingan akhir KL Fight League bersedia untuk mempamerkan persembahan cemerlang sukan Muay Thai yang belum pernah berlaku sebelum ini pada 6 7 Disember 2024 di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur Kejohanan terulung ini menghimpunkan pejuang ...
Pesawat Airasia Tawau Kuala Lumpur Patah Balik Selepas Sejam Berlepas

Pesawat Airasia Tawau Kuala Lumpur Patah Balik Selepas Sejam Berlepas

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 154 hits
Pesawat AirAsia yang membawa 170 penumpang terpaksa berpatah balik selepas hampir sejam berlepas di Lapangan Terbang Tawau TAWAU Pesawat AirAsia penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas hampir sejam berlepas da...
Hiburan China Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah Untuk Sambutan Tahun Baru Cina 2025

Hiburan China Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah Untuk Sambutan Tahun Baru Cina 2025

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 205 hits
Melalui hantaran di Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing Malaysia telah dipilih oleh China untuk dijadikan sebagai tuan rumah dalam acara Tahun Baru Cina yang pertama kali diadakan di luar negara pada 23 Januari Ad...
N Flying Beri Tenaga Luar Biasa Sepanjang 3 Jam Konsert Hide Out Di Kuala Lumpur

N Flying Beri Tenaga Luar Biasa Sepanjang 3 Jam Konsert Hide Out Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 142 hits
Akhirnya N Flying telah datang ke Malaysia buat kali pertama untuk menemui N Fia Dibawakan khas oleh More Entertainment N Flying telah menggegarkan ZEPP Kuala Lumpur pada 1 Disember yang lalu dengan konsert 2024 N Flying LIVE HIDE OUT Seban...
Zahnita Akan Tulis Buku Cerita Segalanya Nekad Tak Akan Kembali Ke Kuala Lumpur

Zahnita Akan Tulis Buku Cerita Segalanya Nekad Tak Akan Kembali Ke Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 106 hits
Bekas peragawati dan pelakon Zahnita akan tulis buku cerita segalanya tentang apa yang dialami selama ini dilalui agar semua yang terjadi dapat diketahui umum dari A hingga Z Perkara itu dinyatakan pemilik nama sebenar Zahnita Dorothy Husse...
Grand Feast And Joyful Gatherings At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Grand Feast And Joyful Gatherings At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 116 hits
Hi Everyone As 2024 gracefully comes to a close we stand on the threshold of the year end festive season ushering in 2025 with good health laughter and blessings Join us for celebrations filled with grand feasts festive libations and joyful...
Dikejar Polis Dari Muar Sampai Ke Kuala Lumpur

Dikejar Polis Dari Muar Sampai Ke Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 194 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myMuar Polis memburu pemandu sebuah sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux berwarna hitam yang menghilangkan diri selepas dikejar polis sejauh 180 kilometer pagi tadi Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Rai...
Playing Tourist At Central Market Kuala Lumpur

Playing Tourist At Central Market Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 176 hits
Playing Tourist at Central Market Kuala Lumpur Assalamualaikum and hi Lama benar rasanya tak ke Central Market Pasar Seni Lama sangat Dulu masa kerja di Shah Alam bas no 2 akan berakhir di Bas Stand Klang KL iaitu LRT Pasar Seni sekarang Da...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati