Balik Kenduri Di Kedah Singgah Ke Nat Pokok Getah


Balik Kenduri Di Kedah, Singgah Ke Nat Pokok Getah | Minggu lepas kami balik kampung lagi buat kali ke 3 tahun ni. Mentang-mentang dah 3 tahun tak balik kampung dek sebab PKP, maka tahun ni memang balas dendam la kot. Kalau di congak mungkin kami akan balik kampung 5 atau 6 kali tahun ni. 


Kali ni kami balik kampung hanya 6 orang sebab Angah Ammar ada appointment dan KC Iman pula ada kelas. Jadi bertolaklah kami pada tengahhari hari Jumaat sebab turn umi tidur rumah bonda, settle apa yang perlu baru boleh gerak balik rumah. Mujur kain baju tak bawa banyak walau 



Sebahagian lauk pauk yang cukup simple tapi sedap sebabnya dimasak secara gotong royong adikk beradik. Paling sedap gulai pisang dengan udang yang sangat menyelerakan, kurma daging utara, daging masak kicap, sambal belacan, acar buah dengan kuih muih yang macam-macam jenis.


Dah macam kenduri kahwin bila adik beradik, saudara terdekat DH datang berkunjung. Memang cukup seronok sebab adik beradik DH cukup korum dengan abang Chaq (abang sulung DH) yang dah bertahun tak balik kampung selepas pemergian FiL. Dengan usia yang semakin meningkat, nak memandu jauh dari Skudai, Johor ke Kedah tu memang memenatkan.


Memang penat walau umi bukan la menolong sangat, hanya tolong gitu-gitu dan lebih banyak menolong tengok orang lain buat kerja.


Lewat petang tu DH pun dah kepenatan, sambil berbaring tu sambil mengingatkan untuk bangun awal keesokkan hari sebab nak sarapan kat Nat Pokok Getah. Umi apa lagi, sengih la memanjang. 


Pagi tu memang bangun awal semua anak-anak sebab teruja nak ke Nat Pokok Getah dan kononnya tak nak sarapan tapi bila kakak DH dah sediakan air nescafe dan kuih apom, cubit la sikit. Tapi extra bagi umi bila nampak pulut, memang jamah la sikit dengan ikan masin sejuk. Bila dah kahwin ni kita kena belajar dan menerima cara orang lain, tak boleh ikut kepala sendiri ya anak-anak.




Perjalanan dari rumah kakak DH ke Nat ada dalam 30 minit tapi  nak mencari parking cukup payah dengan banyak ruang dipenuh dengan  orang yang meniaga. Baru teringat yang hari tu (19 Jun,  Ahad) hari Keputeraan Sultan Kedah, jadi ramai yang bercuti sebab tu ramai pengunjung dan peniaga. Jadinya DH parking kereta jauh dan jauhlah juga kami kena jalan kaki. Exercise sesekali pun ok kan.



Memang sedap dan bihun sup utara kat CT Bihun Sup Kodiang ni. Jadi kalau sesiapa ke Nat Pokok Getah, sila singgah makan kat sini. Bukan hanya ada bihun, kuetiaw tapi nasi ayam pun ada. Sempat juga umi merasa nasi ayam dekat pinggan Ayong


Waktu sampai kat gerai bihun sup, eh ternampak pulak abang sepupu DH dengan isterinya baru selesai menjamu selera. 


Lepas perut kenyang, maka kami mula mengatur langkah dan misi umi memang tiada spesifik barang yang nak dicari tapi DH nak cari seluar hiking. Kali pertama dia ke sini, dia beli seluar hiking yang sungguh selesa so dia ingat nak beli lagi sebab dia kerap kerja di luar.




DH dengan misi seluar hiking tapi malang tak jumpa yang berkenan dihati. Kat sini pun ada orang jual barangan lama dan buku-buku lama seperti majalah Mastika, novel dan banyak buku lama yang  mungkin ada pembeli yang berminat. Niat umi nak cari novel lain tapi terbeli novel karya HM Tuah Iskandar. Kiranya ini buku kedua karya HM Tuah Iskandar dalam koleksi umi. 

Ni dia buah yang menjadi pertanyaan umi pada DH dan buah yang warna kuning tu buat Stey adik beradik buah Setoi. Buah Stey ni sedap dimakan dengan garam belacan, baca kat SINI

Buah yang satu lagi tu buah Kulim yang baik untuk kesihatan terutama mengubati penyakit buah pinggang dan punya khasiat yang lain. Caranya nanti umi share bila ada kelapangan. Memang tak risau sebab buah kulim tu dah kering jadi ianya tak akan busuk


Sempat lagi kami bergambar kan sebagai kenangan dengan badan yang berlengas dan berpeluh. Nak berjalan di Nat Pokok Getah ni kena hati-hati takut tersepak akar pokok, mau tertungging, bukan dapat  malu.je boleh dapat luka juga. Kalau orang tua ni jatuh memang buruk macam nangka busuk..hahaha

Suami adik DH entah mana pula dia menghilang, pastinya mencari barangan yang memikat hati. 


DH nampak ikan yu sambil terliur jer, kalau tak sebab nak hantar Ayong dan bermalam di Kuak Hill Resort, mesti dia beli ikan dan cari tong putih untuk simpan. The girls pula walau dah kenyang makan bihun sup, nasi ayam tetap nak jengah kat gerai lokching ni.



Kalau nampak gerai jual minuman ni sila singgah la ya. Peramah sungguh budak yang meniaga air ni.


Pendek kata, apa yang kita nak ada kat Nat Pokok Getah ni, dan umi sempat belikan bonda 2 helai baju kurung kedah yang cukup cantik jahitannya dan KY pulak belikan kain batik buat tok maknya.


Memandangkan kami nak menhantar Ayong ke Lengong, maka tidaklah boleh kami berlama-lama kat sini sebab perjalanan yang agak jauh.


So bye bye Nat Pokok Getah, nanti kami singgah lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/06/balik-kenduri-di-kedah-singgah-ke-nat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Tak Undi Umno Jika Tinggalkan Mn Kata Mb Kedah

Melayu Tak Undi Umno Jika Tinggalkan Mn Kata Mb Kedah

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 243 hits
agendaily com21 6 2022Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengingatkan UMNO supaya mempertahankan Muafakat Nasional jika tidak mahu hilang pengundi Melayu pada Pi...
Peluang Pekerjaan Kedah Wujud 150 000 Peluang Kerja Menjelang 2035

Peluang Pekerjaan Kedah Wujud 150 000 Peluang Kerja Menjelang 2035

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 215 hits
Kira kira 150 000 peluang pekerjaan akan diwujudkan di Kedah menjelang tahun 2035 sekali gus membuka ruang untuk anak anak negeri jelapang padi itu menabur bakti dan berkhidmat di negeri berkenaan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md...
Eksplorasi Kedah Jack Sparrow Jadi Pilihan Daging Rusa Batas Ubi Deer Farm

Eksplorasi Kedah Jack Sparrow Jadi Pilihan Daging Rusa Batas Ubi Deer Farm

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 253 hits
Bagi siri terakhir jelajah Northern Region Fruits Galore anjuran Tourism Malaysia wilayah utara kali ini rakan setugas Haikal Raman membuat liputan pelancongan agro di Kedah Seperti yang kita tahu Kedah tidak kurang hebatnya dalam aktiviti ...
Baling Dilanda Banjir Air Sungai Kupang Melimpah Batang Kayu Singgah Depan Rumah

Baling Dilanda Banjir Air Sungai Kupang Melimpah Batang Kayu Singgah Depan Rumah

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 458 hits
Adie Sufian ZulkefliBaling dilanda banjir air Sungai Kupang melimpah batang kayu singgah depan rumahHujan lebat hampir tiga jam di daerah Baling menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki penempatan penduduk Kampung Iboi dan Kamp...
Kedah Farmer Comes Up With 2 New Durian Varieties

Kedah Farmer Comes Up With 2 New Durian Varieties

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 300 hits
The J Sparrow durian one of two varieties developed by a farmer in Bedong Kedah It has light yellow brown flesh with a moderate aroma PETALING JAYA A durian farmer in Bedong Kedah has come up with two new varieties known as D216 and D217 wi...
Tempat Bercuti Di Kedah Amd Resort Kem Perik Kuala Nerang

Tempat Bercuti Di Kedah Amd Resort Kem Perik Kuala Nerang

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 454 hits
Tonton Video Menarik di Jika anda inginkan percutian yang tenang di tepi sungai sambil menikmati keindahan alam anda kena cuba menginap di AMD Resort Camp Perik Kuala Nerang Kedah Dikelilingi dusun durian yang luas serta sangat sesuai untuk...
Pejuang Kalau Nak Berjuang Jangan Kacau Daun Di Kedah

Pejuang Kalau Nak Berjuang Jangan Kacau Daun Di Kedah

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 336 hits
Mukhriz dan Tun wajar tidak bertanding di pilihanraya akan datang Menang mustahil kalah pasti Ada lebih baik bersara secara lebih terhormat dan masih disayangi Memadailah berdiam diri tarik diri Jangan bertanding kalau pun tak mahu sokong P...
Berita Bola Sepak Kedah

Berita Bola Sepak Kedah

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 205 hits
Baiklah dalam inisiatif zero to hero setelah lama bertelagah dengan Master akhirnya InterpretZZ memutuskan untuk mengumpulkan semua berita mengenai pasukan bolasepak kesayangan Master iaitu Persatuan Bolasepak Kedah dalam kiriman Bola Kedah...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Makanan Minuman Tidak Pernah Habis Mia Boat Noodle Di Aeropod

Hari Gaji Datang Sekejap Pergi Pun Sekejap

Tl19 Travelog Kelantan

Confessions Of A Drained Mom When Your Cup Is Empty

Gubahan Bunga Istimewa Dari Chenille Stem

A Legend Reimagined Seven Honda Cb750s That Redefined An Icon