Balbuk Haus Cafe Tengah Bendang Di Perlis Suasana Kampung
Balbuk Haus Cafe tengah bendang di Perlis.. Suasana kampung | Hai semua.. Jalan-jalan perlis lagi guys.. banyak lagi sebenarnya list tempat yang aku buat tapi tak terkejar dek masa.. nanti InshaAllah akan ada next trip ke sana untuk habiskan tempat menarik di Perlis.
Balbuk Haus salah satu tempat viral di instagram dan tiktok.. tengok dalam video nampak menarik betul tempat ni.. then bila sampaiii... betul lah tu apa video tunjuk memang cantik gila.. sumpah cantik. aku suka tempat tenang macam ni..
tempat parking keretaLaluan untuk masuk ke Balbuk Haus ni korang kena masuk ke kawasan kampung dulu, baru lah sampai ke situ.. jalan kecil yang hanya memuatkan sebiji kereta saja.. so kena pandai-pandai lah berhenti kalau ada kereta lain nak lalu..
laluan jalan kaki untuk ke Balbuk Haustime aku sampai ni dalam pkul 5 petang.. cuaca cantik, tak terlalu panas..
haaa sampai pun di pintu masuk.. memang suasana kampung sangat.. rasa macam balik rumah tok kita sendiri.. hehe.. pandai betul owner buat tempat makan macam ni, satu tarikan pelancong untuk negeri Perlis yang tak ada di tempat lain..
dorang ada buat cute library.. cantik sangat! dalam ni ada buku-buku dan barangan lama.. nak makan dalam ni pun boleh.. banyak kawasan yang boleh korang duduk untuk makan, bukan hanya dalam library ni saja.
Jom tengok kawasan lain di seluruh Balbuk Haus ni.. ohhh lupa nak cakap yang staff dorang semua baik-baik. Layanan dorang bagi A plus-plus.. Bagi pendapat aku lah, selain dari tempat yang cantik, layanan yang diberikan juga kena baik.. barulah orang akan suggest kan tempat ni pada orang lain..
Lepas dah ambil gambar ni barulah aku order makan, makanan di sini pun sedap! bagi orang yang jauh datang ke Perlis ni, tak sia-sia lah sampai sebab selain tempat yang cantik makanan dia pun tak mengecewakan..
Nasi Lalap Tawau - RM8.50
Sedap! kombinasi ayam + ulaman + sambal tomat.. ayam dia lembut sangat.. rebus dan goreng.. Nama menu ni sangatlah unik.. sambal dia cukup rasa.. Rating 4.5/5.. Korang kalau sampai sini, wajib cuba menu nasi lalap tawau!
Ropang Ayam Suwir - RM 7.50
Ropang ayam suwir kombinasi roti panggang + ayam carik + ulaman.. Ini pun sedap! cumanya agak pedas sikit.. peminat pedas wajib cuba.. Rating 4/5.. Makanan lain aku belum try lagi. aku pasti sedap juga.
Baca Sini : Sarapan Pagi di Roti Bakar Hutton Lane, George Town
No telefon: 013-5065625
Alamat: Lorong Long Chin, Kampung Balik Bukit Chuping, 02500 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin (5.00 pm - 12.00 am)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.busyratakiyudin.com/2023/01/balbuk-haus-cafe-tengah-bendang-di.html