Balasannya Syurga Bagi Mereka Yang Memaafkan Orang Lain


Memaafkan memang sangat sukar dilakukan. Biasanya apabila seorang itu dizalimi atau disakiti, pasti dia mahu membalasnya. Tidak ada yang boleh melakukan sifat pemaaf kecuali mereka yang mempunyai keimanan tinggi.


Sabda Nabi SAW, orang yang dekat dengannya pada hari kiamat kelak adalah orang yang berakhlak mulia. Oleh itu, janganlah kita mengabaikan sifat memaafkan ini.

Ulama menyatakan, perkara paling memudahkan seseorang masuk ke dalam syurga selepas perkara tauhid adalah memiliki akhlak yang mulia.

Begitulah sebaliknya, perkara yang memudahkan seseorang itu masuk ke neraka selepas syirik kepada Allah adalah golongan berakhlak jelik dan buruk.

Apabila mampu memaafkan kesalahan orang lain, maka seseorang itu sudah mencapai darjat ihsan.

Pastinya kita pernah melalui pengalaman mungkin pernah dihina atau dimalukan sehingga menjatuhkan maruah.

Jika hendak diikutkan perasaan, mahu sahaja dibalas semula perlakuan itu. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, apabila tiba-tiba ia terlintas di fikiran membuatkan diri rasa tidak senang hati.

Bagaimanapun, sebagai seorang Muslim yang taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, kita digalakkan untuk memaafkan terutama apabila individu yang melakukan kesalahan itu menghulurkan kemaafan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang." (Surah an-Nuur, ayat 22)

Jangan bertangguh untuk bermaafan selain buang sifat ego masing-masing. Harus berlapang dada untuk memaafkan.

Dalam satu sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf, hendaklah memaafkannya, apakah ia berada di pihak yang benar atau yang salah, apabila tidak melakukan hal itu (memaafkan), nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat)." (Hadis Riwayat al-Hakim)

Jadilah kita seorang pemaaf. Apabila itu berlaku, pastinya tiada perasaan seseorang untuk membalas dendam.

Bukan juga termasuk dalam kategori pemaaf seandainya sudah memberi maaf, namun di hati masih bersarang rasa kesal dan benci.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara baik." (Surah Ali-Imran, ayat 133-134)


Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk menggambarkan sifat pemaaf. Sifat itu dipamerkan menerusi ucapan atau tindakan Baginda.

Terdapat satu kisah berlaku selepas Perang Uhud yang menunjukkan bagaimana sikap pemaaf Nabi SAW.

Sebahagian sahabat meminta Baginda mendoakan kecelakaan ke atas golongan kafir Quraisy. Ketika itu, wajah Nabi luka dan sebatang giginya patah.

Baginda SAW menolak permintaan sahabat itu lalu berkata: "Sesungguhnya saya diutus bukan sebagai tukang laknat. Tetapi saya diutus untuk menjadi pendakwah dan penyebar kasih sayang. Ya Allah, ampunilah kaumku. Sesungguhnya mereka tidak punya pengetahuan." (Al-Jami’ ash- Sahih, 1/176)

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Surah AliImran: Ayat 133-134)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Kontraktor Jambatan Syurga Dan NerakaHanya 4 Syarat Untuk Wanita Masuk Ke Syurga


sumber: hmetro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/12/balasan-syurga-memaafkan-orang-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Psikologi Ini Akan Dedahkan Pandangan Orang Lain Terhadap Anda Menerusi Cara Mereka Memegang Cawan

Ujian Psikologi Ini Akan Dedahkan Pandangan Orang Lain Terhadap Anda Menerusi Cara Mereka Memegang Cawan

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 331 hits
Siapa sangka dengan hanya melihat cara seseorang memegang cawan kita boleh mengetahui pandangan dan isi hati orang lain terhadap diri anda Biasanya dengan melihat dari segi bahasa badan atau ekspresi wajah seseorang kita sudah boleh mengaga...
Jangan Sibuk Judge Rumahtangga Orang Lain Tak Kemas Berkilat Itu Rumahtangga Mereka Sop Tak Sama

Jangan Sibuk Judge Rumahtangga Orang Lain Tak Kemas Berkilat Itu Rumahtangga Mereka Sop Tak Sama

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 384 hits
Tengok rumah sebelah ni asyik bersepah je bini dia tak kemas rumah ke Oppsss jika kita ada terdetik sebegitu di dalam hati elok dibuang jauh jauh syak wasangka yang buruk Boleh jadi mereka suami isteri berusaha sehabisnya untuk pastikan rum...
Hiburan Beli Lampin Pakai Buang Secara Atas Talian Atu Zero Berang Dapat Barang Lain Dari Yang Dipesan

Hiburan Beli Lampin Pakai Buang Secara Atas Talian Atu Zero Berang Dapat Barang Lain Dari Yang Dipesan

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 380 hits
Anggota kumpulan lawak Zero Atu berang apabila dia menerima barang lain daripada apa yang dibelinya di laman sesawang membeli belah terkenal Atu Zero atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif 28 berasa kesal dan berharap pihak berkenaan...
Anwar Bukan Seorang Pendendam Pentafsir Politik Melihat Kearah Lain

Anwar Bukan Seorang Pendendam Pentafsir Politik Melihat Kearah Lain

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 262 hits
Saya dan sempat menziarahi bonda kepada Dato Seri petang tadi yang kurang sihat Mendoakan agar bonda beliau lekas sembuh dan kembali diberi kekuatan insyallah
Top 5 Gaming Laptop 2020 Dan Kenapa Yang Lain Tak Masuk Carta

Top 5 Gaming Laptop 2020 Dan Kenapa Yang Lain Tak Masuk Carta

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 308 hits
Saya kongsikan Top 5 Gaming Laptop untuk tahun 2020 mengikut pendapat saya sendiri Follow TikTok Monaliza https www tiktok com monalizapc Di bawah juga saya rekemen beberapa Laptop yang berbaloi beli untuk masa sekarang Semua dari Official ...
Di Kyrgyzstan Menculik Isteri Orang Lain Untuk Dijadikan Isteri Dan Menantu Adalah Satu Budaya

Di Kyrgyzstan Menculik Isteri Orang Lain Untuk Dijadikan Isteri Dan Menantu Adalah Satu Budaya

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 526 hits
DI KYRGYZSTAN MENCULIK ISTERI ORANG LAIN UNTUK DIJADIKAN ISTERI DAN MENANTU ADALAH SATU BUDAYA Benda paling gila yang saya baca hari ni ialah satu budaya pelik yang diamalkan disebuah negara yang dikenali sebagai Kyrggyzstan Di negara ini a...
Gunakan Ribuan Nik Dan Kk Orang Lain Untuk Aktivasi Nomor Ponsel Penjual Kartu Perdana Ini Diamankan

Gunakan Ribuan Nik Dan Kk Orang Lain Untuk Aktivasi Nomor Ponsel Penjual Kartu Perdana Ini Diamankan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 220 hits
Satuan Reserse Kriminal Polres Pacitan berhasil menangkap pelaku dengan inisial GWS salah satu warga di Kecamatan Pacitan atas tindak pidana penyelenggaraan jasa Telekomunikasi yang tidak sesuai dengan ketentuan Undang Undang Informasi dan ...
Saya Sendiri Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain Di Bilik Hotel Jika Saya Tak Ceraikan Dia Saya Suami Yang Dayus

Saya Sendiri Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain Di Bilik Hotel Jika Saya Tak Ceraikan Dia Saya Suami Yang Dayus

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 962 hits
Kemelut rumah tangga Nadia Brian hangat diperkatakan kembali apabila pelakon itu mengakui suaminya Muizz Nasruddin sudah pun menfailkan perceraian dan menunggu tarikh perbicaraan daripada pihak mahkamah Mengesahkan perkara itu Muizz berkata...
Kad Kredit Terbaik Untuk Ganjaran Cashback Isi Minyak

Cara Masak Pad Kra Pao Daging Sedap Resipi Asli Selatan Thailand

Masak Ikan Kerapu Stim Hong Kong Daging Masak Halia

Pengawal Keselamatan Maut Motosikalnya Langgar Lori Tangki

The Day Trippers Come For Trieste

Bila Cerita Itu Ujian Kepercayaan

Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap Rasa Masam Manis Pedas Perfect

Pasaran Mahal Tetapi Tidak Kesemuanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dua Bayi Digigit Tikus Di Hospital Kerajaan Dalam Masa 48 Jam

Long Weekend A Little Taste Of Heaven

Wacana Dpr Versi Indonesia Idol Antara Lucu Serius Dan Membahayakan

Saling Ingat Mengingati Itu Tanda Sayang

168slot 168slotvip Me 19 25 168 Vip 168slot Top 47 By Stormy

Polis Tahan Lelaki Lepas Tembakan Di Kuil