Bakul Makanan Rm35 Sumbangan Ngo Bukan Jkm Ismail Sabri



Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kerajaan membekalkan bakul makanan yang tidak bernilai RM100 seperti dijanjikan.

Sebaliknya, kata beliau, bantuan itu adalah daripada NGO yang menghantarnya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diagihkan.

Sebelum ini, wakil rakyat Rasah Cha Kee Chin mendakwa bahawa 150 bakul makanan yang diterima oleh pasukannya untuk diedarkan daripada kerajaan, hanya berharga RM35 setiap satu

“Yang dilaporkan ada (bakul makanan bernilai) RM35 sahaja, ada individu tertentu buat posting di media sosial.

“Pagi tadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (Rina Harun) dah maklum kepada mesyuarat (bahawa) pusat-pusat pengumpulan makanan juga terima makanan (dan sumbangan) dari NGO dan sebagainya.



“Tetapi nilai dan kos sumbangan tidak ditetapkan, boleh jadi RM30, RM50 RM70, RM100, RM200 itu terserah. Menteri juga maklumkan, itu bukan bakul dari JKM,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya.

Pada 17 April dilaporkan, kira-kira 1.1 juta isi rumah seluruh negara mendapat manfaat daripada agihan bantuan bakul makanan daripada JKM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JKM memaklumkan agihan bantuan keperluan makanan itu melibatkan 279,223 penerima yang terkesan dengan PKP.

Walau bagaimanapun, Cha, semalam mendakwa bantuan makanan Covid-19 kerajaan untuk golongan 40 peratus berpendapatan paling rendah (B40) tidak bernilai RM100 seperti dijanjikan.

Katanya, sebahagian daripada 1,000 bungkusan terdapat hanya tujuh barangan, iaitu lima kilo beras, sekilo minyak masak, satu paket bihun kering, satu paket biskut teh dan kopi segera.

Sementara itu, Bernama melaporkan ketika ditanya mengenai langkah diambil kerajaan berhubung kes positif Covid-19 di Selangor Mansion yang masih mencatatkan jumlah tinggi, Ismail Sabri berkata perkara itu berada dalam kawalan memandangkan kawasan berkenaan juga telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).



"Perkara ini akan kita bincangkan sebab akhirnya Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberikan nasihat kepada kita sebelum membuat keputusan. Jika perlu disambung (tempoh PKPD) kerana ada kenaikan (kes positif Covid-19) saya akan umumkan," katanya.

Berhubung respons kedutaan luar berikutan ramai rakyat asing yang berada di kawasan itu, beliau berkata Kementerian Luar sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan berkaitan bagi memastikan kebajikan rakyat mereka terjaga.

Ditanya sama ada kerajaan mempertimbang untuk membuka kaunter atau kiosk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memudahkan pencarum yang tidak tahu menggunakan kemudahan dalam talian untuk mengeluarkan wang, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan turut dihadiri wakil Kementerian Kewangan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/bakul-makanan-rm35-sumbangan-ngo-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppbm Agm Cannot Be Held Says Ismail Sabri Yaakob

Ppbm Agm Cannot Be Held Says Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 252 hits
All annual meetings of companies cooperatives associations and organisations must be postponed until a date to be determined by the Ministry of Health said Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob All companies cooperatives associatio...
Makan Mi Cawan Sebelum Sidang Media Pakai Baju Batik Datuk Seri Ismail Sabri Jadi Perhatian Warganet

Makan Mi Cawan Sebelum Sidang Media Pakai Baju Batik Datuk Seri Ismail Sabri Jadi Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 877 hits
Viral Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perhatian warganet selepas memuat naik foto sedang menikmati mi segera dalam cawan sebelum memulakan sidang medianya semalam Ismail Sabri telah memuat naik posting
Govt To Decide Whether Or Not To Reschedule Hari Raya Aidilfitri Holiday In Due Time Ismail Sabri

Govt To Decide Whether Or Not To Reschedule Hari Raya Aidilfitri Holiday In Due Time Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 312 hits
A federal territory moon sighting committee member conducting moon sighting for syawal at Putrajaya International Convention Centre last year 8211 Bernama photo KUCHING The government will decide whether or not to reschedule the Hari Raya A...
Ismail Sabri M Sian Govt Welcomes Foreign Govts To Initiate Efforts In Bringing Their Citizens Home

Ismail Sabri M Sian Govt Welcomes Foreign Govts To Initiate Efforts In Bringing Their Citizens Home

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 205 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 8211 Bernama file photo KUCHING The Malaysian government welcomes their counterparts across the globe to initiate efforts in bringing their respective citizens home said Senior Minister Datuk Seri Ism
Internet Installation At Residential Premises Allowed During Mco Says Ismail Sabri

Internet Installation At Residential Premises Allowed During Mco Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 496 hits
PUTRAJAYA Works to install internet connections at residential premises during the movement control order are allowed says Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob On Saturday he said service provider technicians are only needed to in...
Sop Baru Kawal Pergerakan Jika Pkp Tamat 28 April Kata Ismail Sabri

Sop Baru Kawal Pergerakan Jika Pkp Tamat 28 April Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 462 hits
Faiz Zainudin PUTRAJAYA Kelonggaran penuh tidak akan diberikan jika perintah kawalan Pergerakan ditamatkan pada 28 April Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata prosedur operasi standard baru akan diperkenalkan dan orang ramai masih ...
Kita Serah Kepada Polis Untuk Ambil Tindakan Ismail Sabri Kata Polis Dah Terima Laporan Vip Ingkar Pkp

Kita Serah Kepada Polis Untuk Ambil Tindakan Ismail Sabri Kata Polis Dah Terima Laporan Vip Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 1017 hits
Polis telah menerima laporan berhubung tindakan beberapa orang kenamaan yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengadakan perjumpaan perkumpulan seperti yang tular di media sosial semalam Menteri Kanan Datuk Seri Ismail S...
Polis Terima Laporan Vip Ingkar Pkp Ismail Sabri

Polis Terima Laporan Vip Ingkar Pkp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 330 hits
Oleh Rohaniza Idris dan Farah Marshita Abdul PatahMenteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Polis menerima laporan dakwaan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan oleh beberapa orang kenamaan termasuk yang ada ja...
Boleh Pasang Internet Waktu Pkp Ismail Sabri

Boleh Pasang Internet Waktu Pkp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 319 hits
PUTRAJAYA 18 April Perkhidmatan pemasangan dan penyediaan Internet di kawasan kediaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan adalah dibenarkan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata sebelum pemasangan dilakukan di ru...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses

6 Bulan Sudah Berlalu

Kenapa Media Takut Sebut Gomo Kini Rapat Dengan Mahathir

Di Mana Letaknya Negeri Syam Sekarang

Influencer Marketing For Businesses