Bakeri Kegemaran Korea Tous Les Jours Buka Cawangan Baharu Di Sunway Pyramid Dan Sunway Velocity


Assalammualaikum semua! Tous Les Jours, jenama kebanggaan CJ Foodville, yang merupakan sebuah rangkaian kafe bakeri artisan terkenal kerana dedikasinya terhadap kesegaran dan kualiti telah membuka cawangan di Sunway Pyramid dan bakal membuka cawangan seterusnya di Sunway Velocity. Nama “Tous Les Jours,” yang bermaksud “Setiap Hari” dalam Bahasa Perancis, melambangkan falsafah jenama untuk menyediakan produk bakeri segar setiap hari kepada pelanggan. 
Tous Les Jours telah berkembang maju menjadi sebuah jenama diiktiraf global sejak ditubuhkan pada 1997, menyajikan nikmat kelazatan roti, pastri dan kek yang dimasak segar untuk pelanggan di seluruh dunia. Peminat sajian bakeri berinspirasikan Korea (K-bakeri) yang menambat selera di Malaysia pasti gembira untuk mendapat berita bahawa Tous Les Jours, kafe bakeri yang diiktiraf global, akan membuka dua cawangan baharu yang amat dinanti-nantikan. 
Kedua-dua pembukaan ini merupakan lokasi terawal yang dibuka di Malaysia berikutan termeterainya perjanjian francais induk dengan SEH Food, sebahagian daripada Stream Empire Holdings, pada bulan Januari 2025. Tous Les Jours sekali lagi akan menawarkan pilihan pastri, kek dan roti yang serba menarik di lokasi perdana Sunway Pyramid dan Sunway Velocity. 
BAKERI KEGEMARAN KOREA TOUS LES JOURS BUKA CAWANGAN BAHARU DI SUNWAY PYRAMID DAN SUNWAY VELOCITY

Tous Les Jous, yang bermaksud "Setiap Hari" dalam Bahasa Perancis, jelas menepati namanya dengan menawarkan pilihan sajian lazat yang dibuat khas dengan ramuan premium dan dibakar segar di dalam kafe setiap hari. Tidak lama lagi, rakyat Malaysia boleh menikmati daya tarikan unik jenama kegemaran ramai ini, yang diiktiraf secara meluas sebagai jenama K-bakeri terkemuka yang menggabungkan perisa kontemporari Korea dengan cita rasa tempatan.

Lokasi pertama daripada dua cawangan yang bakal membuka pintu dengan majlis pembukaan gilang-gemilang ialah di Sunway Pyramid yang menjadi tumpuan ramai pada 4 Jun 2025, diikuti oleh Sunway Velocity pada 14 Jun 2025. Lokasi strategik ini mendukung cita-cita Tous Les Jours untuk menetapkan jenama sebagai kafe bakeri premium pilihan utama di Malaysia, dengan memanfaatkan minat kukuh di negara ini terhadap budaya Korea dan juga selera orang ramai untuk menikmati pengalaman bakeri yang luar biasa.


Dari kiri ke kanan; Mr Robert Lim, Managing Director of Stream Empire Holdings, Mr Justin Lim, CEO of Stream Empire Holdings, Mr Jeong Soo Won, Region Head of Southeast Asia of CJ Foodville, Ms Choi Woon Hee, Head of Marketing of CJ Foodville dan Mr Kim Dae-Chul, Head of R&D of CJ Foodville
Apabila singgah di kafe bakeri Tous Les Jours, anda akan disambut serta-merta oleh aroma sajian bakeri segar yang memikat selera. Nikmati pelbagai jenis roti, yang dibuat khas berpandukan resipi asli, daripada roti Eropah klasik kepada pastri enak dan penambat hati menyelerakan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Untuk memperingati detik istimewa atau sebagai pengikat kasih, pilihlah pelbagai kek yang disediakan, sesuai untuk diberikan sebagai hadiah dan menyambut perayaan.

Cuba juga pelbagai hidangan manisan lazat, termasuk tart, roti manis dan potongan kek individu. Untuk pilihan yang mudah dibawa dan penuh berkhasiat khususnya bagi individu yang sibuk, Tous Les Jours menyediakan pelbagai sajian ringan termasuk roti ciptaan tersendiri, yang diisi dengan inti dan sayuran segar. Lengkapkan pengalaman menjamu selera anda dengan pilihan kopi beraroma dan minuman istimewa, yang disediakan teliti supaya serasi dinikmati dengan sajian yang manis mahupun yang berperisa di kafe bakeri ini. 

Jaclyn Tan, Ketua Pegawai Pemasaran Stream Empire Holdings, menyuarakan keghairahannya sambil berkata, "Kami amat teruja untuk membuka bukan satu tetapi dua cawangan Tous Les Jours baharu di Malaysia! Pembukaan sulung ini sejak pakatan kami diumumkan pada bulan Januari menunjukkan kesungguhan kami untuk berkongsi seni menyediakan sajian bakeri bercitarasakan Korea untuk anda semua. Setiap cawangan, di Sunway Pyramid dan Sunway Velocity, merupakan tempat di mana kami berusaha gigih untuk menghasilkan sajian bakeri yang segar dan benar-benar istimewa. Kami tidak sabar mahu menerima kunjungan pelanggan kami dan berkongsi pengalaman mesra dan menarik yang memang dikaitkan dengan Tous Les Jours."


Jeong Soo Won, Ketua Serantau Asia Tenggara CJ Foodville menambah, "Kami sukacita untuk melihat Tous Les Jours diperkenalkan semula kepada pasaran Malaysia yang pesat berkembang menerusi dua lokasi menarik ini. Kepantasan pembukaan kedua-dua cawangan ini membuktikan kekuatan kerjasama ini. Kami di CJ Foodville yakin bahawa rakyat Malaysia akan kembali menerima keunikan cita rasa dan pengalaman mesra yang memang dikaitkan dengan Tous Les Jours, dan kami gembira untuk menyokong peluasan operasi ini.”

Rakyat Malaysia dijemput untuk mencuba sendiri kelazatan produk bakeri yang dibakar segar setiap hari yang ditawarkan oleh Tous Les Jours. Catatkan pada kalendar anda tarikh majlis pembukaan gilang-gemilang, iaitu 4 Jun 2025 di Sunway Pyramid dan 14 Jun 2025 di Sunway Velocity dan bersiap sedia untuk mula menikmati cita rasa bakeri moden berinspirasikan Korea.

Untuk mengikuti perkembangan semasa dan tawaran terbaharu daripada Tous les Jours di Malaysia, layari @touslesjours_my di Instagram, Tous Les Jours MY di Facebook and touslesjours_my di Tik Tok


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/06/bakeri-kegemaran-korea-tous-les-jours.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Garis Panduan Baharu Untuk Guru Cikgu Bukan Selebriti Tiktok

Garis Panduan Baharu Untuk Guru Cikgu Bukan Selebriti Tiktok

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 122 hits
Nak jadi pendidik jagalah imej pendidik Itulah mesej tegas yang disampaikan Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini apabila mengumumkan garis panduan baharu yang menyentuh etika berpakaian dan penggunaan media sosial dalam kalangan guru Da...
Kereta Idaman Keluarga Petua Tips Beli Kereta Keluarga Baharu

Kereta Idaman Keluarga Petua Tips Beli Kereta Keluarga Baharu

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 169 hits
Membeli kereta keluarga baharu ni memang satu keputusan besar dan saya faham sangat perasaan bercampur baur tu Rasa teruja nak bawa balik kereta impian yang selesa untuk anak anak tapi dalam masa yang sama ada juga debaran nak pastikan pili...
Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 158 hits
Apple hari ini mengumumkan perubahan besar pada reka bentuk semua sistem operasinya menerusi satu pendekatan baharu yang dinamakan 8216 Liquid Glass 8217 Diperkenalkan serentak untuk iOS iPadOS macOS watchOS tvOS dan visionOS Liquid Glass m...
Whatsapp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu Emoji Animasi Pelekat Video

Whatsapp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu Emoji Animasi Pelekat Video

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 118 hits
WhatsApp hari ini mengumumkan sejumlah ciri baharu untuk bahagian Chat Panggilan dan Kemas Kini Chat Sembang Di bahagian Chat WhatsApp kini memperkenalkan emoji animasi yang memberi lebih warna dan gaya dalam perbualan Apabila pengguna berk...
Microsoft Sedang Uji Ciri Baharu Menu Start Windows 11

Microsoft Sedang Uji Ciri Baharu Menu Start Windows 11

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 109 hits
Microsoft kini sedang menguji satu ciri baharu dalam Windows 11 menerusi reka bentuk Menu Start yang lebih besar boleh menatal dan lebih mudah digunakan Dengan menu Start baharu ini pengguna tidak perlu lagi membuka halaman tambahan untuk m...
Muncul Lagi Varian Baharu Covid 19 Dah Merebak Ke 22 Negara Varian Ini Sedang Dipantau

Muncul Lagi Varian Baharu Covid 19 Dah Merebak Ke 22 Negara Varian Ini Sedang Dipantau

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 148 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini memberi tumpuan serius terhadap penularan satu lagi varian baru Covid 19 yang dinamakan NB 1 8 1 yang dilaporkan mula merebak ke beberapa negara termasuk di benua Eropah Asia Tenggara serta Amerika Utara da...
Jbl Lancar 2 Fon Kepala Baharu Khas Untuk Kanak Kanak Berumur 3 8 Tahun

Jbl Lancar 2 Fon Kepala Baharu Khas Untuk Kanak Kanak Berumur 3 8 Tahun

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 100 hits
JBL baru sahaja melancarkan tiga model fon kepala khas untuk kanak kanak dengan teknologi JBL Safe Sound generasi baharu Direka khas untuk telinga kecil fon kepala ini hadir dengan ciri had kekuatan bunyi dan masa mendengar laporan aktiviti...
India Bangunkan Bateri Ev Baharu 6 Minit Cas 3 000 Kitaran

India Bangunkan Bateri Ev Baharu 6 Minit Cas 3 000 Kitaran

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 121 hits
Bateri litium ion kini mendominasi industri kenderaan elektrik walaupun ia mahal dan sumber litium juga terhad dengan kebergantungan kepada negara negara luar yang memilikinya Tapi itu mungkin akan menjadi sejarah apabila saintis di Bengalu...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Ilmu Azan Hafazan

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Melawat Kebun

Undang Undang Rimba Tarik Kereta Sinar Harian 05 07 2025