Bake With Yen Superstore Syurga Buat Pembuat Roti Dan Pastri


BAKE WITH YEN SUPERSTORE SYURGA BUAT PEMBUAT ROTI DAN PASTRI | Assalammualaikum semua! Ramadan tiba! Ramadan tiba! Ramadan tiba! Marhaban Ya Ramadan! MasyaAllah hari ini kita menunaikan ibadah puasa. Semoga kita terus istiqomah untuk mengumpul sebanyak mungkin amal ibadah. 
Ruby gembira sangat ingin berkongsi tentang kenangan pada bulan Ramadan ni. Ia berkaitan juga dengan Bake With Yen (BWY). Pada bulan Ramadan, ibu Ruby akan berniaga kuih raya. Automatik oven di dapur ON! Hahaha. 
Ibu Ruby sentiasa membuka tempahan menjual kuih raya tradisi setiap tahun. Tetapi hanya untuk bulan Ramadan. Sebab ibu Ruby ada kerja tetap yang lain. Jadi, bulan Ramadan ada masa untuk membuat kuih raya. Bak kata orang "cari duit raya". Rezeki Allah maha s.w.t luas. 



Jadi, beberapa bulan sebelum Ramadan dah kumpul order dan seminggu sebelum Ramadan kami membeli bahan-bahan membuat kuih. Sudah semestinya kami ke Bake With Yen. Cawangan kegemaran mak mesti di Chow Kit. Selesai beli barang, selama 25 hari Ramadan kami menyediakan semua pesanan. Menyusun bahan ikut jenis kuih, membersihkan balang, menampal pelekat jenama, mula menguli bahan-bahan, membakat kuih dan menyusun ke dalam balang. Hari ke-25 Ramadan kami akan mula membuat penghantaran kepada semua pelanggan. 
Begitulah rutin kami sekeluarga. Ibu Ruby adalah ibu tunggal. Apa sahaja cara dia akan berusaha untuk mencari rezeki lebih. Selesai hantar semua kuih raya. Duit itu digunakan untuk pembelian bahan-bahan juadah pada Aidilfitri nanti. Pada kebiasaannya harga barang mentah melonjak naik harga. Alhamdulillah di BWY kami sekeluarga mampu menjana pendapatan. 
KEMPEN RAYA PENUH-PENUH BERSAMA BWYSelepas melalui pelbagai kawalan dan sekatan pergerakan selama dua tahun, rakyat Malaysia kini boleh meraikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah, seperti tahun-tahun sebelum ini kita boleh berbuka puasa bersama seisi keluarga, kembara merentasi sempadan untuk pulang ke kampung halaman dan paling utama dapat memasak dan menyediakan pelbagai juadah serta kuih-muih untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang. 



Memahami kepentingan ini, Rangkaian Pembekal Bahan Bakeri No. 1 di Malaysia, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia, khasnya baker atau individu yang membuat kek dan kuih untuk menikmati musim perayaan ini sepenuhnya dengan Kempen “Raya Penuh-Penuh” bersama Bake With Yen.


Inisiatif yang diadakan termasuk program “Jimat Penuh-Penuh” yang menawarkan barangan asas dan keperluan baking pada harga terendah di pasaran. Mengumumkan inisiatif Raya Penuh-Penuh di Superstore baharu BWY di Taman Tun Dr Ismail, Encik Alexandre Rosso yang bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat BWY.

Beliau, berkata, “Gabungan pandemik yang melanda dan impaknya terhadap rantaian bekalan global, kekurangan barang mentah dan tenaga kerja telah membawa kepada peningkatan harga barangan. Prihatin bahawa cabaran-cabaran ini memberi kesan terhadap perbelanjaan rakyat, BWY memanfaatkan skala besar yang ada padanya, serta hubungan baik yang terjalin dengan para vendor dan pengilang untuk memastikan harga barangan kekal pada harga mampu milik demi kepentingan pelanggan. 
“Dengan 90 cawangan kedai di seluruh negara yang menyediakan khidmat kepada segenap kumpulan baker, kami menggunakan skala ekonomi yang ada, serta kemudahan pengeluaran dan pembungkusan sendiri untuk memastikan harga barang kekal berpatutan. Ini merupakan cara kami untuk memberikan jaminan kepada bakers di seluruh Malaysia untuk terus menyediakan sajian kuih-muih terbaik kepada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan tanpa berkompromi terhadap kualiti. Seterusnya memastikan musim membuat kuih tanpa gelisah kepada semua sepanjang Ramadan ini serta sambutan Hari Raya kelak,” ujar Rosso. 




PROMOSI AUSICOWS BUTTER (UNSALTED / SALTED)Jenama yang mengambil bahagian dalam inisiatif BWY ini termasuk bahan buatan kesukaan ramai, antaranya Lurpak, Anchor, Oreo dan Nutella. Inisiatif harga ini juga melibatkan pengekalan harga 100 barangan asas dari produk keluaran jenama BWY sendiri serta mentega BWY yang terkenal, 1 blok Ausicows Butter, ditawarkan pada harga RM7.90 bagi 250g dan merupakan harga yang paling rendah di pasaran. Ausicows Butter turut dijual untuk 40 blok pada harga RM 315 sahaja. Berbaloi-baloi!


TEPUNG ADUNAN SEGERA BWY NASI LEMAK CRUNCHY COOKIEPada acara berkenaan, Rosso dan pasukan chef BWY telah memperkenalkan beberapa produk khas yang dikeluarkan dari rangkaian pembekal bahan bakeri, dengan tepung adunan segera unik iaitu “Nasi Lemak Crunchy Cookie''. 


Pra-campuran atau tepung adunan segera atau Premix ini sangat mudah disediakan. Nasi Lemak Crunchy Cookie merupakan produk ke-52 dalam pilihan pra-campuran kek dan biskut popular BWY dan diperkenalkan di pasaran bertepatan dengan musim Hari Raya ini. 

“Rakyat Malaysia amat menggemari nasi lemak, malah mereka boleh menikmatinya sepanjang hari! Chef-chef kami telah mendapat ilham daripada tabiat ini dan menjalani kajian untuk menerapkan keenakan rasa hidangan ini dalam bentuk biskut. Ramai ingin menikmati biskut ini lagi setelah merasainya,” kata Rosso. 



TUKAR JIMAT X INNOFOODSebagai tambahan pada promosi harga “Jimat Penuh-Penuh” dan pra-campuran Nasi Lemak Crunchy Cookie, inisiatif “Raya Penuh Penuh” BWY juga melibatkan “Tukar & Jimat”, satu kerjasama unik dengan penyedian kelengkapan dapur Innofood. Para baker yang ingin menaik taraf mesin pengadun mereka boleh mendapatkan mesin baharu pada harga diskaun dan potongan harga melalui pertukaran dengan mesin lama. 



Rosso berkata, kajian BWY mendapati kebanyakan pengusaha kek dan roti cuba untuk mendapatkan perkakasan yang lebih baik sebelum musim sibuk mereka. 

“Kami ingin membantu bakers dalam persekitaran semasa dan membolehkan mereka mendapatkan yang terbaik pada musim ini tanpa perlu risau akan kerosakan pada alatan yang digunakan atau perlu membuat kerja secara manual. Usaha sama dengan Innofood adalah satu lagi cara BWY mengambil berat terhadap keperluan pelanggan kami,” tambahnya. 
Elemen-elemen lain dalam inisiatif “Raya Penuh-Penuh” termasuk pemberian kurma dan sampul duit Raya secara percuma serta demonstrasi membuat kuih di cawangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ‘Raya Penuh-Penuh’, promosi semasa Bake With Yen dan pelbagai resipi mudah, kunjungi mana-mana daripada 90 cawangan BWY di seluruh negara. 
BAKE WITH YEN SUPERSTORE PERTAMAPertama kali memasuki cawangan pertama Bake With Yen Superstore, Ruby teruja dengan keluasan kedai, barang-barang yang banyak stok dan penjarakan di antara rak memudahkan wanita comel ini mengambil masa untuk membaca isi kandungan dan harga. Kadang kala Ruby ambil masa dengan mengira kos menggunakan kalkulator. Hahaha. Ruby dah plan, cawangan kegemaran yang Ruby akan kunjungi selalu adalah di sini. Yahoo!



MENGENAI BAKE WITH YENBake With Yen atau lebih dikenali sebagai BWY adalah rangkaian  pembekal barangan kek dan roti terkemuka dengan 90 cawangan kedai di seluruh negara. BWY merupakan usahawan dan jenama asli Malaysia. Kedai pertamanya dibuka pada tahun 1987 dan telah berkembang pesat sehingga kini.
Harapan BWY adalah untuk menyediakan pengalaman menyediakan roti dan kek yang mudah, menyeronokkan dan pada harga berpatutan kepada semua pelanggan. Jenama ini menyediakan keperluan lengkap kepada pelanggan, sama ada mereka pembuat roti dan kek profesional yang mencari ramuan-ramuan terbaik dari seluruh dunia atau mereka yang bekerja secara sambilan yang menginginkan bekalan barangan pada harga berpatutan atau juga individu yang gemar menyediakan juadah enak untuk keluarga dan rakan-rakan.
BWY menawarkan pilihan meluas melalui ramuan membuat kek dan roti, daripada produk-produk sejuk seperti mentega, susu dan keju, barangan keperluan seperti tepung, coklat, kekacang dan buah-buahan kering sehingga ke peralatan kelengkapan dan pembungkusan. 
BWY menyedari bahawa keupayaan untuk membuat kek dan roti adalah satu kemahiran kehidupan yang amat bernilai dan ia berharap untuk mendidik, membimbing dan menginspirasi generasi pembuat kek dan roti masa depan menerusi pelbagai inisiatif dan aktiviti yang dijalankan bersama chef-chef BWY. 
Bake With Yen Superstore
No.50-G (GF), 52-G (GF), 52-A (1ST FLOOR) & 54-G (GF), Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 9 Pagi - 8 Malam
BAKE WITH YEN | FACEBOOK | INSTAGRAM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/04/bake-with-yen-superstore-syurga-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadbury Bake Win With Cadbury Dairy Milk

Cadbury Bake Win With Cadbury Dairy Milk

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 200 hits
Cadbury Bake Win with Cadbury Dairy MilkSign Up Now To Win prizes worth up to RM20 000
A Dose Of Tony Roma S Famous Ribs With New Flavours This Ramadhan Season

A Dose Of Tony Roma S Famous Ribs With New Flavours This Ramadhan Season

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 223 hits
Juicy succulent and mouth watering meal this coming Ramadhan monthwith Tony Roma sIf you re in the mood for a juicy succulent and mouth watering meal this coming Ramadhan month has cooked up yet another amazing menu specially curated to cap...
Happyfresh Supports Malaysians Through The Pandemic With Better Deals And Employment Opportunities

Happyfresh Supports Malaysians Through The Pandemic With Better Deals And Employment Opportunities

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 130 hits
Measures to keep employees safe and well include hiring drives vaccination programmes and sanitisation practices Now offers same prices in store lower delivery fees and free delivery above RM200 Malaysia s Leading Online Grocery Delivery co...
Foodpanda Launches Pandapro For Malaysians With Great Promotions And Privileges

Foodpanda Launches Pandapro For Malaysians With Great Promotions And Privileges

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 152 hits
FOODPANDA LAUNCHES PANDAPRO FOR MALAYSIANS WITH GREAT PROMOTIONS AND PRIVILEGES FOODPANDA LAUNCHES PANDAPRO FOR MALAYSIANS WITH GREAT PROMOTIONS AND PRIVILEGES l In conjunction of Foodpanda 9th anniversary celebrations Foodpanda officially ...
Sony Fx3 Full Frame Camera With Cinematic Look

Sony Fx3 Full Frame Camera With Cinematic Look

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 170 hits
The Most Compact and Lightweight Cinema Line Camera and First Choice for Creators Who Strive for New Cinematic Freedom10 2 megapixel 1 full frame back illuminated CMOS Exmor R sensor and BIONZ XR image processing engineUltra high sensitivit...
Mcdonald S Malaysia Celebrates It S Annual Chinese Year With Senior Citizens

Mcdonald S Malaysia Celebrates It S Annual Chinese Year With Senior Citizens

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 133 hits
MCDONALD S MALAYSIA CELEBRATES CHINESE NEW YEAR TRUE MEANING OF PROSPERITY KUALA LUMPUR 11 February 2021 continues its annual tradition of reaching out to senior citizens at old folks homes nationwide in conjunction with the ushering in of ...
Share Some Love With Your Pets This Valentine S Day With Mars Petcare

Share Some Love With Your Pets This Valentine S Day With Mars Petcare

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 285 hits
MARS PETCAREVALENTINE S GIFT SETMake a date with your favourite Valentine this Valentine s Day Treat your fur babies to an ultimate date with special bundles from the Whiskas and Pedigree Official Stores on and MARS PETCARE also invites Mal...
Mcdonald S Malaysia Introduces Spicy Chicken With Apple Slices

Mcdonald S Malaysia Introduces Spicy Chicken With Apple Slices

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 168 hits
KUALA LUMPUR 8 February 2021 McDonald s Malaysia is introducing a new exciting menu offering with the launch of its all new Spicy Chicken with Apple Slices burger Sweet meets savoury in a delightful way for this limited edition burger that ...
Healthy Kids Meals With Haruplate

Healthy Kids Meals With Haruplate

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 156 hits
MY HaruPlate Masak Masak Bundle Will Satiate Even the Fussiest ToddlersParents often can t wait to share their favourite dishes with the little ones but unfortunately not all local dishes are created with kids in mind To help parents easily...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah