Bakal Pm Ke 8 Imejnya Tercemar Akibat Kekalahan Pkr Di Rantau Viralhancing


Rantau: Kekalahan yang memalukan bakal PM

Anwar hilang peluang untuk muncul sebagai pemimpin PH yang mampu mengalahkan gabungan Umno-PAS selepas DAP dan PPBM gagal di Cameron Highlands dan Semenyih.


Sebelum pilihan raya kecil (PRK) Rantau bermula, Presiden PKR Anwar Ibrahim menyeru orang ramai supaya menggunakan kemenangannya di Port Dickson sebagai ukuran untuk menentukan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) di Rantau selepas gabungan politik yang menerajui Putrajaya itu tewas dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih berturut-turut.

Sedihnya, bukan sahaja hasrat Anwar tidak kesampaian, malah PKR tewas di Rantau di tangan BN dengan majoriti lebih besar berbanding PPBM di Semenyih dan tanpa kehadiran Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad membantu kempen calonnya di situ.

Majoriti BN di Rantau sebanyak 4,510 undi atau 27.4% daripada jumlah pengundi yang mengundi adalah jauh lebih besar berbanding majoriti yang diperolehi olehnya di Semenyih, iaitu sekitar 1,914 undi atau 4% daripada jumlah pengundi yang mengundi.

BN melalui calonnya Mohamad Hasan mempertahankan kerusi DUN Rantau dengan majoriti selesa 4,510 undi. Beliau mendapat 10,397 undi untuk menewaskan pencabar terdekat daripada PH Dr S Streram yang memperolehi 5,887 undi.

Lebih menyedihkan ialah prestasi yang hambar ini berlaku di DUN Rantau yang merupakan kawasan campuran yang mempunyai hampir 45% pengundi bukan Islam berbanding Semenyih yang mempunyai kira-kira 31% pengundi bukan Islam.

Di DUN Rantau, 55.5% pengundi adalah orang Melayu, 18.5% pengundi Cina dan 26% pengundi India. Manakala di DUN Semenyih pula pengundi Melayu adalah sebanyak 67%, pengundi Cina 17% dan India 14%.
Perlu diingat bahawa Anwar berkempen di Rantau seolah-olah beliau yang bertanding, bukan Streram.

Bahkan ketika berkempen, Anwar turut berjanji bahawa beliau tidak akan melupakan rakyat DUN Rantau apabila diangkat sebagai perdana menteri ke-lapan nanti.

Mengapakah janji Anwar ini gagal menarik undi kepada PH? Sudah tentu ramai pengundi yang tidak melupakan rekod PH dalam menunaikan janjinya.

Kekalahan PKR di Rantau bermakna Anwar kehilangan peluang untuk muncul dan memposisikan dirinya sebagai pemimpin PH yang mempunyai kapasiti untuk mengalahkan gabungan Umno-PAS selepas DAP dan PPBM gagal di Cameron Highlands dan Semenyih.

Kekalahan lebih buruk PKR di Rantau berbanding PPBM di Semenyih juga secara tidak langsung membawa mesej kepada para pendokong PH bahawa mereka masih memerlukan Dr Mahathir Mohamad untuk terus memimpin.

Ini kerana tiada pimpinan PH yang lebih berupaya daripadanya untuk menghadapi gabungan politik Umno-PAS.

Kekalahan PKR juga akan menyebabkan moral pendokong PH terus berada dalam keadaan negatif.

Bahkan ada yang terus terbayang betapa kedudukan Anwar menjadi goyah dengan kekalahan ini.

Sebagai contoh, sejurus selepas habisnya PRK Rantau, pengarah pilihan raya PH Aminuddin Harun terus membuat deklarasi bahawa kekalahan itu tidak akan memakan diri Anwar atau menjejaskan masa depan politik mahupun kepimpinannya.

Apakah perlunya kenyataan ini sekiranya masa depan Anwar sebagai PM sudah terjamin?

Apakah mereka risau tentang persepsi yang bakal timbul dalam PH bahawa Anwar bukan solusi untuk menghadapi gabungan Umno-PAS dalam pilihan raya umum akan datang dan mereka memerlukan orang lain?

Kemenangan hatrik BN di Rantau selepas Cameron Highlands dan Semenyih mengesahkan bahawa kerjasama antara PAS dan Umno sangat berbisa dan boleh membawa padah kepada PH.

Oleh itu, tidak perlu hairan jika _PAS terus diserang, diejek, disindir dan ditekan supaya meninggalkan kerjasama dengan Umno.

Timmy Say
Seorang jurutera semikonduktor yang membenci sikap hipokrit yang melanda masyrakat hari ini.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.headbomb.net/2019/04/bakal-pm-ke-8-imejnya-tercemar-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekalahan Ph Di Rantau Isyarat Rakyat Tolak Politik Pak Pandir Kata Abdul Hadi

Kekalahan Ph Di Rantau Isyarat Rakyat Tolak Politik Pak Pandir Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 394 hits
Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan besar BN di DUN Rantau menunjukkan perkembangan positif ke arah agenda penyatuan ummah dan permuafakatan di kalangan parti parti pembangkang NGO dan tokoh berpengaruh...
Anwar Kekalahan Di Rantau Peringatan Buat Pemimpin Ph

Anwar Kekalahan Di Rantau Peringatan Buat Pemimpin Ph

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 344 hits
News Diterbitkan Hari ini 9 12 malamBiarpun menerima kekalahan pilihan raya kecil Rantau Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin PH akan kembali bangkit untuk mendapat sokongan rakyat selepas ini Katanya PH perlu menjadikan kekalahan tersebut seba...
Pkr Leader Why Did Pakatan Lose Rantau Cronyism Nepotism And Unfulfilled Pledges

Pkr Leader Why Did Pakatan Lose Rantau Cronyism Nepotism And Unfulfilled Pledges

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 239 hits
A PKR leader today claimed nepotism and cronyism within the government and unfulfilled promises were the reasons why Pakatan Harapan failed to win the Rantau seat In a statement today Seputeh division PKR leader P Ganapathy said that PH has...
Ahli Pkr Didakwa Jamu Pengundi Rantau Dipanggil Polis

Ahli Pkr Didakwa Jamu Pengundi Rantau Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 361 hits
Polis memanggil Ketua Komunikasi Pemuda PKR Wong Chun Yuan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan yang mengatakan PH melanggar peraturan pilihan raya dengan menjamu pengundi di Rantau Ketika dihubungi Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan...
Ph Kalah Teruk Di Rantau Bukan Bermakna Rakyat Akan Tolak Ph Pada Pru Akan Datang Kata Menteri Viralhancing

Ph Kalah Teruk Di Rantau Bukan Bermakna Rakyat Akan Tolak Ph Pada Pru Akan Datang Kata Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 371 hits
PULAU PINANG 14 April Kekalahan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau semalam tidak bermakna majoriti rakyat menolak kepemimpinan PH Sambil menerima keputusan itu dengan hati terbuka Setiausaha Agung Par...
Kekalahan Di Rantau Jadikan Anwar Bermasalah Kata Penganalisis

Kekalahan Di Rantau Jadikan Anwar Bermasalah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 652 hits
Kekalahan pada pilihan raya kecil Rantau menjadikan Presiden PKR Anwar Ibrahim bermasalah kerana ia menunjukkan pengundi bukan Melayu mula hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan menurut seorang penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff b...
Prk Rantau Pengundi Tidak Kenal Siapa Streram Viralhancing

Prk Rantau Pengundi Tidak Kenal Siapa Streram Viralhancing

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 318 hits
Rata rata pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau didapati tidak mengenali calon Pakatan Harapan Dr S Streram Hasil tinjauan Malaysia Gazette di Pusat Daerah Mengundi Rantau mendapati pengundi di sini tertanya tanya d...
Report Lodged Over Pkr Politician S Food Coupons In Rantau

Report Lodged Over Pkr Politician S Food Coupons In Rantau

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 267 hits
Michael Teo at an event to present food coupons to 300 children in Rantau SEREMBAN Independent candidate Malar Rajaram has urged the police to investigate a PKR politician who provided food coupons to underprivileged students in Rantau sayi...
3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Apakah Itu Sistem Bantuan Pemandu Dan Fungsinya

Tamago Kake Gohan



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Jamuan Saka Di Ruang Tamu

Puisi 35 Takdir

Raya Raya Raya 2024

Siput Serang Tanaman

Year Round Pool Fun Pool Place Easton Your Partner In Pool Maintenance

3 Lelaki Positif Dadah Ditahan Samun Pelajar Di Kolej