Bakal Haji Giliran 2020 2021 Diberi Keutamaan Tahun Depan Th


 Oleh Mohd Ridzwan Md. Iman
Gambar: Sufi/Shutterstock LEMBAGA Tabung Haji (TH) menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1442H/2021M selaras dengan keputusan Kerajaan Arab Saudi tiada jemaah negara luar, termasuk Malaysia dibenarkan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji tahun ini atas faktor keselamatan dan kesihatan.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, keputusan penangguhan dibuat setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuat pengumuman rasmi yang diperoleh dari Kerajaan Arab Saudi, semalam.
Mengenai kedudukan bakal haji, beliau berkata, bagi bakal haji yang diperuntukkan giliran haji mereka pada 2020 dan telah diberi keutamaan sebelum ini untuk menunaikan haji tahun ini, mereka sekarang akan diberi keutamaan untuk menunaikan fardu haji tahun depan.
“Manakala, bagi bakal haji yang gilirannya tahun ini (2021), mereka akan turut diberi peluang pada tahun 2022 tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Untuk ibadat haji tahun ini, kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi Musim Haji 1442H/2021M dihadkan hanya untuk warganegara Arab Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia.

Bagi rakyat Malaysia yang bermastautin di Arab Saudi, mereka boleh memohon melalui Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi untuk menunaikan haji tahun ini, tertakluk kepada kriteria pemilihan dan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Amrin berkata, walaupun TH sudah bersiap siaga dan membuat perancangan operasi haji sehingga ke saat akhir, TH menerima keputusan yang telah dibuat oleh pihak Arab Saudi dan Kerajaan Malaysia.
Katanya, keputusan penangguhan pemergian jemaah haji Malaysia tahun ini jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Arab Saudi yang mengambil berat aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia ekoran penularan wabak Covid-19.
“TH amat berterima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi yang sentiasa memberi kerjasama baik kepada Malaysia dan amat prihatin dalam urusan ibadat haji jemaah negara ini sejak dahulu,” menurut beliau.
“TH juga menyokong sepenuhnya keputusan yang diambil Kerajaan Malaysia dalam usaha membendung penularan jangkitan Covid-19 sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang lalu,” katanya.
TH menasihati umat Islam di Malaysia untuk tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menawarkan pakej haji dan badal haji bagi tahun ini dan memohon semua bakal haji untuk bersabar dan menerima keputusan ini dengan reda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/bakal-haji-giliran-2020-2021-diberi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arab Saudi Batasi Haji 2021 Untuk Warga Domestik Menag Fokus Persiapan Tahun Depan

Arab Saudi Batasi Haji 2021 Untuk Warga Domestik Menag Fokus Persiapan Tahun Depan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 249 hits
Pemerintah Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahwa skema haji 1442 H 2021 M hanya diizinkan untuk warga negara Saudi dan warga asing yang saat ini tinggal di sana
Calon Spm Dan Stpm 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bulan Depan

Calon Spm Dan Stpm 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bulan Depan

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 420 hits
Calon Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bulan Depan Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada sidang media diadakan Mel...
Dskp Tahun 4 2020 Semua Mata Pelajaran

Dskp Tahun 4 2020 Semua Mata Pelajaran

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 256 hits
Assalamualaikum WelcomeDapatkan DSKP semakan tahun 2017 untuk murid murid Tahun 4 untuk tahun 2020 Klik pada mata pelajaran untuk mendownload Semoga bermanfaat Jangan lupa share Terima KasihUntuk aktiviti PDPC PJK dan Matematik boleh juga j...
Biasiswa Jpa Permohonan Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman Tahun 2021 Kini Dibuka

Biasiswa Jpa Permohonan Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman Tahun 2021 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 524 hits
Bagi yang berminat JPA telah menawarkan Biasiswa JPA bagi mengikuti Program Khas Jepun Korea Perancis dan Jerman untuk tahun 2021 bagi calon calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2020 sebelum ini Tawaran ini adalah dalam ...
Situs Ppdb Lambat Disdik Dki Klaim Kapasitas Bandwidth Lebih Besar Dari Tahun 2020

Situs Ppdb Lambat Disdik Dki Klaim Kapasitas Bandwidth Lebih Besar Dari Tahun 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 301 hits
Keterlambatan ini bukan sebuah kesengajaan Kami berbulan bulan persiapan ini enggak main main dan kami sudah maksimal tapi kalau terjadi seperti ini mending kami cari solusinya ucapnya
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 1458 hits
Berita merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020 di seluruh negeri di Malaysia Ianya dapat menjadi panduan kepada semua kakitangan awam dalam merancang perbelanjaan setiap bulan dalam urusan seharian
Malaysia Mungkin Hantar 4 000 Bakal Jemaah Haji

Malaysia Mungkin Hantar 4 000 Bakal Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 322 hits
Oleh AMREE AHMAD DR Zulkifli Mohamad Al Bakri menerusi siaram Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 malam ini PUTRAJAYA Lembaga Tabung Haji berkemungkinan besar hanya menghantar sejumlah 4 000 bakal jemaah ke tanah suci Mekah bagi menunaikan iba...
Rpt Tahun 3 2020

Rpt Tahun 3 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 263 hits
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN TAHUN 3Selamat Datang Tahun 2020Semoga Tahun ini merupakan tahun yang memberi sinar baru dan segala impian sebelum ini dapat dicapai Selamat Mendownload
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

Bayam Merah

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Emas Sukan Dunia Hadiah Sempena Hari Kebangsaan Cheong Min

Bot Ronda Filipina Aibkan Tentera Laut China Yang Berlanggar Sesama Sendiri Semasa Mengusirnya