Baju Sekolah Murah
Alhamdulillah selamat sudah sesi persekolahan anak anak sesi 2023. rasa kejap je cuti sekolah kali ni. padahal tak ke mana mana pun. anak anak setiap minggu sleep over rumah mak ainul, minggu depannya rumah atok sebelah babah diaorang pulak. Benda kalau nak masuk sekolah ni baju sekolah murah la yang akan kita parents carikan. Ainul nak share port terbaru Ainul beli baju sekolah. harga not bad dan kualiti pun bagus.
Sebenarnya kebetulan ada nak cod barang di area Kuala Selangor. Pakcik ni dari bulan Jan beli set gastrik. sampai sekarang dah nak masuk 6 tong beli. dan kali ni untuk isterinya. Pakcik tu cakap isteri dia cakap pakcik tu nampak lebih bertenaga, happy ceria, sihat. ishhh tak bnoleh jadi so isteri dia pulak order. Jadi bila dah hantar ke sana cakap kat suami jom la kita bawa anak anak jalan jalan cari makan dan sambil tu beli baju sekolah. mungkin sana lagi murah kan.
Bila sampai kt sana, tak tau juga mana kedai yang jual. kami terjah je. pusing pusing terjumpa One Plaza Kuala Selangor ni dan terjumpa Pusat Fesyen KW ni. Bila masuk ada banyak baju sekolah. dan di sini jenama Cemerlang.
Baju Sekolah Murah? betul ke Murah?
Bagi Ainul kalau di bandingkan harga cemerlang ni dengan jenama macam Canggih, Bimbi dan beberapa jenama yang biasa beli, harga cemerlang ni agak murah dengan kualitinya yang agak baik. Kain elok. tebal tak nipis , kain licin yang elok. kenangan beli baju sekolah Maryam di Aeon Mall Shah Alam
Tips Jimat Beli Barang Sekolah Cara Saya
1.Listkan kan dulu
sebelum membeli, saya akan minta anak anak cari stokin, baju tudung, alat tulis semua kumpulkan. dan check sama ada barang tu masih boleh guna atau tak. bila kumpulkan ni baru tau stokin punya la banyak. tapi pasangannya takde huhuhu. masa ni cari pasangan masing masing. mana masih elok, ada pasangan boleh guna lagi lipat simpan elok elok. alat tulis pun macam tu. bila dikumpul banyak je pensel. ada yang belum pernah diasah pun. jadi bila dh kumpulkan cari, elok balik mana ok mana tidak. maka barulah kita listkan mana yang nak kena beli baru.
2. Beli awal sikit demi sedikit
dari dec, Jan kita dah boleh start beli sikit demi sikit. Selalunya hujung tahun akan ada promosi macam bag murah. lagi bag branded macam smiggle. Sales sempena Krismas ke kan. lagipun bag, alat tulis benda yang tak akan berubah. baju kain tudung je Ainul beli lambat sikit. yelah nanti tak muat pulak huhu . Anak anak cepat membesar. teringat anak sedara dia beli kasut sebulan awal sebab mak dia nak bersalin. Sekali hari pertama persekolahan kasut ketat. adoiii. dah la sekolah pagi. mana sempat nak cari. jadi baju kasut better lambat sikit beli. dan 2 ni yang agak banyak duit nak keluarkan
3. Jenama, kualiti
kasut, bag , baju antara yang Ainul kisah bab jenama ni. yelah nak yang berkualiti sikit tapi tak bermakna berjenama pun tahan lama kan. Kasut selalu pilih brand yang elok sikit. yelah sakit kaki kot nak jalan, naik tangga. spend la sikit pada yang berkualiti. macam alat tulis beli kat Kedai eco, Ninso je. Ada beberapa pensel, pensel warna macam jenama Luna beli yang elok. kalau beli kt kedai 2 hinggit hilang pun tak ralat sangat huhu. tapi bukan bermakna suka hati bagi hilang. bab ni memang pesan kt anak anak. harta benda kena jaga elok elok waluapun harga murah bukan bermakna kita ambil enteng taknak jaga elok elok.
macam bag, kasut berjenama. mahal la sikit tapi tahan lama dan bertahun guna elok lagi. Apapun ini bergantung pada pendapat, kewangan masing masing.
4. Tak wajib beli semua serentak
tak semua kita wajib beli serentak. Utamakan mana penting dulu. Macam baju kasut, tudung, buku buku anak tu wajib didahulukan. macam bag tu boleh tunggu next gaji ke baru beli. pakai bag apa ada dulu ke. ni kes untuk anak anak yang dah bersekolah la. kalau anak baru masuk darjah 1 nak taknak kenalah beli kan.
Kembali ke Sekolah Arreessa dan Maryam
kepada yang membaca blog saya ni, blog ni terhasil dari Arressa baby, Maryam lahir. kisah mereka je. pejam celik Arreessa dah tingkatan 1 dan Maryam tahun 3 . Kisah mengandung, melahirkan mereka, cerita saya menyusukan mereka dari lahir sampai 2 tahun lebih. Rindunya zaman mereka kecil. dah besar anak anak mama.
Doa Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah Dan Sebelum Anak Tidur
Kita sebagai seorang ibu bapa, pastinya inginkan yang terbaik untuk anak anak. Semuanya mahukan anak menjadi orang yang berguna untuk keluarga dan agama.
Macam mana cara untuk bacakan doa sebelum hantar anak ke sekolah atau cara bacakan doa untuk anak sebelum tidur? Caranya memang agak mudah kita nak buat.
Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat ini;
1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
2. Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
.
.
3. Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu
Bila kita baca makna ayat-ayat ni, memang agak mendalam maksudnya kan. Sebenarnya, secara tak langsung, kita turut berpesan pada diri sendiri.
Marilah kita sama-sama amalkan secara konsisten, InsyaAllah mudah-mudahan kita akan nampak hasilnya nanti. Jangan cepat berputus asa, semoga hasilnya manis kelak.
Apa apa, serahkan urusan kita pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
The post Baju Sekolah Murah appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/baju-sekolah-murah/