Baju Raya Dari Kebaya Ke Jubah


 

Kalau kita menonton filem P Ramlee kita akan mendapati para wanitanya ayu berkebaya. Ambil saja filem Madu Tiga. Perempuan Melayu pelbagai tangga usia begitu yakin berkebaya tetapi di pagi Raya sekarang, kebaya dianggap pakaian ‘antik’ dan jubah kelihatan lebih mudah dan selesa untuk disarung.
Jika kita merujuk iklan-iklan baju raya dalam talian yang banyak itu terdapat banyak pertandingan atau perlumbaan untuk merebut perhatian pelanggan. Akan tetapi bagaimana baju raya mengalami perubahan dan perkembangannya membawa ke hari ini dekad demi dekad?
Perihal busana berkait rapat dengan sejarah bangsa manusia. Pakaian juga dibincangkan sebagai ‘fesyen’. Pakar dan pengkaji fesyen Itali seperti Stefania Saviolo dan Salvo Testa berpandangan fesyen adalah bahagian daripada kehidupan, satu bentuk komunikasi, dan menggambarkan identiti.

Fesyen sangat ditentukan beberapa faktor seperti tujuan ia dikenakan, berkait keperluan pada masa atau musim tertentu. Hal tersebut mencorakkan produk, gaya, bahan, dan warna. Justeru fesyen sangat bergantung kepada ehwal persekitaran seperti iklim, keperibadian, demografi, psikografi, agama, dan macam-macam. Terdapat juga fesyen gila-gila yang mensetankan semua di atas kerana dianggap sebagai satu penyataan peribadi yang boleh menggambarkan orientasi seksual, identiti kepercayaan, keahlian dalam politik, atau kecenderungan estetika.
Dalam erti kata lain fesyen sangat dicangkuk trend semasa. Trend fesyen itu pula boleh berubah kerana sebab-musabab ekonomi, sebagai contoh revolusi industri dengan penggunaan mesin membawa perubahan dengan seni kepada baju yang dihasilkan secara banyak. Atau juga sebab landaan politik dan budaya di mana kita dapat melihat Iran sebelum Revolusi Islam 1979 banyak dipengaruhi ciri Barat, tetapi kemudiannya selepas itu para wanita mereka mengenakan cadur.
Satu hal lain ialah gaya dalam fesyen ini menurut Saviolo dan Testa akan berulang.
Menurut Muhammad Hisyam Zakaria, Asliza Aris, Norwani Md Nawawi, dan Nasaie Zainuddin dalam majalah mereka yang bertajuk “The Evolution of Men’s Fashion Trend on Malay Festival Costume ‘Baju Raya’ in Malaysia (1930-2017)”, terdapat evolusi baju raya dalam kalangan orang lelaki.
Dalam tempoh dekad 1930-an sehingga 1940-an umat Melayu berdepan dilema transisi budaya sama ada untuk merujuk Barat yang dipakej oleh segelintir pihak sebagai kemodenan, atau terus memegang kepada unsur tradisi. Kacukan dua pengaruh ini membawa kepada baju raya dengan sarung pelikat yang dipadankan dengan kasut kulit menggantikan capal, ketika tahun-tahun 1950-an. Segelintir pula pada 1958, mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga dengan kain pelikat di pagi raya selain menggantikan songkok dengan kopiah.
Dekad selepas itu juga menyaksikan baju raya ala Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman, di mana baju raya lelaki adalah baju Melayu dengan poket di atas itu diselitkan sapu tangan sebagai aksesori. Ia ternyata pengaruh Barat yang menyelitkan sapu tangan di saku atas pada sut atau jaket.
Perubahan baju raya menjadi lebih ketat dan mengikut potongan badan dalam tahun-tahun 1970-an dengan pengaruh stail militari (tahun-tahun itu adalah selepas Darurat). Saya masih ingat tahun-tahun 1970-an itu kebanyakan lelaki lebih kurus, sasa dan jarang-jarang sekali buncit atau menggeleber. Barangkali faktor pemakanan ketika itu juga sangat menentukan.
Dekad 1980-an pula baju raya lelaki sangat dipengaruhi oleh dua orang selebriti ini iaitu Sudirman dan Den Wahab yang dikatakan bertanggungjawab mempopularkan warna-warni berani untuk baju lelaki. Malah ketika ini jugalah idea ‘Baju Melayu Sedondon’ itu muncul dengan menserasikan baju, seluar, beserta samping dengan warna yang sama, atau beraneka.
Keinginan untuk meminjam budaya lain dalam tahun 2000 juga mendorong Baju Melayu ala Sam Foo. Pereka fesyen Zerry Zamri dalam tahun 2015 pula memperkenalkan zip pada baju Melayu lelaki dan terdapat kecenderungan mengenakan baju tersebut dengan jeans. Ketika ini juga baju Melayu, corak V yang mendedahkan bulu dada diketengahkan oleh Bernard Chandran.
Dalam kepelikan itu semua, landaan agama dekad 1980-an yang semakin kental membuatkan sebahagian besar kaum lelaki mula berubah ke jubah dan serban. Ia dianggap senang, kerana hanya perlu menyarungnya sahaja. Pengaruh masyhur al-Arqam ikut mengangkat trend ini.
Kemudahan urusan ke Timur Tengah khusus tanah suci mendorong perubahan ini turut berlaku. Juga kerana adanya percambahan diaspora Arab mutakhir di negara kita. Perlahan-lahan juga kita melihat kurta diperkenalkan sebagai baju raya yang menunjukkan fesyen kita ikut dipengaruhi gaya luar.
Kebelakangan ini era gagasan Melayu-Islam, kaum kanan dilihat memperkenalkan baju Melayu, ala pahlawan dan disertakan dengan tanjak. Walaupun kebanyakan mereka membelasah sahaja gaya setanjak itu tanpa mengetahui falsafah dan siapakah gerangan pemakainya, ia kini semakin popular khusus memberi indikasi cara pemikiran mereka yang memilih fesyen ini.
Untuk wanita, kebaya sebenarnya menghilang dari mata kita gara-gara Azah Aziz ketika Kongres Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada 1971 telah menyarankan agar kebaya digantikan dengan baju kurung dengan alasan ia menjolok mata, lebih sesuai budaya Jawa atau Indonesia, dan tidak mencirikan kebangsaan yang ketika itu diukur mesti berasaskan Melayu. Akibatnya Kurung Riau dan Pahang mendapat tempat menggantikan kebaya. Inilah punca kebaya semakin menghilang dari retina mata masyarakat.
Dengan landaan kebangkitan Islam pada tahun 1980-an besertakan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, kepala dan rambut perempuan Melayu semakin bertutup dan selendang digantikan tudung yang untuk sesetengah mereka agak labuh, berwarna muram, dan sungguh ringkas.
Dalam kalangan orang Melayu, baju raya juga selalunya mestilah baharu atau kelihatan baharu, justeru ada keinginan untuk berbeza (novelty) dan menciptakan yang membawa inovasi dan kreativiti yang kita saksikan hari ini.
Apa pun gerangan pemakainya, janganlah sampai bertelanjang di pagi raya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/baju-raya-dari-kebaya-ke-jubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Generations Of Dukut Maharajo Descendants Gather For Raya

6 Generations Of Dukut Maharajo Descendants Gather For Raya

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 344 hits
Descendants of Dukut Maharajo including Ahmad Faizal Azumu at the gathering today IPOH It was a meaningful Raya for the descendants of Dukut Maharajo and Halijah Awang who gathered for a reunion involving six generations of the family in Ka...
Ismail Sabri Luang Masa Temani Anak Yatim Asnaf Beli Baju Raya

Ismail Sabri Luang Masa Temani Anak Yatim Asnaf Beli Baju Raya

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 245 hits
Ismail Sabri Luang Masa Temani Anak Yatim Asnaf Beli Baju Raya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menemani 54 anak yatim dan asnaf di bawah tanggungannya membeli baju raya di pusat beli belah di sini Ismail Sabri yang t...
Pm Pakai Baju Bn Tinjau Prn Johor Satu Kesalahan P Raya Bersih

Pm Pakai Baju Bn Tinjau Prn Johor Satu Kesalahan P Raya Bersih

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 210 hits
nbsp BERITAAlyaa AlhajriDiterbitkan nbsp nbsp Mar 12 2022 5 40 PM PRN JOHOR nbsp Kehadiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meninjau proses pengundian berhampiran kawasan pusat mengundi hari ini merupakan satu bentuk kesalahan pilihan ra...
Neelofa Pu Riz Sambut Raya Sederhana Tak Banyak Beli Baju Bilal

Neelofa Pu Riz Sambut Raya Sederhana Tak Banyak Beli Baju Bilal

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 245 hits
PERTAMA kali bakal beraya sebagai ibu dan bapa pasangan selebriti Neelofa dan suaminya Pencetus Ummah Riz memberitahu mereka akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur sahaja Biarpun teruja dengan kehadiran putera sulung iaitu Muhammad Bilal...
Hiburan Tengok Iklan Lain Teruja Nak Ootd Raya Sekali Baju Sampai Dah Macam Pesakit Hospital Psikiatri

Hiburan Tengok Iklan Lain Teruja Nak Ootd Raya Sekali Baju Sampai Dah Macam Pesakit Hospital Psikiatri

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 227 hits
Menjelangnya hari lebaran pastinya ada cerita cerita lucu mengenai mereka yang tersilap membeli baju raya dan sebagainya Seperti satu perkongsian oleh seorang gadis ini dia ada mencuba sepasang baju raya yang terlihat cantik di iklan media ...
Pakaikan Awal Baju Raya Untuk Kakak Andai Dijemput Ilahi Ada Kenangannya

Pakaikan Awal Baju Raya Untuk Kakak Andai Dijemput Ilahi Ada Kenangannya

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 144 hits
Mungkin bagi orang lain kegembiraan menyambut Aidilfitri tak lama lagi masa yang ditunggu tunggu Namun bagi pasangan suami isteri ini mereka mengharapkan ada keajaiban buat anak sulung yang kini hanya mampu terlantar dalam keadaan lemah set...
Lelaki Maki Warga Emas Depan Khalayak Ramai Baju Raya Kotor Terkena Sisa Makanan

Lelaki Maki Warga Emas Depan Khalayak Ramai Baju Raya Kotor Terkena Sisa Makanan

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 144 hits
Semakin kurangnya adap kita kepada orang tua itulah antara luahan seorang wanita bernama Wiwi Eriana sewaktu menyaksikan gelagat seorang pelanggan dan seorang staf lewat usia di ruang makan pusat membeli belah Lelaki Maki Pakcik Sebab Baju ...
Kalau Aku Pakai Baju Raya Ni Confirm Buntang Mata Orang Kampung Tengok Ustaz Syamsul Debat

Kalau Aku Pakai Baju Raya Ni Confirm Buntang Mata Orang Kampung Tengok Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 187 hits
Kalau Aku Pakai Baju Raya Ni Confirm BUNTANG MATA Orang Kampung Tengok Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Hiburan Jangan Beli Individu Kongsi Senarai Scammer Jual Baju Raya Ada Yang Dah Terkena

Hiburan Jangan Beli Individu Kongsi Senarai Scammer Jual Baju Raya Ada Yang Dah Terkena

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 194 hits
Sebuah perkongsian daripada pengguna mungkin dapat membantu anda menjawab persoalan mengapa anda masih belum mendapat baju raya yang dibeli secara online di Instagram mahupun Facebook Individu ini telah mengumpul senarai scammer yang menjua...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan