Bajetkedah2020 Kedah Bentang Bajet Mesra Pelabur Beri Penekanan Kepada Petunjuk Keberhasilan Utama




AHAD (20.10.2019)

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah hari ini membentangkan Bajet bersifat mesra pelabur berteraskan enam fokus utama yang diyakini mampu memacu perkembangan ekonomi dan kesejahteraan negeri.

Menteri Besar, Dato' Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir berkata, dengan tema 'Bajet Berhemah, Bina Kemakmuran Bersama,', Bajet dibentangkan itu lebih memberi penekanan terhadap petunjuk keberhasilan utama (KRI) berbanding petunjuk prestasi utama (KPI).

"Tujuan bajet ini juga adalah untuk menggalakkan pelaburan di mana pendekatan diambil kerajaan negeri ketika ini, memberi kesan dan impak positif kepada keyakinan pelabur tempatan dan asing.

"Kalau prestasi dijadikan petunjuk utama, kita mungkin akan merasa gembira berbelanja 100 peratus walaupun apa yang dibelanjakan itu tidak memenuhi kehendak rakyat. Tetapi kini, keberhasilan setiap ringgit dibelanja perlu dipastikan menepati matlamat dengan tumpuan diberi kepada aspek pelaksanaan hasil," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membentangkan bajet tersebut di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Bajet tersebut berteraskan kepada enam fokus utama iaitu merancakkan ekonomi, pendidikan dan pembangunan insan sepadan keperluan pasaran, membina kemakmuran rakyat, melestarikan alam sekitar, mengimbangi pembangunan sosial serta tadbir urus yang berintegriti.

Mengulas lanjut Mukhriz berkata, pada tahun 2020, kerajaan negeri dianggarkan akan menerima hasil yang disatukan sebanyak RM701.94 juta dengan anggaran perbelanjaan mengurus mencecah RM759.49 juta.

"Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan kerajaan, bajet 2020 menganggarkan defisit berjumlah RM57.54 juta atau 8.2 peratus. Walaupun kita bajetkan defisit, namun seperti biasa apabila perbelanjaan dilakukan berhemah, biasanya defisit tidak akan berlaku dan dapat dikawal," katanya.

Tambahnya secara keseluruhan anggaran hasil bagi tahun 2020 adalah lebih rendah berbanding 2019 disebabkan dua faktor dengan yang pertamanya kerana anggaran sumbangan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikurangkan daripada RM15 juta kepada RM1.5 juta berdasarkan prestasi anak syarikat.

"Langkah ini bagi memberi ruang kepada mereka untuk memulihkan perniagaan. Kita juga akui GLC memberi sumbangan secara langsung kepada masyarakat melalui tanggungjawab sosial korporat ditetapkan kerajaan.


"Selain itu, dijangka akan berlaku pengurangan hasil hutan di mana kerajaan negeri mengambil keputusan untuk mengutamakan pengekalan kawasan tadahan air," katanya.

Mukhriz berkata, bagi menampung kekurangan itu, kerajaan negeri akan memfokuskan kepada tiga teras peningkatan hasil iaitu kutipan maksimum ke atas hasil patut kutip, menambah baik operasi prosedur standard (SOP) serta penerokaan hasil baharu.

Menurutnya, antara perancangan kerajaan negeri bagi memastikan kutipan hasil 2020 dicapai adalah, pengambil alihan jeti Pengkalan Gubir dan Kuala Labua di Hutan Simpan Ulu Muda, Pusat Pelancongan Sungai Sedim di Kulim serta Gunung Jerai di Yan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang akan mengenakan permit masuk hutan serta permit penggunaan kawasan.

Keduanya kata beliau, kerajaan negeri telah meluluskan semak semula kadar dikenakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri meliputi caj bayaran rawatan dan fi perkhidmatan termasuk penetapan harga jualan, hasil ternakan, produk ternakan, sewaan jentera serta peralatan.

"Bagi pentadbiran tanah, kutipan luar akan diperbanyakkan termasuk mengadakan kerjasama dengan PBT. Untuk menyelesaikan isu tunggakan cukai tanah yang berjumlah RM89.1 juta, kerajaan negeri bersetuju melaksanakan penguatkuasaan melalui pengeluaran notis tuntutan: tunggakan sewa (Borang 6A) kepada tuan punya tanah yang masih enggan menjelaskan tunggakan.

"Dalam masa sama, kerajaan akan melaksanakan penguatkuasaan terhadap papan iklan dan menara telekomunikasi yang dibina di atas simpanan jalan serta tanah-tanah kerajaan tanpa lesen. Kemudahan turut diberi kepada golongan pembayar cukai dengan mereka boleh melakukan pembayaran secara atas talian menggunakan 'Kedah payment Gateway' mulai Januari 2020," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan harapan agar semua Ahli Dewan menyokong tindakan tegas dalam penguatkusaan kutipan hasil negeri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2019/10/bajetkedah2020-kedah-bentang-bajet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengulungan Bajet Kedah 2020 Oleh Yab Dato Seri Utama Hj Mukhriz

Pengulungan Bajet Kedah 2020 Oleh Yab Dato Seri Utama Hj Mukhriz

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 593 hits
SIARAN LANGSUNG PENGULUNGAN BAJET KEDAH 2020 OLEH YAB DATO SERI UTAMA HJ MUKHRIZ MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN KALI KE 14
Empat Fokus Utama Dalam Bajet Terengganu 2020

Empat Fokus Utama Dalam Bajet Terengganu 2020

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 440 hits
KUALA TERENGGANU 9 Oktober Belanjawan Terengganu 2020 yang akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri berlangsung pada 24 hingga 28 November depan memberi fokus terhadap empat teras utama Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Samsu...
77 Intipati Belanjawan 2020 Bajet Negara Bertunjangkan Empas Teras Utama

77 Intipati Belanjawan 2020 Bajet Negara Bertunjangkan Empas Teras Utama

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 642 hits
KUALA LUMPUR 11 Okt Berikut ialah inti pati Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini Belanjawan 2020 yang bertemakan Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama deng...
Sidang Media Selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020

Sidang Media Selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 337 hits
Siaran Langsung Sidang Media selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020 oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir Menteri Besar Kedah
Sultan Kedah Bertitiah Yang Gabungannya Teras Utama Perpaduan

Sultan Kedah Bertitiah Yang Gabungannya Teras Utama Perpaduan

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 239 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pengubahsuaian Bajet 2016 Najib Razak

Pengubahsuaian Bajet 2016 Najib Razak

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 320 hits
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tentang Pengubahsuaian Bajet 2016 di PICC Putrajaya 28 Januari 2016 Pengubahsuaian Bajet 2016 turut tertakluk kepada perubahan yang berlaku di persekitaran ekonomi global Palin...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang