Bajet Dan Persediaan Majlis Tunang
assalamualaikum and hello lads! aku tak sangka sampai ke saat ini, Allah kurniakan aku jodoh di muka bumi ini. kalau korang kenal aku pada suatu masa dahulu, aku ni asyik 'meroyan' je bab mencari jodoh ni. sampai beberapa kawan jadi mangsa luahan hati aku. sampai rasa nak give up. dan akhirnya, si dia hadir dalam hidup aku. sebab tu orang kata jangan cepat sangat merungut kalau tak dapat something. tapi kejar dulu impian, bahagiakan hidup family. in shaa Allah, for those yang masih single, Allah will send you someone who will be perfect enough for you when and only when you are ready. gitu, dah jumpa senanglah cakap ye haha
photography by Nizar Faez StudioPersediaan Majlis Tunang
tapi for now, aku tak mahu lagi cerita bagaimana kami berjumpa, berkenalan and semua. aku nak share serba sedikit tentang bajet dan persediaan untuk majlis tunang. aku share ni bukan bermakna aku nak cakap majlis tunang aku paling sikit pakai duit! paling nampak mewah tapi under RM1k je! no no. aku cuma nak share sebagai rujukan korang untuk masa hadapan. mana tahu ada kurang aku, lebih pada korang.
majlis tunang kami diadakan di rumah keluargaku. jadi, banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk make sure majlis berjalan dengan lancar. antaranya termasuklah pelamin, katering, baju tunang dan sebagainya. tapi, alhamdulillah, majlis aku tak makan banyak duit sebab ada pakcik dan makcik yang sponsor serba sedikit. jadi, dalam bajet, mana yang aku potong tu maksudnya disponsor oleh saudara mara sendiri.
aku cadangkan, kalau nak beli bunga-bunga dan hiasan pelamin, better beli di Nilai 3 tu. lebih murah dan berbaloi. karpet shaggy pun mak aku beli online tapi kedainya terletak di Nilai. Beg doorgift aku beli online. murah sahaja tapi nice, boleh isi bunga telur, coklat, muffin dan air kotak. Mekap aku minta bestfriend buatkan. sebab dia memang pandai mekap. Fotografi pula aku gunakan khidmat sepupu sendiri. kalau korang berkenan, boleh cuba hubungi mereka atau layari facebook untuk tengok servis masing-masing especially yang nak buat majlis tunang atau majlis kahwin di area Subang, Shah Alam
Baju koleksi sendiri. Tak perlu beli lain dah. Baju by Hijabistahub
mommy and bakal mommy ❥
my bestfriend
Pelamin : direka khas oleh my beloved mommyBaju Tunang : HijabistahubBunga Tangan : Mommy and sisters Mekap : bestfriend, Hana
Katering : Megat (019-2542121)Sunless Canopy : Murad (013-4791340)Fotografi : Nizar Faez Studio Bunga Telur : Butik Airis Arissa
okay itu sahaja dari aku :) minta tolong doakan semoga semua dipermudahkan ye. terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.amysyeera.com/2019/05/bajet-dan-persediaan-majlis-tunang.html