Bajet Berak Tak Puas Mahfuz Bagai Dirasuk Hantu Zumba Ahmad Fadhli


MALAYSIA POST

AHLI Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memohon maaf kepada rakyat Pokok Sena kerana terpaksa memotong ucapan wakil rakyat mereka, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat semalam.
Ahmad Fadhli yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS berkata dalam ucapan Mahfuz semalam, beliau mendengar daripada awal banyak mengandungi ungkapan tidak sesuai digunakan di Dewan Rakyat.
“Hairan saya bagaimana seorang Ahli Parlimen yang senior seperti ini tiba-tiba seperti ‘hilang akal’ dirasuk hantu zumba bercakap tentang dirinya yang ‘sembelit’ dan ‘berak tak puas’.
“Jika sekali, mungkin boleh diterima, tapi jika berkali-kali, saya kira beliau ada masalah. Nak letak kiasan pun, pilih-pilihlah perkataan. Ini Dewan yang mulia, Datuk.
“Jadi saya mencelah mencadangkan supaya dia cari ubat sembelitnya yang mungkin mengganggu akal fikirannya.
“Sehingga disebut bahawa Ketua Dewan Ulama PAS mendoakan supaya Umno hancur, entah bila pula doa yang dimaksudkan tu, mungkin kerana sembelitnya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata beliau memohon maaf kepada pengundi di Parlimen Pokok Sena.
Katanya, jika Mahfuz gunakan ruang ucapan semalam untuk bercakap tentang kebajikan rakyat di kawasannya, projek-projek kebajikan untuk penduduk Pokok Sena yang sedang berdepan banjir, beliau mungkin tidak mencelah.
“Dan sebenarnya saya kurang gemar mencelah ucapan orang lain tanpa sebab yang munasabah.
“Sekali lagi, saya minta maaf kepada rakyat Pokok Sena. Dan, saya simpati sebenarnya,” katanya lagi.
Semalam Mahfuz menyifatkan Bajet 2022 dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 29 Oktober lalu sebagai ‘bajet sembelit’ dan ‘bajet berak tak puas’.
Mahfuz berkata, ini kerana hasil inti pati bajet yang dibentangkan itu jelas sekali tidak menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi negara.
“Bajet ini dibentangkan sebagaimana kejadian yang berlaku pada diri saya pagi tadi (Isnin), bila saya buang air besar saya tidak puas. Jadi ada masalah penyakit yang dihadapi oleh saya iaitu sembelit. Jadi saya menganggap bajet ini adalah bajet sembelit.
“Kita dapat lihat bahawa ia (Bajet 2022) tidak menyelesaikan masalah penyakit kritikal yang berlaku dalam urus tadbir, tatakelola dalam negara kita,” katanya. – Malaysiapost


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/bajet-berak-tak-puas-mahfuz-bagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hero Tentang Arak Menang Ahmad Fadhli Berjaya Kalahkan Khalil Yahya Menang Besar Pemilihan Jawatan Ketua Pemuda Pas

Hero Tentang Arak Menang Ahmad Fadhli Berjaya Kalahkan Khalil Yahya Menang Besar Pemilihan Jawatan Ketua Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 319 hits
NOVEMBER 1 2021 Bekas timbalan ketua pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari dipilih menerajui kepimpinan DPPP bagi menggantikan Khairil Nizam Khirudin Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman mengu...
Bajet 2022 Doktor Kontrak Ancam Mogok Kedua Tak Puas Hati Pengumuman Kerajaan

Bajet 2022 Doktor Kontrak Ancam Mogok Kedua Tak Puas Hati Pengumuman Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 374 hits
November 2 2021 Jurucakap Hartal Doktor Kontrak Dr Mustapha Kamal berkata mendakwa dipergunakan kerajaan ketika pandemik PETALING JAYA Kerajaan diberi tempoh sebulan untuk menangani isu berbangkit berhubung pelantikan ke jawatan tetap memba...
Ahmad Fadhli Terajui Pemuda Pas Penggal 2021 2023

Ahmad Fadhli Terajui Pemuda Pas Penggal 2021 2023

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 381 hits
Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat PETALING JAYA Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari diumumkan sebagai Ketua Pemuda PAS yang baharu bagi penggal 2021 hingga 2023 ...
Perikatan Yang Ekstrem Bukan Serangan Terhadap Bn Ahmad Fadhli

Perikatan Yang Ekstrem Bukan Serangan Terhadap Bn Ahmad Fadhli

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 308 hits
MALAYSIA POST ISTILAH melawan perikatan yang ekstrem disebut oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukanlah bermaksud serangan terhadap Barisan Nasional kata Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir ...
Rumpai Laut Menyerupai Hantu

Rumpai Laut Menyerupai Hantu

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 330 hits
Rumpai laut menyerupai hantu di Pantai Newry Kemunculan beberapa makhluk aneh yang kelihatan seperti hantu di Pantai Newry mencetuskan kegemparan dalam kalangan penduduk di kawasan itu Lapor The Sun makhluk halus umpama figura manusia yang ...
Penjelasan Jpkk Banggol Peradong Tentang Tular Video Hantu Dalam Masjid

Penjelasan Jpkk Banggol Peradong Tentang Tular Video Hantu Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 581 hits
KUALA TERENGGANU KIip video memaparkan seorang wanita mengenakan pakaian serba putih berIegar Iegar di ruang soIat di Masjid Jamek Kampung BanggoI Peradong di sini yang tuIar sejak minggu ini disahkan sekadar gurauan semata mata Pengerusi J...
Ditindih Hantu Ketika Tidur Ini Puncanya

Ditindih Hantu Ketika Tidur Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 261 hits
Ditindih Hantu Ketika Tidur Ini Puncanya Malam tadi aku kena tindih hantu Tapi aku tak nampak hantu tu cuma rasa badannya menghempap aku terlalu berat Aku nak bangun tak boleh aku menjerit tak keluar suara aku ingin membaca ayat suci al Qur...
Cara Ubati Terkena Pokok Rengas Dan Mitos Si Rengas Kayu Hantu

Cara Ubati Terkena Pokok Rengas Dan Mitos Si Rengas Kayu Hantu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 1140 hits
Anda biasa terkena bisa pokok rengas Atau masih tercari cari cara ubati terkena pokok rengas Bahaya bahaya itu yang biasa kedengaran di halwa telinga akan cerita si pokok rengas ni Mari kita kenali dulu pokok rengas Nama Melayu Pokok Rengas...
Imej Hantu Pocong Dirakam Di Jambatan Ke 2 Pulau Pinang

Imej Hantu Pocong Dirakam Di Jambatan Ke 2 Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 274 hits
Selepas insiden cubaan membunuh diri oleh anak saudara kepada seorang timbalan menteri kini dua keping gambar imej hantu pocong telah berjaya dirakam di jambatan kedua Pulau Pinang Daripada imej imej yang disebarkan satu bayangan berwarna p...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia