Bajet Alternatif Bn Kembalikan Gst Dengan 3



KUALA LUMPUR: Sempena pembentangan Bajet 2019 esok, Barisan Nasional (BN) selaku pembangkang mengemukakan beberapa cadangan yang dipanggil “Inisiatif Ekonomi Rakyat”.Menurut Menteri Kewangan bayangan BN, Khairy Jamaluddin, antara inisiatif yang dicadangkan adalah mengembalikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar 3%.Ia antara 9 hasil cukai yang dicadangkan oleh BN. Daripada 9, 6 daripadanya kutipan hasil cukai baharu antaranya cukai soda, cukai karbon, cukai beg plastik, cukai tobin, cukai remit dan cukai kekayaan.“BN mencadangkan pengenalan semula GST pada kadar 3%. Cukai GST yang lebih telus dan cekap akan diperkenalkan semula dengan kadar lebih rendah dan jumlah senarai barangan dikecualikan lebih banyak.“Jumlah hasil dijangka adalah sama dengan jumlah kutipan di bawah SST,” katanya dalam perbentangan bajet alternatif BN itu di Parlimen, hari ini.Khairy berkata dengan pelaksanaan kembali GST, ia dapat mengurangkan pasaran gelap yang berpunca daripada pengelak pembayar cukai.Dalam pada itu, bekas timbalan menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata GST mampu mengurangkan pasaran gelap berjumlah RM20 bilion.“Pendapatan GST 3% adalah RM22 bilion, dan anggaran kita secara tak langsung selamatkan RM20 bilion. Maka jumlah pendapatan bertambah kepada RM42 bilion,” katanya kepada media ketika diminta mengulas lanjut mengenai pasaran gelap.Jumlah kutipan hasil GST ketika ia diperkenalkan pada kadar 6% berjumlah RM42 bilion. Ini bermakna di bawah kadar 3% jumlah kutipan GST dianggarkan RM21 bilion.Selain itu, Khairy berkata BN akan meneruskan kembali projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) bagi menjana peluang pekerjaan dan memastikan wilayah di luar Kuala Lumpur menerima pembangunan yang setara.Bertemakan “Merancakkan pembangunan, meningkatkan pengagihan, kalis masa depan”, antara 8 lagi fokus cukai pendapatan baharu BN ialah:1. Penstrukturan levi pekerja asingMenstruktur semula bayaran levi pekerja asing yang dikenakan dengan menaikkan pada kadar yang munasabah bagi setiap sektor dan industri. Penstrukturan ini diharap mampu membantu negara mencapai matlamat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing pada masa depan tanpa terlalu menjejaskan kos majikan.2. Caj remitCaj remit akan dikenakan ke atas kiriman wang ke luar negara oleh pekerja asing di negara ini. Data rasmi menunjukkan RM34.75 billion wang dikirimkan pekerja asing di negara ini pada 2015.3. Cukai sodaSejumlah 10.76 gram gula diambil menerusi minuman soda setiap hari atau bersamaan 1.3 juta liter minuman soda setiap tahun. Cukai ini dikenakan pada kadar RM0.25 bagi setiap liter minuman soda.4. Cukai karbonCaj RM10 bagi setiap tan metrik kepada kilang industri yang mengeluarkan gas rumah hijau sekurang-kurangnya 25,000 tan metrik. Industri di Malaysia dianggar mengeluarkan gas rumah hijau sebanyak 256 juta tan metrik setahun dan dijangka sebanyak 70% daripada pemain industri akan terkesan dengan cukai ini.5. Cukai beg plastikDianggarkan sejumlah 9.72 bilion beg plastik digunakan oleh rakyat Malaysia setahun. Menerusi caj RM0.20 yang dikenakan ke atas pelanggan ketika ini, sebanyak RM0.15 akan dikutip sebagai cukai beg plastik. Jumlah hasil yang boleh diperolehi kerajaan menerusi cukai ini adalah sebanyak RM1.46 bilion.6. Cukai kekayaanMengenakan cukai kekayaan terhadap individu yang mempunyai harta terkumpul tahunan melebihi RM10 juta sama ada melalui gaji, elaun, hartanah atau hasil pelaburan.7. Cukai tobinMemperkenalkan cukai tobin yang dikenakan ke atas transaksi saham jangka masa pendek bagi mengawal spekulasi yang boleh memberi risiko ketidaktentuan pasaran saham.8. Penstrukturan semula cukai pendapatan individuMembuat penstrukturan ke atas banjaran sedia ada cukai pendapatan individu dengan pengenalan kategori pendapatan RM350,000 ke atas dan RM500,000 ke atas. - Fmt

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/celahgelegarblogspotcom/~3/6XJCCRUcwys/bajet-alternatif-bn-kembalikan-gst.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Kembalikan Semula Gst Dengan Kadar 3 Dalam Belanjawan Bayangan 2019

Bn Kembalikan Semula Gst Dengan Kadar 3 Dalam Belanjawan Bayangan 2019

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 587 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional hari ini membentangkan Inisiatif Ekonomi Rakyat satu belanjawan bayangan 2019 yang antara lain mencadangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dikembalikan pada kadar tiga peratus Bentang Belanjawan BN 2019Pengeru...
Water Heater Bajet Di Kajang

Water Heater Bajet Di Kajang

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 217 hits
Assalam salam sejahtera semua pembaca manisya peria untuk entri kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan pembelian pemanas air di kajang nak kata murah tu xde lah murah pon tapi still lagi mampu milik lah kan admin ade survey banyak k...
Bajet 2019 Beri Petunjuk Baharu Hala Tuju Kerajaan

Bajet 2019 Beri Petunjuk Baharu Hala Tuju Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 391 hits
Pembentangan Bajet 2019 pada bulan depan akan memberi petunjuk jelas serta lengkap kepada para pelabur mengenai hala tuju kerajaan dalam perancangan pembangunan ekonomi untuk tempoh setahun akan datang kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonom...
Apakah Cukai Digital Di Dalam Bajet 2019 Dan Kenapa Anda Perlu Ambil Tahu

Apakah Cukai Digital Di Dalam Bajet 2019 Dan Kenapa Anda Perlu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 582 hits
Bajet 2019 yang bakal berlangsung pada 2 November ini amat penting bagi menunjukkan hala tuju negara ini malah ia juga menunjukkan hala tuju sokongan dan perkembangan sektor digital di Malaysia Ia telah dipastikan oleh ahli ekonomi dan peme...
Bajet 2019 Apakah Harapan Rakyat

Bajet 2019 Apakah Harapan Rakyat

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 417 hits
Bajet 2019 akan dibentangkan di Parlimen pada 2 november depan Ini adalah pembentangan bajet pertama kali oleh kerajaan Pakatan Harapan sejar mengambil alih tampuk pemerintahan Mei lalu
Alternatif Kepada Batuk Selsema Sakit Kepala

Alternatif Kepada Batuk Selsema Sakit Kepala

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 898 hits
Kali ni Kak Nur diuji dengan batuk selsema dan sakit kepala Dah lama dah sebenarnya tak diuji dengan batuk selsema yang agak teruk begini Alhamdulillah kifarah sebagai penghapus dosa dosa kecil kita Heeee selalunya jarang juga kak Nur makan...
Penginapan Bajet Murah Di Tanah Tinggi Cameron

Penginapan Bajet Murah Di Tanah Tinggi Cameron

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 1188 hits
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang Malaysia Cameron Highland terletak setinggi 1 829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10 C hingga 20 C Cameron Highlands mul...
Bajet Pakatan Harapan 2018 Hanya Sekadar Janji Janji Manis Dari Azmin Sahaja Najibrazak

Bajet Pakatan Harapan 2018 Hanya Sekadar Janji Janji Manis Dari Azmin Sahaja Najibrazak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 470 hits
Bajet yang dibuat oleh pihak pembangkang boleh dikatakan bajet yang tidak bertanggungjawab kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan merumuskan bahawa bajet puak Alternatif merupakan bajet yang tidak realistik s...
Bajet 2019 Pm Minta Rakyat Berkorban Sikit

Bajet 2019 Pm Minta Rakyat Berkorban Sikit

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 334 hits
The ReporterPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat berkorban sedikit bagi melaksanakan Bajet 2019 kerana prestasi kewangan negara tidak begitu mengizinkan untuk beberapa perkara Mahathir mendakwa kerajaan Barisan Nasional se...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat