Bajet 2020 Seiringkan Pembangunan Spiritual Dan Fizikal



KUALA TERENGGANU, 26 November- Bajet Terengganu 2020 yang bertemakan “Membina Generasi Terengganu Sejahtera”, diharapkan mampu membawa seluruh rakyat negeri ini kepada penghayatan syariat Islam, kecintaan terhadap al-Quran dan pengembangan dakwah Islam yang lebih tersusun seiring pembangunan fizikal negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, ianya sejajar dengan enam inisiatif yang dibentangkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dibawah teras empat iaitu 'Melestarikan Kehidupan Sejahtera'.

"Dalam usaha membina generasi yang sejahtera, strategi pertama kerajaan negeri adalah dengan menyediakan sistem sokongan keluarga.

"Ini kerana, cabaran yang ada dalam mana-mana institusi keluarga adalah dalam mengimbangi keperluan hidup dan pengurusan keluarga yang berkualiti, ketidakupayaan dalam mengendalikan urusan kekeluargaan ini akan membawa kepada suatu keadaan yang tidak harmoni," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Bajet 2020 di Wisma Darul Iman, semalam.

Katanya, keputusan untuk meneruskan pemberian bantuan pakaian dan alatan sekolah kepada para pelajar dengan peruntukan sebanyak RM10 juta adalah satu bentuk sokongan dari pihak kerajaan negeri kepada rakyat dalam mengharungi keperitan hidup di masa ini.

Sementara itu, strategi kedua iaitu menitikberatkan penjagaan kebersihan dan kesihatan pula dilihat amat penting kerana Negeri Terengganu ini amat kaya dengan sumber alam semulajadi yang menjadi tarikan para pelancong samada dari dalam ataupun dari luar Negara.

"Mengekalkan kebersihan adalah satu cabaran yang memerlukan komitmen bersama diantara pihak kerajaan dan rakyat.

"Bagaimana kita di pihak kerajaan pada hari ini begitu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menjaga kebersihan di negeri ini namun sekiranya usaha ini tidak diturut sertakan bersama masyarakat, maka ianya akan menjadi usaha yang sukar.

"Kita merasa bangga sebenarnya apabila tandas awam Rantau Abang di negeri ini telah dinobatkan sebagai Tandas Terbaik dalam kategori Asean Best Toilet Standard 2019 – 2021, bersempena dengan Forum Pelancongan Asean 2019 yang diadakan di Ha Long City, Vietnam baru-baru ini," katanya.

Alias berkata, menyediakan kediaman mampu milik untuk rakyat yang menjadi strategi ketiga pula antara perkara yang menjadi fokus utama kerajaan negeri bagi membantu rakyat di negeri ini untuk memiliki kediaman sendiri.

"Saya amat menyokong projek pembinaan rumah mampu milik yang dibentangkan oleh Menteri Besar dengan menyasarkan keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Umum mengetahui bahawa kos membina unit-unit kediaman ini akan menelan belanja yang besar dan kerana itu kita melihat kerajaan negeri telah membuka peluang baharu kepada para pelabur dengan dasar perumahan yang baharu dengan menyasarkan 4000 unit rumah mampu milik akan dibina melalui kerjasama kerajaan dan swasta ini.

"Kita juga berharap agar kerajaan negeri boleh merancakkan lagi usaha pembinaan ini kepada kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai tapak projek perumahan yang sedia ada di negeri ini," ujarnya.

Strategi keempat iaitu menjamin kebahagiaan keluarga pula menurutnya, telah diterjemahkan melalui program walimatulurus perdana yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

 "Ianya sangat membantu ahli masyarakat yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, dan yang terkini pembukaan program ini kepada golongan bapa dan ibu tunggal pada belanjawan 2020 kali ini sungguh dilihat istimewa," jelasnya.

Beliau berkata, strategi ke lima dengan mengupayakan pelbagai segmen masyarakat merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk memperkasakan perpaduan rakyat melalui program berbentuk komuniti dan mengupayakan rakyat dengan bantuan seperti skim keselamatan sosial pemandu teksi, Tabung Darul Iman dan sebagainya.

"Perlu juga kiranya dilihat kembali kepada pembangunan ekonomi rakyat agar kemampuan untuk mereka berdikari dan menjana pendapatan dapat ditingkatkan.

"Contohnya program pembuangan tukun di kawasan-kawasan tangkapan ikan perlu diperhebatkan," ujarnya.

Alias berkata, apa yang dibentangkan Menteri Besar dalam belanjawan kali ini mampu memberi impak yang positif kepada khalayak terhadap penambahbaikkan yang bakal dibuat oleh kerajaan bagi keselesaan rakyat di negeri ini.

"Pertambahan penduduk terutama di kawasan-kawasan luar bandar perlu juga diambil kira keperluannya.

"Bekalan air terawat, tenaga elektrik, rangkaian telefon dan jalan perhubungan desa perlu juga direncanakan dengan seimbang oleh pihak kerajaan negeri sebagai fokus bagi memberi keselesaan bersama diantara penduduk bandar dan luar bandar," tambahnya.





Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/bajet-2020-seiringkan-pembangunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2020 Rm17 5 Juta Bina Empat Masjid Baharu

Bajet 2020 Rm17 5 Juta Bina Empat Masjid Baharu

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 291 hits
KUALA TERENGGANU 24 November Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM17 5 juta bagi membina empat buah masjid baharu di beberapa lokasi terpilih seluruh Terengganu Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia bagi mengimarah...
Bajet 2020 Rm1 832 Bilion Untuk Terengganu

Bajet 2020 Rm1 832 Bilion Untuk Terengganu

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 302 hits
KUALA TERENGGANU 24 November Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM1 832 bilion untuk Bajet 2020 yang bertemakan Membina Generasi Terengganu Sejahtera Pada pembentangan bajet kali ini Terengganu menganggarkan hasil sebanyak RM1 666 bilio...
Bajet 2020 Peruntuk Rm14 5 Juta Bagi Rancakkan Pelancongan Dan Kebudayaan

Bajet 2020 Peruntuk Rm14 5 Juta Bagi Rancakkan Pelancongan Dan Kebudayaan

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 221 hits
KUALA TERENGGANU 24 November Kerajaan negeri memperuntukkan RM14 5 juta bagi merancakkan sektor pelancongan dan kebudayaan di Terengganu yang terkenal dengan anugerah khazanah alam semulajadi Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar...
Banyak Gula Gula Untuk Sabah Dan Sarawak Dalam Bajet 2020

Banyak Gula Gula Untuk Sabah Dan Sarawak Dalam Bajet 2020

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 318 hits
Gambar BernamaKUALA LUMPUR 11 Okt Kerajaan Pakatan Harapan terus komited mengutamakan keperluan Sabah dan Sarawak melalui pelbagai goodies untuk kedua dua negeri itu menerusi Belanjawan 2020 yang dibentangkan hari ini Menteri Kewangan Lim G...
Mural By The One Academy

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Pulanglah Wahai Sahabat

Things To Ponder Self Reflection 7

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

In Los Angeles Hotels Become A Refuge For Fire Evacuees


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengandung Di Usia 40 An Bahaya Ke Tak

Hongkong456 Hongkong456 Co 30 2568 Pgslot Casino Online Hongkong456 Top 39 By Georgetta

Mangsa Banjir Johor Melonjak Lagi 5 Daerah Terjejas

Letupan Misteri Di Seri Kembangan Polis Tak Terima Laporan

Najib S Addendum Sent Back To Istana After Change Of Agong Says Pm

The System Is Rigged And Other Truths We D Rather Ignore