Bajet 2020 Rm1 832 Bilion Untuk Terengganu




KUALA TERENGGANU, 24 November - Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM1.832 bilion untuk Bajet 2020 yang bertemakan 'Membina Generasi Terengganu Sejahtera'.

Pada pembentangan bajet kali ini, Terengganu menganggarkan hasil sebanyak RM1.666 bilion sekali gus menjadikanya sebagai bajet defisit iaitu sebanyak 10 peratus (RM166 juta).

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi bajet tahun depan, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan sebanyak RM1.832 bilion ringgit untuk perbelanjaan mengurus, diikuti RM700 juta untuk pembangunan dan RM1.63 juta untuk Kumpulan Wang Bekalan Air.

Sementara itu, pendapatan daripada hasil cukai adalah sebanyak RM66.93 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM170.37 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM1.43 billion.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 85.41 peratus adalah daripada pemberian Kerajaan Pusat.

"Di bawah perbelanjaan mengurus, sebanyak RM86.83 juta ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan tanggungan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang dan sejumlah RM1.745 bilion ringgit untuk perbelanjaan bekalan.

"Manakala di bawah perbelanjaan bekalan pula sebanyak RM277.59 juta untuk emolumen, RM207.15 juta untuk perkhidmatan dan bekalan, RM28.52 juta untuk aset, RM1.23 billion diperuntukkan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM1.16 juta untuk lain-lain perbelanjaan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, di bawah komponen pemberian dan kenaan bayaran tetap, sebanyak RM500 juta akan dicarumkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan baki menampung baki semasa sehingga 31 Oktober 2019 iaitu berjumlah RM671 juta.

Tambahnya, sejumlah RM215 juta juga akan diperuntukkan bagi pemberian kepada Pihak Berkuasa Tempatan,  Badan Berkanun dan pelbagai agensi, RM145 juta kepada jabatan-jabatan kerajaan dan RM370 juta bagi pelbagai program di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Vot B32- Pelbagai Perkhidmatan.

"Dari segi perbelanjaan pembangunan, sebanyak RM618.49 juta (88 peratus) diperuntukkan untuk pembangunan sosial, RM40 juta(enam peratus) untuk pentadbiran dan sebanyak RM41.6 juta ( enam peratus) untuk ekonomi," katanya lagi.

Beliau juga berkata, belanjawan ini akan didokong oleh lima teras utama dan diperkukuhkan dengan 25 strategi dan 134 inisiatif.



Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/bajet-2020-rm1832-bilion-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2020 Ucapan Penuh Belanjawan 2020 Membina Generasi Terengganu Sejahtera

Bajet 2020 Ucapan Penuh Belanjawan 2020 Membina Generasi Terengganu Sejahtera

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 349 hits
UCAPAN BELANJAWAN 2020Oleh YANG AMAT BERHORMATDATO SERI DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR MENTERI BESAR TERENGGANUMUQADDIMAHBismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhPENDAHULUANDato Yang Dipertua dan Ahli Ahli Yang Berhor...
Projek Tani Rm1 4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender Kata Anwar

Projek Tani Rm1 4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender Kata Anwar

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 535 hits
KUALA LUMPUR Projek pembekalan input pertanian sektor padi bernilai RM1 4 bilion yang mengundang kontroversi baru baru ini tidak sepatutnya ada tender kata Presiden PKR Anwar Ibrahim mengulas surat menteri menyokong tender diberi kepada Per...
Sarapan Di Warung Nasi Bajet Kuala Terengganu

Sarapan Di Warung Nasi Bajet Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 1097 hits
Warung Nasi Bajet Kuala TerengganuSaja je aku nak up Warung Nasi Bajet Kak ni Warung ni taklah se femes kedai kedai makan yang viral ke apa ke Cuma aku nak cakap sarapan di sini memang sedap dan juga murah sesuai dengan nama warung pi Nasi ...
Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Malaysia Super League Round 6 Jdt Lwn Penang Fc 11 September 2025

Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa

Beli Adidas Adilette Platform Slides Masa Sale Berbaloi

Sambutan Hari Merdeka Di Sekolah Si Bongsu 11 September 2025

Keretapi Sarong 2025

Dengan Keadaan Golden Cross Chainlink Berkemungkinan Untuk Mengukuhkan Hari Ini Jumaat 12 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cerita 2 Penduduk Kampung Sg Baru Kl Diusir

Terong Berlado

How To Start Amazon Fba With Low Investment And High Potential

Buat Demonstrasi Di Kampung Sg Baru Menteri Tegur Tindakan Rafidah Nak Negara Kita Ini Tidak Aman

Kes Zara Qairina Peguam Ibu Arwah Mohon Tangguh Perhimpunan Aman Justice For Zara Hingga Inkues Selesai

Mursyidul Am Pas Setakat Macam Anwar Pas Boleh Cari Tiga Empat Lori Calon Pm