Baik Dan Buruk Whatsapp 7 Jenis Group Whatsapp Paling Lazim






Di zaman teknologi maklumat ini, kebolehan untuk berkomunikasi dengan pantas dan mudah memang sudah menjadi satu keperluan. Satu aplikasi popular di kalangan pengguna adalah WhatsApp, yang dimiliki oleh Facebook sejak awal 2014. Dianggarkan 1 bilion orang menggunakan aplikasi ini, menjadikannya aplikasi pesanan ringkas paling popular di dunia. Lebih 30 bilion mesej WhatsApp dihantar setiap hari. Pentingnya WhatsApp dalam kehidupan seharian boleh dinilai dari reaksi pengguna apabila operasi aplikasi ini terganggu, walaupun untuk seketika.
Selain daripada komunikasi antara individu, satu kegunaan WhatsApp adalah membentuk kumpulan yang membolehkan kita boleh berbual-bual dengan ramai orang pada waktu yang sama. Memang tidak dinafikan, jika digunakan tanpa sebarang pengawasan, WhatsApp boleh mendatangkan impak yang negatif. Banyak group WhatsApp yang kita ‘mute’ kerana hari-hari membincangkan perkara yang tidak berfaedah, malahan dijadikan ruang untuk menyebarkan fitnah. Namun begitu, kita harus meneliti konteks yang lebih besar di mana WhatsApp ternyata memudahkan hidup kita.Perniagaan melalui WhatsApp mahupun penyebaran maklumat penting dalam kelompok besar antara contoh terbaik mengapa aplikasi ini begitu popular. Untuk membantu kita menilai kebaikan dan keburukan Whatsapp dari aspek kehidupan seharian, mari kita lihat 7 'group' WhatsApp yang paling lazim.

1) Group Bekas Rakan Sekolah
Pada asalnya group ini diwujudkan atas dasar nostalgia, di mana kita boleh kembali bertemu dengan rakan di sekolah dahulu seperti majlis ’reunion‘.Di majlis tersebut, topik perbualan yang popular adalah “Kerja di mana?“, “Dah kahwin ke?” mahupun “Eh dah kurus ya awak”. Group ini berbual dengan topik yang serupa setiap hari kerana ada ramai ahli maka kita kena tahu semua pekerjaan mereka.

Apabila dah tahu status perkahwinan semua orang, group ini mula hilang arah. Ahli-ahli mula berkongsi jenaka-jenaka yang diambil daripada Facebook ataupun Twitter.

Kadang-kadang bila isteri kita ternampak gambar gadis yang mendedahkan aurat berat di telefon kita, kita tahu group inilah yang harus dipersalahkan.

2) Group Taska

Selepas kita menghantar anak ke taska mahupun tadika, selalunya kita akan dimasukkan ke dalam satu group bersama ibu bapa yang lain.

Di sini kita boleh melihat guru tadika menghantar gambar aktiviti harian anak-anak sebelum ibu bapa memberi komen-komen bangga terhadap anak mereka.

Selebihnya, group ini dijadikan medium pesanan kepada guru agar tidak lupa beri anak sedut Ventolin, memulangkan botol susu yang tertukar, mahupun memberitahu kita ambil anak lambat sebab jalan sesak.


3) Group Jiran Tetangga

Dulu-dulu terbau aroma nasi goreng yang dimasak jiran boleh terus datang bawa pinggan sambil menyanyi keriangan macam iklan Adabi, tetapi generasi muda-mudi mungkin  perlu pendekatan berbeza dalam membentuk komuniti kejiranan yang sihat.

Group WhatsApp Jiran Tetangga ini memang bermanfaat kerana dapat melangkaui jurang usia dan status sesama jiran.

Antara perkara yang sering dibincangkan di sini adalah berkenaan yuran pengawal keselamatan, jemputan ke kenduri khatan anak, mahupun bagaimana mengatasi masalah denggi yang semakin meruncing di kawasan perumahan.


4) Group Perniagaan

Group Perniagaan ini sebenarnya ada banyak nama, ada juga yang panggil group #2Kerja.

Namun begitu saya ingin fokus kepada salah satu cabang ‘perniagaan‘ iaitu MLM. Kadang-kadang rakan sekolah yang kita jarang bertegur sapa tiba-tiba memberi salam dan menambah kita dalam group ini.

Kadang-kadang kita nak terus keluar group tetapi tak sampai hati kerana nak jaga hati kawan.

Bagi mereka yang membuat keputusan untuk terus kekal di dalam group ini, rakan kita tadi yang selama ini pendiam akan memberi kata-kata semangat seperti "Sampai bila nak makan gaji?" dan "Taknak hantar mak pergi haji?" agar kita terus berusaha mencari mangsa, maksud saya pelabur lain.

5) Group Saudara Mara

Ini adalah group yang anda tidak boleh keluar sesuka hati, kerana apabila anda balik kampung ketika hari raya nanti, pasti Mak Ngah anda akan mengungkit "Amir Rashidi, kenapa kau keluar daripada group? Kau dah tak sayang Mak Ngah ya?".

Group ini pasti ada ramai ahli kerana semua orang, dari sekecil-kecil sepupu baru darjah satu, hinggalah ke nenek saudara yang sudah veteran, semuanya memiliki telefon pintar.

Perbualan selalunya berkisar tentang perbandingan keputusan peperiksaan, dapat masuk sekolah asrama ataupun tidak, mahupun perkongsian resepi  Ayam Masak Lemak.

6) Group Tazkirah

Semasa di zaman universiti dahulu, apabila ada geng tabligh yang mengetuk pintu, kita dengan berat hati akan memakai seluar panjang dan dengan tabah mendengar ilmu agama yang disampaikan mereka.

Samalah macam group tazkirah, kalau ada orang dah masukkan anda, memang rasa berdosa untuk keluar daripada group.

Maka setiap kali ada orang berkongsi ilmu tajwid ataupun menyuruh anda boikot barangan Yahudi, anda hanya membalas dengan emoji ibu jari sebanyak tiga kali.

Sesekali kakak atau abang tazkirah senior akan berkongsi klip video nasyid ’Kasih Kekasih‘ yang memberi mesej bercinta selepas kahwin.

7) Group Majikan

Group ini selalunya dicipta oleh bos sebagai tempat untuk menyampaikan amanat pengurusan kepada anak buah mereka.

Ahli-ahli di dalam group ini mengamalkan gaya percakapan yang profesional dengan gaya tatabahasa yang betul kerana tidak mahu mengguris hati majikan, sekaligus mempengaruhi KPI mereka.

Namun begitu pasti wujud satu kumpulan berhaluan kiri yang terdiri daripada ahli-ahli Group Majikan, tidak termasuk bos itu sendiri kerana ingin mengumpat dan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan.


Adakah anda merupakan ahli group WhatsApp yang disebut di atas?

Ataupun anda lebih rindukan zaman sebelum WhatsApp di mana semua orang duduk bersemuka, bebas daripada kekangan telefon pintar untuk membincangkan isu semasa?


*  Faizal Rosly adalah seorang pemerhati media sosial dan juga peminat tegar Liverpool FC. Tweet @ijaicool atau ikuti blog beliau.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Oleh : Faizal RoslyKredit : AstroAwani
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/05/di-zaman-teknologi-maklumat-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Diet Syorkan 5 Jenis Buah Paling Baik Untuk Turunkan Kolestrol

Pakar Diet Syorkan 5 Jenis Buah Paling Baik Untuk Turunkan Kolestrol

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 115 hits
By AYHAN FERHAT May 2 2022Ramadan bukan sahaja bulan ibadah bahkan ramai yang mengakui bulan puasa ini sebagai platform untuk kita mengekalkan kesihatan baik bacaan tekanan darah kencing manis dan juga kolestrol Bagaimanapun pakar diet tela...
Kaedah Paling Baik Jangan Terima Apa Apa Hadiah Sinar Harian 05 05 2022

Kaedah Paling Baik Jangan Terima Apa Apa Hadiah Sinar Harian 05 05 2022

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 123 hits
SHAH ALAM Langkah terbaik untuk menghapuskan rasuah daripada terus membarah dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengelak semua perkara yang boleh membawa kepada perbuatan rasuah Pendakwah bebas Harryanto Rizal Rokman berkata ini kerana ...
Whatsapp Sudah Bangunkan Ciri Keluar Group Tanpa Pengetahuan Ahli Lain

Whatsapp Sudah Bangunkan Ciri Keluar Group Tanpa Pengetahuan Ahli Lain

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 118 hits
Akhirnya ciri untuk keluar daripada kumpulan atau lsquo group rsquo dalam WhatsApp secara diam diam telah mula dibangunkan Menurut laporan WABetaInfo fungsi ini sekarang diuji pada WhatsApp Desktop dan akan hadir ke versi Beta di Android da...
Aidilfitri 2022 Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun Pandemik Covid 19

Aidilfitri 2022 Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 431 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Walaupun sudah masuk minggu kedua bulan Syawal masih belum terlambat untuk CCL ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Ampun Maaf dipinta dari segi percakapan dan juga dari segi penulisan yang menguris hati ...
Gambar Nombor Satu Tu Paling Win Video Pelanduk Dua Serupa Zizan Razak Buat Ramai Terhibur

Gambar Nombor Satu Tu Paling Win Video Pelanduk Dua Serupa Zizan Razak Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 343 hits
Sejak dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua program realiti televisyen Raja Lawak musim pertama Zizan Razak kini merupakan satu nama yang agak besar dalam industri hiburan Bermula sebagai seorang pelawak lelaki yang berumur 34 tahun itu ...
Asteroid Sebesar Dua Padang Bola Melintasi Bumi Petang Esok Pada Jarak Paling Dekat

Asteroid Sebesar Dua Padang Bola Melintasi Bumi Petang Esok Pada Jarak Paling Dekat

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 129 hits
BATU angkasa itu secara rutin akan melalui Bumi pada setiap 732 hari semasa mengorbit Matahari NASA WASHINGTON Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan memberi amaran berkenaan sebuah asteroid gergasi yang sedang menuju ke arah B...
Indahnya Hidup Jadi Orang Paling Kaya Di Afrika Budak 10 Tahun Dapat Hadiah Lamborghini

Indahnya Hidup Jadi Orang Paling Kaya Di Afrika Budak 10 Tahun Dapat Hadiah Lamborghini

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 254 hits
DIBERI gelaran kanak kanak paling kaya di Afrika Muhammed Awal Mustapha menerima sebuah kereta mewah Lamborghini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 10 Rabu lalu Dia yang popular dengan nama Mompha Junior merupakan anak kepada jutawan ...
Potret Abdel Liburan Di San Francisco Kunjungi Alcatraz Penjara Paling Menyeramkan

Potret Abdel Liburan Di San Francisco Kunjungi Alcatraz Penjara Paling Menyeramkan

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 104 hits
Presenter dan komedian Abdel sedang menikmati liburan di San Francisco bersama keluarga Di sana ia mengunjungi satu tempat tak biasa yakni penjara Ia berkunjung ke Alcatraz yang merupakan penjara paling menyeramkan di dunia Intip foto foton...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar