Bahaya Tarik Terlalu Kasar Tangan Anak Boleh Sebabkan Risiko Sendi Siku Teralih


Pernahkah anda pegang tangan anak dan mengayunkan mereka ala putaran kipas helikopter? Jika ya, tindakan itu boleh menyebabkan kecederaan pada anak, ini punca sendi siku teralih.

Keadaan sendi siku teralih
Keadaan sendi siku teralih ini adalah kecederaan biasa pada peringkat awal kanak-kanak.
Dalam istilah perubatan, kecederaan pada anak tersebut dikenali sebagai subluksasi kepala radius (radial head subluxation).

Kecederaan tersebut juga turut dipanggil sebagai pulled elbow kerana ia berlaku apabila bahagian siku anak tertarik dan terkehel.
Antara sebutan lain yang menggambarkan kecederaan ini adalah sebagai nursemaid’s elbow atau babysitter’s elbow.
Baca: Ini 8 Produk Pilihan Bantu Mama Hilangkan Stretch Mark Ketika Hamil
Keadaan tulang si manja
Akan tetapi, pernahkah anda terfikir kenapa ia boleh terjadi kepada si kecil? Situasi tersebut cenderung berlaku kerana tulang dan otot anak kecil masih berkembang.
Masalah subluksasi kepala radius paling kerap berlaku pada kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun.
Pun begitu, ia juga boleh terjadi pada bila-bila masa bermula selepas kelahiran hingga usia anak 6 atau 7 tahun.
Ia biasanya hanya memerlukan sedikit daya (kekuatan) untuk menarik tulang siku dari tempatnya, menjadikan kecederaan sendi siku teralih ini mudah terjadi.
Memahami anatomi sendi siku
Umumnya, sendi siku manusia terbentuk oleh 3 tulang utama iaitu tulang lengan (humerus), radius dan ulna.
subluksasi kepada radius
Tulang radius dan ulna ini dipegang oleh satu ligamen nipis yang dikenali sebagai annular ligament berhampiran sendi siku.
Ia membentuk bulatan, meliliti kepala dan leher tulang radius, seterusnya membolehkan pergerakan memusingkan tangan dengan bebas.
Sebarang hentakan atau tarikan secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius ini terkeluar daripada annular ligament.
Ini akan menyebabkan tulang ini terkeluar, rasa sakit dan pergerakan siku dan tangan menjadi terbatas.

Punca kecederaan pada anak
Nursemaid’s elbow lebih biasa terjadi pada kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun kerana ligamen (tali elastik yang menyatukan tulang) agak longgar.
Oleh itu, mudah bagi ligamen di siku untuk masuk ke sendi dan tersekat.
Antara beberapa keadaan yang boleh meningkatkan risiko kecederaan pada anak ini adalah seperti:
1. Menarik anak dengan tangan boleh memberi tekanan pada siku.
Jangan sekali-kali mengangkat anak kecil atau bayi dengan tangan atau pergelangan tangan. Sebaliknya, angkat mereka dengan memegang bahagian bawah ketiak.
2. Elakkan daripada mengayunkan anak dengan memegang tangan atau pergelangan tangan.
Ini kerana perbuatan tersebut boleh memberi tekanan pada sendi bahagian siku dan meningkatkan risiko kecederaan pada anak.
Perbuatan mengayun anak sebegini yang boleh menyebabkan sendi siku teralih
3. Menyentakkan lengan ketika menarik si kecil atau dengan cepat menggenggam tangannya boleh membuat ligamen lari.
Sentiasa bersikap lembut ketika ingin memegang tangan anak.
4. Situasi terjatuh tanpa perlindungan pada bahagian lengan boleh menyebabkan kecederaan berlaku pada lengan anak.
Kesannya wujud risiko untuk sendi pada siku terkehel.
5. Berguling dalam posisi yang canggung di tempat tidur atau pada lantai boleh menyebabkan berlakunya subluksasi kepala radius pada si kecil.
Apabila anak semakin membesar, bahagian ligamen akan semakin ketat.
Tetapi masih ada risiko untuk mengalami keadaan sendi siku teralih sehinggalah berusia 7 tahun. Jadi ibu bapa perlu sentiasa memantau anak, okay?
Mengenal pasti simptom kecederaan sendi pada siku
Kebiasaannya, anak yang mengalami pulled elbow tidak akan mahu menggunakan lengan yang cedera kerana pergerakan yang berlaku akan menyebabkan kesakitan.
Jika anak anda mengalami kecederaan ini, mereka akan membiarkan lengan berada pada kedudukan lurus atau sedikit membengkok pada bahagian siku.
Seringkali keadaan sendi siku yang terkehel sukar dikesan kerana ia tidak menyebabkan bengkak atau kecacatan.
Sebaliknya, jika kecederaan lengan atau siku menyebabkan kesakitan teruk, ia mungkin merupakan tanda patah tulang siku (patah tulang) atau lebam teruk.
Ibu bapa selalunya sukar untuk mengetahui sama ada kecederaan pada anak adalah disebabkan sendi pada siku teralih atau patah tulang.
Jadi amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya anak anda mengalami kecederaan pada bahagian siku.
Kaedah rawatan kecederaan
Selalunya, doktor akan memeriksa lengan anak dan bertanya mengenai bagaimana kecederaan itu berlaku.
Tidak terdapat sebarang ujian khas yang diperlukan untuk mendiagnosis kecederaan subluksasi kepala radius.
Ujian X-ray dilakukan hanya jika disyaki patah tulang.
Sekiranya tidak ada pembengkakan atau tanda-tanda kecederaan lain, doktor akan melakukan manuver lembut – pergerakan yang memerlukan kemahiran – yang disebut reduction.
Sewaktu prosedur dijalankan, anak akan duduk di pangkuan ibu atau bapa.
Manakala, doktor dengan lembut akan memegang lengan pada posisi lurus dan membengkokkannya ke atas atau meluruskan lengan sambil memusingkan tapak tangan ke lantai.
Biasanya prosedur tersebut hanya memerlukan tempoh beberapa saat.
Cegah risiko sendi siku teralih
Penting untuk ibu bapa tahu bahawa anak yang pernah mengalami kecederaan ini, masih mempunyai risiko untuk melaluinya kembali.
Oleh itu, sentiasa berwaspada dengan risiko kecederaan pada anak yang boleh terjadi. Hindari daripada menarik, menyentap, atau mengayunkan anak anda dengan tangan atau lengannya.
Anda disarankan untuk memberitahu keadaan tersebut kepada pengasuh atau ahli keluarga untuk turut melakukan perkara yang sama. Namun, apa yang pasti, ada sesetengah anak yang sememangnya lebih terdedah dengan kecenderungan mendapat kecederaan sendi pada siku walaupun ibu bapa telah berusaha mencegahnya.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Berminat untuk sertai Virtual Pa&Ma Gala Moms bersama artis terkenal secara PERCUMA? Daftar di sini https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
The post Bahaya Tarik Terlalu Kasar Tangan Anak, Boleh Sebabkan Risiko Sendi Siku Teralih appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-tarik-terlalu-kasar-tangan-anak-boleh-sebabkan-risiko-sendi-siku-teralih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Bebola Cheese Tarik Sedap Boleh Naikkan Berat Anak 4 Bahan Saja

Resepi Bebola Cheese Tarik Sedap Boleh Naikkan Berat Anak 4 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 385 hits
Bagi anak yang kurang gemar makan nasi makanan dari sumber karbohidrat lain seperti aneka mi pasta dan roti antara yang disarankan Namun kudapan dari kentang dan keju boleh juga disarankan untuk anak Jom tambahkan berat badan anak kecil kit...
Kek Batik Resipi Mudah Tanpa Bakar Atau Kukus Anak Pun Boleh Buat Sendiri

Kek Batik Resipi Mudah Tanpa Bakar Atau Kukus Anak Pun Boleh Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 354 hits
assalamualaikum salam sejahtera al kisah semalam petang anak dara saya berdua tang tung tang tung kat dapur buat kek batik saya sibuk selesaikan PdPR Izzat diorang berdua la yang godek kek batik kat dapur resepi ada pernah buat dgn saya sek...
Keputusan Umno Tarik Sokongan Pasti Pn Boleh Rebah Bila Bila

Keputusan Umno Tarik Sokongan Pasti Pn Boleh Rebah Bila Bila

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 227 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata kerajaan Perikatan Nasional boleh tumbang pada bila bila masa kerana keputusan parti itu menarik balik sokongan terhadap Putrajaya adalah pasti Katanya Umno s...
Bawah 5 Tahun Penting Untuk Bermain Rumah Sepah Boleh Kemas Tapi Anak Ketagih Gajet Susah Nak Ubah

Bawah 5 Tahun Penting Untuk Bermain Rumah Sepah Boleh Kemas Tapi Anak Ketagih Gajet Susah Nak Ubah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 432 hits
Bila PKPD dilaksanakan memang tak dapat biarkan anak anak bermain di luar namun ianya bukan alasan untuk menghalang anak anak bermain di dalam rumah Bermain sangat penting untuk perkembangan anak anak terutama anak dibawah umur 5 tahun Kena...
8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai Mama Papa Jangan Tersilap Langkah

8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai Mama Papa Jangan Tersilap Langkah

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 291 hits
Tidak dinafikan ada kalanya si kecil sering membuat perangai sampai pening parents nak menghadapnya Apakah mungkin terdapat cara mengatasi anak tantrum Menangani anak tantrum Anak tantrum buat perangai merengek meragam tidak mendengar kata ...
Anak Terlalu Riang Tak Reti Duduk Diam Sepanjang Hari Cuba Periksa Perkembangan Ini

Anak Terlalu Riang Tak Reti Duduk Diam Sepanjang Hari Cuba Periksa Perkembangan Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 353 hits
Anak anda mungkin kelihatan terlalu bertenaga Mereka bermain sepanjang hari dan apabila anda menyuruh mereka berhenti mereka mula buat perangai dengan membaling barang permainan dan menangis Anda melihatnya sebagai normal kerana anda berang...
Ada Risiko Jika Proses Bersalin Terlalu Lama Hingga Mencecah 18 Jam

Ada Risiko Jika Proses Bersalin Terlalu Lama Hingga Mencecah 18 Jam

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 273 hits
Bakal ibu dan ayah pastinya tidak sabar bertemu si kecil setelah menanti selama 9 bulan tempoh kehamilan Tetapi bagaimana jika tempoh bersalin menjadi lama Jom ketahui lebih lanjut mengenai apa yang dikatakan lambat bersalin atau prolonged ...
Saya Yang Tak Mabuk Ni Pun Boleh Mabuk Tengok Dia Nubhan Umum Isteri Hamil Anak Ketiga

Saya Yang Tak Mabuk Ni Pun Boleh Mabuk Tengok Dia Nubhan Umum Isteri Hamil Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 273 hits
Pernah keguguran beberapa bulan yang lalu kini penyanyi Nubhan Ahmad tampil berkongsi khabar gembira atas kehamilan isterinya Biarpun baru bersedih ketika keguguran isterinya yang lalu Nubhan bersyukur Allah memberinya rezeki sekali lagi un...
Tak Setuju Dengan Anggapan Boleh Berteman Dengan Siapa Aja Anggun Ingatkan Anak Untuk Pilih Pilih

Tak Setuju Dengan Anggapan Boleh Berteman Dengan Siapa Aja Anggun Ingatkan Anak Untuk Pilih Pilih

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 263 hits
Bukan tanpa alasan bagi Anggun pertemanan bakal memengaruhi sikap seseorang Dan seperti kata Najwa Shihab teman itu refleksi kita
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024