Bahaya Sengatan Lebah
Lebah adalah serangga terbang sosial yang
hidup berkumpulan, popular dengan peranannya dalam proses pendebungaan,
menghasilkan madu serta lilin lebah. Di sebalik hukum alam yang dilaksanakan,
lebah juga menjadi ‘musuh’ manusia sekiranya serangga berkelompok ini berasa
terancam dengan kehadiran entiti lain termasuk binatang ternakan.
Berikut antara gejala, komplikasi serta
rawatan awal boleh dilakukan.
Gejala
- Kemerahan, bengkak, sakit dan gatal di
kawasan terkena sengatan.
- Rasa sakit akan cepat hilang tetapi
bengkak boleh berlarutan lebih satu hari.
Bagi mereka yang alah dengan sengatan lebah
pula mengalami situasi:
- Benjolan pada permukaan kulit dan
gatal seluruh badan.
- Bengkak pada mulut, tekak atau
kedua-duanya.
- Pernafasan berbunyi ‘berdehit’.
- Sesak nafas
- Loya, muntah
- Sakit dada
Komplikasi
Banyak sengatan boleh mengakibatkan
komplikasi kronik termasuk kerosakan otot, kegagalan ginjal dan berakhir dengan
kematian. Satu sengatan di dalam mulut kanak-kanak boleh mengakibatkan salur
pernafasan bengkak. Kanak-kanak dan warga emas berisiko tinggi mengalami tindak
balas serius.
Rawatan awal
- Cabut penyengat yang tertinggal di tempat
sengatan
- Tekap ais pada bahagian anggota yang
disengat untuk mengurangkan bengkak.
- Rehat dan tinggikan anggota badan yang
terkena sengat.
- Dapatkan nasihat perubatan secepat
mungkin.
- Satu suntikan adrenalin diperlukan
individu yang mengalami tindak balas renjatan.
- Imunisasi tetanus disarankan.
Bahagian yang disengat mungkin terasa sakit
untuk beberapa jam. Bengkak dan gatal mungkin berterusan selama seminggu. Elak
menggaru kerana ia akan meningkatkan lagi rasa gatal dan bengkak.
Sekiranya individu terkena lebih 10
sengatan atau sengatan di dalam hidung, mulut dan tekak, mereka berisiko
mengalami sesak nafas akibat tindak balas anafilaktik atau pembengkakan di
tempat sengatan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sambungtitik.blogspot.com/2023/11/fgt.html