Susah Kalau Bersalin Di Ampang Ibu Kepada Wanita Hamil Positif Covid Mohon Hentikan Kecaman


Semalam tular berita dimana seorang wanita hamil disahkan positif Covid-19 di Kelantan dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.
Artikel berkaitan: Wanita Hamil Pulang Ke Kelantan Untuk Bersalin Tapi Disahkan Positif Covid-19, KKM Cari Kontak Rapat
Rentetan itu ramai Netizen yang melepaskan kemarahan di sosial media. Memetik laporan daripada Hmetro, Ibu kepada wanita hamil tersebut, Puan Norazlina Abdul Rahim memohon agar netizen menghentikan kecaman terhadap anaknya itu.

“Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa, anak saya pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata menyambut Aidilfitri.”
Ada Surat Kebenaran Rentas Negeri
Norazlina berkata, anaknya yang berusia 32 tahun mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun nanti.
“Anak saya pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah 35 minggu. Untuk bersalin di Ampang, Kuala Lumpur agak sukar kerana suami anak saya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil berusia tiga tahun.
“Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang mengecam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.
Anak Saya Mula Tertekan
“Pada mulanya anak saya agak tertekan sehingga terpaksa nyahaktifkan akaun Facebook untuk sementara waktu. Namun kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan kecaman itu,”
Beliau berkata, anaknya sendiri agak sukar untuk menerima berita apabila pihak hospital menghubungi memaklumkan dia positif Covid-19 kerana sepanjang di Kuala Lumpur, anaknya tidak ke mana-mana melainkan keluar untuk membuat pemeriksaan di klinik kesihatan.
“Namun saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka. Syukur alhamdulillah sehingga kini anak saya dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
“Malah, pagi ini saya sempat ‘video call’ (panggilan video) dengan anak saya dan setakat ini keadaan anak saya dalam keadaan baik.
Mungkin Perlu Melahirkan Bayi Secara Pembedahan
“Namun, doktor memaklumkan mungkin perlu bersalin secara pembedahan memandangkan anak saya positif Covid-19,” katanya yang mereka sekeluarga kini dikuarantin selama dua minggu.
Akhbar melaporkan, wanita hamil yang positif Covid-19 di Kelanyan, dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita itu hanya disahkan positif Covid-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan.
Sumber: Hmetro
The post “Susah Kalau Bersalin Di Ampang…” Ibu Kepada Wanita Hamil Positif Covid Mohon Hentikan Kecaman appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susah-kalau-bersalin-di-ampang-ibu-kepada-wanita-hamil-positif-covid-mohon-hentikan-kecaman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Hamil Positif Covid 19 Rentas Negeri Dari Zon Merah Di Ampang

Wanita Hamil Positif Covid 19 Rentas Negeri Dari Zon Merah Di Ampang

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 353 hits
PUTRAJAYA Wanita hamil yang dilaporkan positif COVID 19 di Kelantan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang Selangor yang berada dalam kategori Zon Merah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wanita itu disah...
Tolong Jangan Kecam Anak Saya Ibu Wanita Hamil Positif Covid 19

Tolong Jangan Kecam Anak Saya Ibu Wanita Hamil Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 304 hits
KOTA BHARU Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa dia pulang ke kampung untuk bersalin bukannya semata mata untuk menyambut Aidilfitri Demikian luahan Norazlina Abdul Rahim 50 ibu kepada wanita hamil positif COVID 19 dari Kuala Kr...
Wanita Hamil Pulang Ke Kelantan Untuk Bersalin Tapi Disahkan Positif Covid 19 Kkm Cari Kontak Rapat

Wanita Hamil Pulang Ke Kelantan Untuk Bersalin Tapi Disahkan Positif Covid 19 Kkm Cari Kontak Rapat

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 552 hits
Wanita hamil yang dilaporkan positif COVID 19 di Kelantan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang Selangor yang berada dalam kategori Zon Merah KKM Cari Kontak Rapat Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mengesan kontak rapat wa...
Seorang Wanita Positif Covid 19 Di Pkpd Pasar Jalan Othman

Seorang Wanita Positif Covid 19 Di Pkpd Pasar Jalan Othman

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 335 hits
Sepasukan anggota pihak berkuasa termasuk dari pihak polis melakukan pengesanan terhadap para penghuni di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Jalan Othman ketika tinjauan hari ini PETALING JAYA Seorang wanita warga tempatan...
20 Kontak Wanita Hamil Termasuk Kanak Kanak 3 Tahun Di Kelantan Didapati Negatif Covid 19

20 Kontak Wanita Hamil Termasuk Kanak Kanak 3 Tahun Di Kelantan Didapati Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 301 hits
Semalam tular kes positif Covid 19 baharu di Kelantan selepas beberapa minggu memegang status zon hijau Kes tersebut adalah seorang wanita hamil yang pulang ke kampung dari Ampang Kuala Lumpur Hari ini Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kela...
Covid 19 20 Kontak Wanita Hamil Negatif

Covid 19 20 Kontak Wanita Hamil Negatif

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 311 hits
KOTA BHARU Seramai 20 kontak wanita hamil yang positif COVID 19 termasuk kanak kanak berusia tiga tahun didapati negatif hasil ujian saringan yang dilakukan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata 10 lagi ko...
Korona Robek Paru Paru Peluang 50 50 Wanita Ini Kongsi Keadaan Tahap 5 Positif Covid 19

Korona Robek Paru Paru Peluang 50 50 Wanita Ini Kongsi Keadaan Tahap 5 Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 311 hits
Seorang wanita telah berkongsi pengalamannya disahkan psitif Covid 19 tahap 5 menerusi satu muatnaik di laman Facebook miliknya Mari sama sama kita ikut perkongsian Hanizah DIARY BEKAS PESAKIT COVID 19 Ramai yg bertanya BILA DI MANA dan BAG...
Kuala Krai Dakwaan Saringan Kedua Wanita Hamil Negatif Covid 19 Tidak Benar

Kuala Krai Dakwaan Saringan Kedua Wanita Hamil Negatif Covid 19 Tidak Benar

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 387 hits
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menafikan dakwaan mengatakan wanita hamil yang positif COVID 19 di Kuala Krai disahkan negatif selepas menjalani saringan kedua Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata ujian kedua hanya diambil selepas 13...
Kes Positif Covid 19 Meningkat Majoriti Pendatang Asing

Kes Positif Covid 19 Meningkat Majoriti Pendatang Asing

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 289 hits
SHAH ALAM 26 MEI Kes positif baharu Covid 19 terus meningkat dengan majoriti melibatkan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan Imigresen dengan 155 kes daripada 177 kes penularan tempatan hari ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri